Air Terjun Tanjung Batu musnah

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,090
Reaction score
2,596
Points
206
BIXEf-MCUAAhR09.jpg


ni ke pengerusi jawatankuasa?
parti ni memang suka portfolio berkaitan alam agaknya.
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,255
Reaction score
1,537
Points
201
Air terjun Tanjung Batu masih terpelihara

AIR Terjun Tanjung Batu bukan sebahagian daripada tapak kuari. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM


Ipoh: Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera di Segari, Beruas masih terpelihara dan langsung tidak terjejas, kerana ia bukan sebahagian daripada tapak kuari di dalam Hutan Simpan Segari Melintang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, gambar tular menunjukkan air terjun itu terjejas, sebenarnya berpunca daripada alur air bermusim yang muncul terutama ketika hujan lebat.

Katanya, alur air itu terbentuk hasil daripada satu takungan air di kawasan setinggi 200 meter di dalam kawasan yang diberi lesen di dalam Kompartmen 16 ( Blok E), Hutan Simpan Segari Melintang.

"Air Terjun Tanjung Batu, Teluk Sera sebenarnya masih terpelihara, langsung tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusahasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak satu kilometer dari tapak pengkuarian tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati operator kuari melakukan pelanggaran syarat-syarat Impak Alam Sekitar (EIA) yang ditetapkan, termasuk tidak melantik pegawai alam sekitar (EO) bertauliah sehingga menyebabkan kegagalan kawalan hakisan dan mendapan (sediment) di tapak projek seterusnya memberi kesan kepada alur air.

Menurutnya, kawasan berkenaan mendapat lesen kecil untuk pengeluaran batu-batan (pengkuarian) pada 2014 serta kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) pada 2 Oktober 2017.

Selain itu, katanya Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek berkenaan diluluskan pada 25 Oktober 2018 seterusnya Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) pada 1 Februari 2019.

Menurut Mohd Akmal, disebabkan terdapat pelanggaran syarat-syarat EIA, perintah larangan serta berhenti kerja dikeluarkan pada 20 Januari lalu dan pelesen diarah untuk melakukan tindakan pembaikan serta pemulihan di alur air bermusim terbabit.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan pihak terlibat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan segera di kawasan terjejas bermula semalam, dan dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang, jika melihat terdapat jentera bergerak di sekitar kuari kerana ia adalah kerja kerja pembersihan dan pemulihan yang sedang berjalan.


== hmetro

huhuh perangai power... da hutan kene gondol sebelah mcm tu pon leh putar alam.. power la korang ni.. paling power alasan ni

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati operator kuari melakukan pelanggaran syarat-syarat Impak Alam Sekitar (EIA) yang ditetapkan, termasuk tidak melantik pegawai alam sekitar (EO) bertauliah sehingga menyebabkan kegagalan kawalan hakisan dan mendapan (sediment) di tapak projek seterusnya memberi kesan kepada alur air.

rasa nye klu tak ujan... mau khiamat kot baru depa tau kotraktor x hire EIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,451
Reaction score
12,168
Points
2,376
PROJEK KUARI | Pemaju Gagal Kemuka Notis Mula Kerja Kuari

Kegagalan menguruskan sisa kayu dan sisa tanah dengan baik didapati menjadi punca kerosakan di Hutan Simpan Segari Melintang, Perak.

Sementara itu, pengusaha kuari di Hutan Simpan Segari Melintang juga diarah melakukan pembersihan dan pemulihan segera di kawasan terjejas sekitar Air Terjun Tanjung Batu di Pantai Remis, Perak.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,255
Reaction score
1,537
Points
201
PROJEK KUARI | Pemaju Gagal Kemuka Notis Mula Kerja Kuari

Kegagalan menguruskan sisa kayu dan sisa tanah dengan baik didapati menjadi punca kerosakan di Hutan Simpan Segari Melintang, Perak.

Sementara itu, pengusaha kuari di Hutan Simpan Segari Melintang juga diarah melakukan pembersihan dan pemulihan segera di kawasan terjejas sekitar Air Terjun Tanjung Batu di Pantai Remis, Perak.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini


lame sgt WFH.. baru bangun tido ka tu... hahahahha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,808
Reaction score
12,043
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

43m ·

Baru-baru ini, heboh di media sosial menunjukkan hutan di Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera di Segari, Beruas, Perak musnah dan dikatakan ianya berpunca dari projek kuari yang didakwa ada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar.

Ianya juga dilaporkan oleh media-media arus perdana dan apa yang berlaku ini mengundang kemarahan orang ramai.

Kita juga mendapat maklumat bahawa kerosakan di hutan itu memang berlaku menurut penduduk tempatan serta aktivis-aktivis alam sekitar dan NGO-NGO di negeri Perak terutamanya selepas mereka turun padang meninjau sendiri tapak tersebut.

Baru-baru ini, Exco kerajaan negeri Perak yang memegang portfolio Alam Sekitar iaitu YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, gambar tular itu sebenarnya berpunca daripada alur air bermusim yang muncul terutama ketika hujan lebat.

Katanya, Air Terjun Tanjung Batu sebenarnya masih terpelihara, langsung tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusahasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak satu kilometer dari tapak pengkuarian tersebut.

Pada masa yang sama, Menteri Alam Sekitar berkata siasatan awal di tapak kuari mendapati terdapat enam perlanggaran syarat kelulusan EIA oleh pemaju, antaranya membabitkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Langkah Mitigasi dan Pencegahan Pencemaran-Gangguan Tanah (LD-P2M2) yang diluluskan.

Katanya lagi, pemaju juga gagal untuk memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar apabila kerja-kerja tanah dimulakan, seperti mana yang dikehendaki dalam syarat-syarat kelulusan EIA. Siasatan juga mendapati kegagalan menguruskan sisa kayu dan tanah dengan baik di tapak kuari menyebabkan sisa berkenaan masuk ke dalam sungai.

Dalam isu ini, saya berpendapat agar kerajaan negeri Perak dapat duduk bersama NGO-NGO dan aktivis-aktivis alam sekitar untuk sama-sama berbincang, bertukar-tukar maklumat dan bekerjasama dalam mencari penyelesaian kerana saya yakin isu ini masih belum selesai kerana masih timbul pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat.

Di sini, kerajaan negeri Perak boleh tunjukkan tauladan yang baik kepada negeri-negeri lain dengan bekerjasama dengan NGO-NGO dan aktivis-aktivis yang mahu menyalur maklumat, menyumbang bakti dan tenaga.

Selain itu, saya berharap agar pemaju yang melanggar undang-undang diambil tindakan tegas kerana sepatutnya tiada siapa pun yang 'above the law' walaupun mereka itu adalah syarikat gergasi sekalipun.

Kita akan terus memerhati isu ini, kerana masih banyak yang belum jelas dan banyak tanda tanya yang masih belum terungkai. Saya harap agar rakan-rakan NGO-NGO di sana dapat merungkai lagi maklumat-maklumat yang belum diketahui.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
24 Januari 2021
Sumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1924604

25aa.png
Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
25aa.png
Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya


1611445866763.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,808
Reaction score
12,043
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク

· 22 Januari jam 6:40 PTG ·


Kemusnahan Semula Jadi (Air Terjun Tanjung Batu)

Edit: sila rujuk posting baru di mana ada artikel Astro Awani yang menunjukkan keadaan air terjun Tanjung Batu masih bersih. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=744579716481962&id=337348560538415

Posting lama ini ditulis dengan anggapan bahawa pencemaran air terjun yang dilaporkan adalah tepat. Leaving this here with an edit due to the conflicting reports about the issue.
Mohd Akmal said the waterfall has not been affected at all as it is located about one kilometre away from the quarry site, which was given license to operate. (1)

Semalam saja saya tulis Laporan EIA hanya berguna untuk mendapat kelulusan projek, hari ni Exco Perak kata ia bukan salah lombong kuari dan ianya akibat aliran air musim hujan yang berpunca dari kawasan tadahan air berdekatan.

Lepas itu, Exco Perak kata kesalahan lombong kuari adalah kerana tidak mengupah seorang certified environmental officer dan kerajaan negeri telah mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk membersihkan dan memulihkan kawasan yang tercemar.

Ok. Adakah berkemungkinan bahawa kawasan kuari tercemar dan tak bersih dan mengakibatkan lumpur mengalir ke kawasan tadahan air yang seterusnya melimpah keluar ke arah air terjun?

Kenapa isu aliran air ini tiada masalah beratus tahun sehingga tahun 2020 di mana air terjun nampak bersih saja tetapi tahun 2021 boleh jadi begitu kotor dan berlumpur?
Oh, satu lagi pemerhatian. Pengakuan bahawa lombong kuari terpaksa membersihkan kawasan walaupun mereka tidak bertanggungjawab adalah salah dari segi undang-undang.

Kalau mereka tak bersalah, kenapa mereka pula perlu bertanggungjawab? Sekiranya situasi ini berlaku secara semula jadi, ia akan dibersihkan secara semula jadi kan?

Sometimes right, our politicians can really give the most incredulous excuses.

Peace.
1. http://dlvr.it/Rr5926

1611446367207.png










Mak Khuin Weng - マク

· 22 Januari jam 7:18 PTG ·
Air Terjun Tanjung Batu Masih Cantik dan Terpelihara

Okay, laporan Astro Awani memberikan gambaran yang lebih jelas dari laporan Malay Mail yang saya baca tadi.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia hasil siasatan awal di tapak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Jabatan Perhutanan Perak dan Pejabat Exco Alam Sekitar Perak sejak 18 hingga 20 Januari lalu.

"Siasatan awal di tapak mendapati enam ketidakpatuhan syarat kelulusan EIA telah dikenal pasti yang terutamanya melibatkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2) yang telah diluluskan.

"Pemaju juga telah gagal untuk memaklumkan JAS apabila kerja-kerja tanah dimulakan seperti mana yang dikehendaki dalam syarat-syarat kelulusan EIA. (1)

Jadi memang ada pencemaran berlaku, dan gambar kemusnahan itu memang betul, tetapi ianya bukan di tapak air terjun.

Jadi kali ini tak boleh salahkan kenyataan Exco Perak kerana menyatakan bahawa air terjun tidak terjejas, sebab ada laporan lain yang menunjukkan air terjun memang tak terjejas pun.

Ini Sahabat Alam Malaysia kena jelaskan kerana mereka yang buat tuduhan itu.

Peace.
1. https://www.astroawani.com/.../kemusnahan-hutan-simpan...

1611446466115.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register