Air Terjun Tanjung Batu musnah

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
Paling menyedihkan selepas 43 tahun

943599.jpg


MANJUNG - "Sudah banyak kali saya masuk ke kawasan air terjun ini, selepas 43 tahun, inilah keadaan paling menyedihkan," luah seorang penduduk, Ishak Mohamad, 63.

Ishak berkata, kerosakan yang berlaku di kawasan Air Terjun Tanjung Batu itu sesuatu yang tidak boleh diterima apatah lagi ia dilakukan secara sah oleh syarikat yang diluluskan kerajaan negeri.

"Kita bukan membantah pembangunan, tetapi jika mereka nak buat, mereka harus prihatin dengan keadaan alam sekitar.

"Tempat ini boleh dijaga, hanya disebabkan tidak ada sifat peduli dan tanggungjawab, macam inilah jadinya," katanya.

Beliau mengakui, ramai penduduk kecewa dan terkejut dengan keadaan terkini air terjun itu yang sudah dianggap sebagai khazanah berharga bagi kawasan Segari.

"Kita haraplah pihak berwajib beri perhatian akan perkara ini, jangan abaikan atau pekakkan telinga.

"Kalau boleh menteri besar sendiri turun padang dan tengok keadaan di sini," katanya.


== sinar harian
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,271
Reaction score
21,163
Points
1,671
ni tadi tgk berita. hancur terus

xbole buat apa dah. nak tunggu air deras kasi bersihkan mana nak datang
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,090
Reaction score
2,595
Points
206
6 kesalahan dilakukan pengusaha kuari - Tuan Ibrahim



Manjung: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dilakukan pihak yang melakukan aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di sini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini berkata, siasatan sudah dilakukan JAS Perak di Hutan Simpan Segari Melintang pada kelmarin dan semalam.

Menurutnya, kemusnahan alam sekitar di kawasan berkenaan berpunca daripada tapak projek kuari granit.

"Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan EIA terutama membabitkan kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2).

"Notis arahan sudah dikeluarkan untuk tindakan remedi," katanya.

Beliau berkata, JAS Perak sedang melengkapkan kertas siasatan dan memanggil pihak berkaitan.

Media sebelum ini melaporkan keindahan dimiliki air terjun itu dan alam semula jadi di kawasan sekitarnya hampir lenyap apabila aktiviti kuari dan pembersihan hutan mula dikesan di kawasan berkenaan sejak Julai tahun lalu.

Keadaan itu membuktikan kerakusan pihak terbabit yang tidak mementingkan alam semula jadi hingga menyebabkan landskap air terjun itu berubah hampir sepenuhnya.

 

mcdonat

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2017
Messages
529
Reaction score
110
Points
33
nanti jadi mcm kes daging tak halal.sykt yg bertanggung jwp sunyi sepi, yg ditangkap pun utk kes daging,si pegawai maqis.Kartel company yg buat onar terlepas pasal kabel besor yeop.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,781
Reaction score
2,224
Points
201
kawasan CMM ni kalau tak silap.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,178
Reaction score
1,043
Points
156
Dulu2 pengusaha/kontraktor dll boleh le tipu masyarakat bila ada becana.
Sekarang zaman drone.
Bila drone dah naik ke udara dan boleh meninjau apa yang sebenar berlaku.
Boleh ambil video dan gambar...mana nak sorok?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,253
Reaction score
1,537
Points
201
drag kes sampai org lupe... gitu la seterusnya
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,205
Reaction score
2,045
Points
206
ade 2 tempat aku nampak kuari yg akan merosakkan alam sekitar sbb aku selalu hiking

bukit cherakah aka bukit botak selangor, mmg botak betul dah, bukit botak lagi tinggi dan lagi cantik pemandangan dari peak bukit cherakah

sg long cheras selangor, waterfall walaupun kecik berhampiran dgn kuari jugak
nasib xmasuk lagi dan harap2 xmasuk la
jalan masuk pun diorg tgh buat highway, xtau bile siap highway nnt boleh masuk lg ke idak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register