AIR TEMBIKAI LIPAN (kisah benar)

CG Sponsors




firstmuska

Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 14, 2008
Messages
1,427
Reaction score
6
Points
25


Kamu orang biasa minum air tembikai laici? Aku pernah la minum tapi tak pula selalu. Tapi aku pasti dan yakin serta teramat-amat yakin dan pasti-pasti belaka yang kamu orang, kau orang dan anda semua sudah pasti-pasti tidak pernah merasa air tembikai LIPAN. Kisah benar yang benar-benar berlaku pada aku. Ini bukan cerita bohong mahupun rekaan.

Tiga malam yang lalu, aku ke sebuah restoran untuk makan malam sudah tentu. Aku pun memesan air tembikai sebagai minuman. Dapat-dapat je air tembikai, aku memang langsung tak syak mahupun pelik. Tiada apa yang pelik dengan air tembikai tu melainkan warna merah tembikainya agak yang agak pudar. Aku pun laju je sedut straw dan rasanya memang tiada yang pelik melainkan rasa segelas air tembikai.


Apa yang sangat bestnya ialah, aku dah minum sehingga tinggal suku gelas air tembikai tersebut barulah aku ditegur oleh seorang rakan. "Eh, apa benda dalam gelas ni?" . Soalan yang amat memberansangkan. Dan kelihatanlah seekor lipan di dasar gelas tersebut. Alamak. Aku dah minum banyak ni. Tak rasa nak muntah pun tapi fikirkan kalaulah lipan tu beracun, mungkin dah sampai masa Allah nak tarik nyawa aku agaknya.







Aku pun lantas memanggil pelayan restoran dan meminta dia untuk mengira bil seraya aku menunjukkan gelas yang terdapat lipan itu. "EEeeee....." Respon dari pelayan itu dan dia terus mengambil gelas tersebut. Kecoh sebentar di dapur restoran itu. Sekembalinya dia dari dapur, dia sambung mengira jumlah bil meja kami. "Makan apa tadi? Ni air tadi tu tak payah kira ya?" Soalan yang agak menarik ditujukan oleh pelayan itu. "Eh, mana saya tahu nak kira ke tak." Aku jawab dengan tenang macam tak minum pun air lipan tu. "Tak payah kira la. Semua sekali RM6.70. " Memanglah tak payah kira tapi kalau siapa-siapa pun diberi air tembikai yang ada lipan dalam tu, nak ke minum? Percuma. Aku pun tanya sambil menghulurkan bayaran." Ni kalau jadi apa-apa kat saya macam mana?" Tanpa menjawab soalan aku, pelayan itu terus berlalu pergi setelah menerima bayaran.

Aku terkedu di situ. Tiada maaf, tiada bicara yang lebih lanjut. Aku dapat minumair tembikai percuma. Air tembikai lipan. Bukan air tembikai laici. LIPAN. L . I . P . A . N. LIPAN. Memang bukan rezeki aku malam itu dan aku redha andai Allah tarik nyawa aku bila-bila pun. Alhamdulillah, sampai hari ni tak nampak pun kesan-kesan racun kat badan aku. Mungkin, iktibar yang perlu diambil ialah pastikan gelas anda tiada bendasing yang tak sepatutnya berada dalam gelas tersebut sebelum minum.

Wallahu'alam.
 
Sponsored Post

reizwana

Active+ Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
2,950
Reaction score
47
Points
30
fuh...bro leh wat report tu.. asal tak ambik tindakan lanjut ?..buatnyer beracun... leh suruh jabatan kesihatan p periksa sekali... bro kasi detail skit pasal restoran tu ..kot2 terpergi bleh beware

p/s tembikai + laici + lipan = tembikai laicipan :))
 

d-10

Active+ Member
Joined
May 28, 2008
Messages
2,686
Reaction score
6
Points
25
ktne ni??? x mintak maaf langsung??? ngok ngek nye org..
 

the twelve

Active+ Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
3,064
Reaction score
23
Points
25
uh... dasyat tu...
aku lak tadi, makan nasi dengan sudu bau lipas... terus takda selera nak makan.
 

firstmuska

Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 14, 2008
Messages
1,427
Reaction score
6
Points
25
Lokasi dirahsiakan.... Tapi cgrian semua leh tgok la gambar depan kedai tu.... Agak2 kalau nampak sama je xyah pegi.... Memang tak de adap langsung....
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
lepas ni ang dapat kuasa mcm lipan la.jadi lipan man.ala mcm spiderman dapat kuasa spider, cicak man dapat kuasa cicak.:))
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
Lokasi dirahsiakan.... Tapi cgrian semua leh tgok la gambar depan kedai tu.... Agak2 kalau nampak sama je xyah pegi.... Memang tak de adap langsung....
bagi tau lokasi TT...
moga moga orang lain boleh berhati2...
 

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 15, 2009
Messages
27,498
Reaction score
115
Points
128
nseb baik ko tak tersedut sekali lipan tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register