BTC USD 40,684.5 Gold USD 1,863.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air percuma kepada rakyat T’ganu sempena Aidilfitri

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,415
Reaction score
2,394
Points
201

Air percuma kepada rakyat T’ganu sempena Aidilfitri​

May 9, 2021
samsuri-696x391.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah pun memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan penduduk PPRT.

Advertisement

“Ia bagi membantu rakyat negeri ini menghadapi suasana hari raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, pemberian air percuma itu akan memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat yang terdiri daripada isi rumah kategori rumah tangga.

Beliau berkata, ia akan melibatkan perbelanjaan yang berjumlah hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bagi bermula 1 hingga 31 Mei.

Dr Samsuri berharap inisiatif itu dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini. – HARAKAHDAILY 9/5/2021
 
Sponsored Post

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,677
Reaction score
219
Points
73
alhamdulillah
untung la rakyat terengganu
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,043
Reaction score
231
Points
133
alhamdulillah
untung la rakyat terengganu
Alhamdulillah.. ada lagi yang bersyukur.. ak tngk dalam socmed ramai yang perli merapu marah .. punca dia sbb tak bagi dana raya sampaikan bantuan air dipandang hina.. manusia bila dah sifat bersyukur hilang mmg teruk...
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,677
Reaction score
219
Points
73
Alhamdulillah.. ada lagi yang bersyukur.. ak tngk dalam socmed ramai yang perli merapu marah .. punca dia sbb tak bagi dana raya sampaikan bantuan air dipandang hina.. manusia bila dah sifat bersyukur hilang mmg teruk...
hahaha ble org memberi walaupn skit kne la brsyukur
drpd xbg lgsg kn
btol x 😅
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register