BTC USD 54,269.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air mineral 'Manohara' sembuh penyakit

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
BANDUNG - Seorang bekas model, Manohara Odelia Pinot bukan sahaja terkenal di Indonesia selepas dia dilanda krisis rumah tangga dengan suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Popularitinya itu terbukti apabila penduduk di sini mencari air mineral 'Manohara' yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Menurut sebuah akhbar semalam, nama jolokan Manohara itu diberikan kerana air mineral tersebut berasal dari Malaysia tetapi kini ia dijual di Bandung.

"Susah mendapatkan air itu kerana penjualannya masih terbatas.

"Kami terpaksa memesannya terlebih dahulu," kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dedi.

Seorang lagi penduduk, Wadirman, 39, menyatakan dia minum air mineral 'Manohara' itu beberapa hari lalu selepas rakannya memberikan dua botol kepadanya.

Menurutnya, selepas diminum, air itu mampu menghilangkan rasa pegal pada tubuh.

"Air 'Manohara' kini banyak dicari oleh penduduk untuk diminum kerana ia memiliki kelebihan," katanya.

Menurut akhbar itu, air mineral tersebut berasal dari Malaysia dan dipasarkan di Bandung sejak beberapa bulan lalu. - Agensi

Pengedar tunggal air mineral berbotol hijau itu, Rudi Hendriawan menjelaskan air digelar 'Manohara' kerana ia dikilangkan di Malaysia.

"Kami terkejut apabila mereka (pembeli) datang ke pejabat kami menanyakan air Manohara," katanya.
 
Sponsored Post

xalimx

Super Active Member
Messages
6,921
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
"air mineral" manohara ke air mineral "manohara"???

ada 2 maksud kat sini....
 

zuljaalaa

Legendary Member
Messages
11,897
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,897
Reaction score
56
Points
125
botol hijau? dikilangkan di Malaysia..
spritzer la kot
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
air rembesan manohara kot...:)):))

Ntah2 ECPI kot....
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
sebut je ada khasiat kat sanun memang laku jer
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register