Air mani boleh ada dalam dubur 72 jam - Dr. Mohd. Razali

CG Sponsors




real_rolls

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani masih boleh ditemui di dalam dubur seseorang individu dalam tempoh 72 jam dan walaupun selepas individu terbabit membuang air besar.

Saksi pendakwa kedua, Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim menjelaskan, ia kerana rupa bentuk salur dubur manusia yang tidak lurus membolehkan air mani tertinggal atau terlekat pada mana-mana bahagian dinding saluran tersebut.

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bukanlah sesuatu yang pelik bagi bahagian rektum kosong dan tidak mempunyai sebarang najis walaupun selepas beberapa hari.

"Kesemuanya bergantung kepada fungsi badan seseorang. Sekiranya individu terbabit berada di tempat yang selesa, dia boleh buang air besar pada bila-bila masa atau apabila mempunyai rasa untuk berbuat demikian.

"Tetapi ada juga pesakit yang datang dan memberitahu, dia tidak buang air besar beberapa hari kerana tidak mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.

"Pada keadaan sebegini, rektum biasanya kosong kerana najis tidak tertolak ke dalam bahagian tersebut atau individu terbabit menahan dirinya daripada berbuat demikian,'' katanya.

Saksi tersebut berkata demikian ketika disoal semula oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, ketika disoal balas oleh peguam bela Anwar, Sankara Nair, saksi tersebut memberitahu, tempoh 72 jam itu diperoleh melalui pembacaannya dan bukannya melalui pengalaman.

Saksi itu memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada pukul 10 malam, 28 Jun 2008, iaitu kurang daripada 72 jam selepas pemuda itu mendakwa dia diliwat.

Mohd. Razali turut bersetuju bahawa seseorang individu akan timbul keinginan untuk membuang air besar beberapa kali dalam sehari tetapi 'perasaan' tersebut boleh dikawal.

Sementara itu, ketika sesi soal balas ke atas saksi pendakwa ketiga, pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng memberitahu, dia telah menandatangani setiap pita pelekat yang digunakan untuk memeterai bekas-bekas mengandungi sampel-sampel yang diambil daripada mangsa.

Mohd. Saiful Bukhari turut menandatangani pita pelekat tersebut.

Ketika ditanya oleh Sankara tujuan dia berbuat demikian, pakar dari Jabatan Perubatan Forensik HKL itu menjawab: "Bagi mengelakkan sampel-sampel yang diambil diganggu oleh orang lain.''

Jawapan tersebut menyebabkan isteri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokong Anwar yang berada di galeri awam ketawa sinis.

Kehadiran tiga orang doktor pakar ketika memeriksa Mohd. Saiful Bukhari juga menjadi isu ketika sesi soal balas.

Sheue Feng yang pernah menjadikan buku-buku tulisan pakar yang dibawa khas oleh Anwar sebagai penasihat pasukan pembelaan, Dr. David Wells, sebagai rujukan ketika belajar mengenai patologi forensik dalam kes serangan seksual memberitahu, ia merupakan protokol HKL supaya tiga doktor hadir bagi memeriksa mangsa dalam kes liwat.

Protokol tersebut didakwa dibuat secara persetujuan bersama ketika mesyuarat salah satu mesyuarat HKL dan tiada sebarang makluman secara bertulis mengenai perkara itu.

Selepas diasak beberapa kali oleh Sankara, doktor tersebut memberitahu terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai oleh HKL mengenai perkara tersebut.

Sankara kemudian meminta saksi tersebut membawa SOP itu ke mahkamah esok.

Peguam bela itu turut menyoal mengenai gambar-gambar yang didakwa oleh Mohd. Razali ada diambil ketika pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.

Mengakui perkara tersebut, Sheue Feng menyatakan gambar-gambar tersebut diambil oleh jurugambar yang dibawa oleh pegawai penyiasat, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira.

Turut mengakui bahawa dia pernah melihat gambar-gambar tersebut, pakar patologi itu bagaimanapun tidak dapat mengemukakan gambar-gambar tersebut kerana ia disimpan oleh pihak polis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok
 
Top
Log in Register