BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Air Jana Engin Kereta ??

eusahawan

Active Member
Messages
1,271
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,271
Reaction score
102
Points
33
Air Jana Engin Kereta

Air Jana Enjin Kereta
Monday, 30 June 2008
HYDROGEN Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI) menjadi syarikat tempatan pertama menghasilkan formula penjimatan bahan api sehingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama-sama petrol.

Produk yang dikenali sebagai Hydrofuel itu dihasilkan selepas kajian awal dilakukan syarikat selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Presiden HFI, Dr Halim Ali (gambar sebelah kiri), berkata Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.

air%20jana%20enjin%20kereta.jpg


“Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama-sama petrol ketika melalui injektor kereta.

“Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan produk Hydrofuel dan MySmart Fuel Saver di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dr Halim berkata, Hydrofuel yang kini memasuki fasa terakhir akan dilancarkan di seluruh negara dalam tempoh sebulan hingga 45 hari lagi.

“Ketika ini, produk ini sudah diuji pada beberapa kenderaan dan mendapati matlamat penjimatan minyak sehingga 29 peratus berjaya dicapai dengan prestasi enjin berada pada paras yang membanggakan,” katanya.

Katanya, produk Hydrofuel yang dipasang pada enjin setiap kenderaan berkonsepkan mesra pengguna kerana ia mudah dipasang dan diselenggara tanpa perlu membabitkan banyak perubahan pada sistem enjin.

“Mereka hanya perlu memastikan bekalan air sentiasa mencukupi kerana apabila membeli produk ini, ia akan disertakan sekali dengan sebuah tong air berkapasiti lima liter yang boleh bertahan penggunaannya untuk perjalanan sehingga 2,000 kilometer.

“Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan itu akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan,” katanya.

Mengenai pemasangan Hydrofuel, Dr Halim berkata, pemilik kenderaan hanya perlu meluangkan masa antara dua hingga tiga jam bagi memasang produk itu pada kenderaan masing-masing di ejen yang dilantik syarikat.

“Bagi Hydrofuel, kami memberi jaminan selama dua tahun atau mencapai perjalanan sejauh 50,000 kilometer (km) atau yang mana terdahulu.

“Selain itu, produk ini perlu diselenggara apabila mencapai perjalanan sejauh 10,000km dengan alat pengesan yang akan memberi amaran kepada pemilik kenderaan apabila mencapai perjalanan sejauh 9,500km,” katanya.

Selain Hydrofuel, katanya, HFI juga mengeluarkan satu lagi alat penjimatan minyak iaitu MySmart Fuel Saver yang mampu mengurangkan penggunaan minyak hingga 18 peratus.

Beliau berkata, produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300, manakala MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499.

“Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan mahukan penjimatan petrol hingga 50 peratus, mereka boleh mendapatkan pakej Hydrofuel bersama-sama MySmart Fuel Saver pada kadar RM2,300,” katanya.

Sumber : Harian Metro
30 Jun 2008
Oleh : Kamarulzaman Pid


Apa sudah jadi ????
Ada sesaper tahu kisah Air Jana Engin Kereta ni ??
 
apa daaaaaaaaaa....dah muflis dah company nie
 
Harian Metro

BANTING: Sebuah syarikat pengeluar alat penjimat minyak yang dilancarkan secara besar-besaran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dataran Putra, dekat sini, Julai tahun lalu, menghentikan operasinya secara tiba-tiba menyebabkan pekerjanya terpaksa menganggur.

Lebih malang lagi, kira-kira 20 pekerja syarikat dikenali sebagai Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd, yang beroperasi di Bandar Sungai Emas di sini, sejak lebih setahun lalu mendakwa tidak menerima gaji bulan lalu.

Seorang pekerja, Ahmad Zamri Abdullah, 30, (gambar) berkata syarikat itu sudah diambil alih sebuah syarikat lain pada Mei lalu dan pengurusan baru memaklumkan semua aktiviti dan operasi syarikat termasuk pekerja terpaksa digantung menerusi sepucuk surat bertarikh 17 Mei lalu.

“Bagaimanapun, apa yang mencurigakan saya, surat bertarikh 17 Mei itu hanya dihantar menerusi faks pada 17 Jun lalu, iaitu sebulan kemudian. Keadaan itu menyebabkan kami sangat terkejut apabila dua hari kemudian iaitu pada 19 Jun, adalah hari terakhir kami bekerja di sini,” katanya ketika ditemui di perkarangan bangunan syarikat itu, semalam.

Ahmad Zamri berkata, jika pengurusan baru mahu membuat sebarang keputusan, mereka sepatutnya memaklumkannya lebih awal atau sekurang-kurangnya memberi dua minggu notis.

“Tindakan ini seperti menganiaya kami. Macam mana kami tak risau sedangkan kami banyak tanggungan,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga lewat menerima gaji bagi Mei iaitu pada 18 Jun lalu.

“Selepas 19 Jun, iaitu hari terakhir bekerja, sampai sekarang kami tak dapat gaji lagi,” katanya.

Berikutan itu Ahmad Zamri berkata, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Banting, pada 1 Julai lalu.
 
dulu kat CG ni x silap aku ade org buat company pasal biz ni kan?
 
bukan ni ada link ngan JAI ker?....

*sesiapa nak pakai hydrofuel leh dtg ker snawang...ada satu brader melayu buat...2 ratus lebih jer..bukan mahal pun..
 
bukan ni ada link ngan JAI ker?....

*sesiapa nak pakai hydrofuel leh dtg ker snawang...ada satu brader melayu buat...2 ratus lebih jer..bukan mahal pun..

ada alamat ke? ade gerenti ke kata x rosak?:-?
 
Back
Top
Log in Register