Air jampi Metal Indonesia

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Jika Mat Rempit gemar mengambil arak murah untuk membuatkan mereka berani melakukan lagak ngeri di jalan raya, kumpulan Metal Indonesia di sini pula meneguk sejenis air jampi sebelum bertarung dengan kumpulan samseng lain.

Air jampi itu dipercayai menjadikan mereka tidak gentar ketika berhadapan lawan walaupun bilangan musuh lebih ramai.

Kumpulan ganas terbabit yang sering melepak di sekitar pusat tumpuan pelancong di ibu kota terutama pada hujung minggu didakwa pantang dicemuh terutama kumpulan pendatang asing lain.

Mereka juga tidak teragak-agak bergaduh menggunakan senjata tajam.

Menurut sumber, individu yang meneguk air jampi itu bukan saja menjadi lebih berani, malah seperti dirasuk lalu sanggup membelasah lawan tanpa belas kasihan hingga cedera parah dan membawa maut.

Katanya, melalui maklumat daripada kenalan yang menganggotai kumpulan metal berkenaan, air jampi berkenaan turut dicampur sejenis minyak untuk menambahkan kuasanya.

“Saya sendiri pernah melihat air berkenaan dan ketika dihidu baunya seakan-akan ‘minyak atar’ tapi amat kuat hinggakan boleh membuat mereka yang tidak pernah menghidunya menjadi pening.

“Setiap kali sebelum bertempur, kumpulan Metal Indonesia itu berkumpul berhampiran sebuah pasar raya di ibu kota yang sememangnya terkenal sebagai kawasan mereka berjumpa setiap hujung minggu atau cuti am,” katanya.

Kumpulan sama dipercayai terbabit dalam kekecohan di Taman Tasik Titiwangsa di sini jam 2.15 petang semalam.

Mereka mulanya berkumpul di hadapan pasar raya berkenaan seawal jam 8 pagi sebelum bertolak ke taman terbabit.

“Selain meneguk air jampi itu, mereka memasang pelekat khas warna putih di bahu dipercayai mengelak daripada terpukul sesama sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, polis bertindak segera dengan menahan lapan lelaki daripada kumpulan metal Indonesia itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku 500 meter dari pentas utama satu majlis yang turut dihadiri ribuan warga Indonesia di taman terbabit.

“Ketika kejadian orang ramai sedang asyik melihat persembahan di pentas utama. Tiba-tiba sekumpulan 15 lelaki menyerang satu kumpulan warga Indonesia menggunakan batang besi sebagai senjata.

“Akibat pergaduhan itu, tiga daripada mereka cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Kami belum dapat mengenal pasti motif pergaduhan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh,” katanya.

Dengan bantuan polis, majlis berkenaan selesai dalam keadaan aman.

Dulu aku selalu tengok gangster cina nie sebelum depa pi tetak orang depa tetak anjing dulu kasi berani tengok darah....#:-S
 
Last edited:
Sponsored Post

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
hurm...
dhla dtg negara org..
jadik sampah laks..
scam betul!!!!!!!!!!!!
 

maslinkcc

Fun Poster
Joined
Mar 29, 2008
Messages
707
Reaction score
13
Points
15
hurm...
dhla dtg negara org..
jadik sampah laks..
scam betul!!!!!!!!!!!!
sebenarnye malaysia ni berlembut sgt.
masa zaman tun mahathir dulu takde mcm ni.kalo ade pon kejap jek setel.sekarang ni politik dalam negara pon hancus..sapa lah yg nak kita harapkan memimpin malaysia ni kelak sbb semua pemimpin kat msia ni aku tengok tak betul.
 

kaze

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2007
Messages
911
Reaction score
1
Points
15
mesti lagi 'ganaz' hehehe
 

sirapbandung

Active+ Member
Joined
May 9, 2008
Messages
3,396
Reaction score
1
Points
30
pendatang tak sedar diri...:mad:..heran btul aku ngan goverment skang ni...biar jer ker mereka ni berlagak macam negara dia...negara dia dah hancur nk hancurkan malaysia ni lak ker...????

mana kumpulan dari Malaysia lak..takkan senyap jer kot??..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register