BTC USD 103,549 Gold USD 3,177.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidilfitri: Aliran Trafik Sesak Di Lebuhraya KLK, Perlahan Di Lebuh Raya Utama Lain

combat13

Active+ Member
Messages
4,776
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,776
Reaction score
160
Points
33
04342df78c478c6113be2a13447f4fa067f23754bbe69

Aliran trafik menghala ke pusat bandar dilaporkan perlahan namun lancar, ketika tinjauan dilakukan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban apabila orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3.15 petang ini, susulan hujan lebat di sesetengah tempat dan pertambahan kereta menuju ke ibu kota selepas sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak dari Karak hingga Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah menghala ke ibu negara.

Beliau memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Tol Juru, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.

“Seterusnya di Lebuhraya PLUS laluan E2 menghala utara, trafik perlahan dari Yong Peng ke Pagoh, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Southville ke Bangi.

“Manakala menghala ke selatan, kenderaan bergerak perlahan dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Bandar Ainsdale ke Port Dickson, Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai,” katanya.

Jurucakap itu berkata Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah, kesemuanya masih lancar dan terkawal.

“Kesesakan juga berlaku di dalam Lembah Klang di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala utara dari Gamuda Cove ke Putra Heights dan menghala Selatan dari USJ ke Bandar Saujana Putra serta dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register