BTC USD 60,732.3 Gold USD 1,793.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidiladha Arab Saudi awal

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Aidiladha Arab Saudi awal


2010/11/08
Singapura, Indonesia sambut hari raya korban 17 November

RIYADH: Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan tarikh Aidiladha disambut pada 16 November ini bersamaan Selasa, cepat sehari berbanding Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa Arab Saudi melakukan upacara melihat anak bulan. UAE pula mengumumkan bahawa Ahad, 14 November adalah hari pertama Dhu Al Hijja.

Ia bermaksud hari raya korban bermula dua hari kemudian, iaitu Selasa, 16 November, walaupun cuti rasmi bagi sektor kerajaan dan swasta belum diumumkan.

Sementara itu, di SINGAPURA, Mufti Syed Isa Semait mengisytiharkan tarikh Aidiladha tahun ini jatuh pada Rabu, 17 November.

Menurutnya, mengikut kiraan hisab, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat selepas matahari terbenam petang kelmarin, kerana ia terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

Oleh itu, semalam adalah hari genap bagi bulan Zulkaedah selama 30 hari dan awal bulan Zulhijah jatuh pada hari ini dan hari raya korban pula, iaitu 10 Zulhijjah, pada Rabu minggu depan.

Haji adalah perhimpunan tahunan besar-besaran umat Islam yang menyaksikan kira-kira 1.5 juta umat Islam menunaikan Rukun Islam itu di bandar suci Makkah dan Madinah di barat Arab Saudi. – Agensi
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,321
Reaction score
555
Points
176
kenapa malaysia tak ikut arab saudi?

entah la bro, ada yang beranggapan umat islam harini suke berpecah belah sampai hari raya pun takleh disambut pada hari yg sama di semua negara islam. Kan elok kalau semua bole sambut serentak :D
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
bukan faktor masa ke?? ...cop ,ak kureng tahu nie ...
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
bukan faktor masa ke?? ...cop ,ak kureng tahu nie ...

kalau faktor masa, Malaysia sambut awal lagi daripada Arab. Tapi ini disebabkan anak bulan. Malaysia tak nampak tapi Arab nampak.
 

nsriza

Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
1,192
Reaction score
24
Points
25
Memang patut pun... kita rasa cam tu sebab perkiraan hari dimulakan dari lautan pasifik, kalau dikira dari teluk parsi kan sama :D

Apa-apa pun kalau beza sehari tu kira ok le, kalau 2-3 hari mau haru jadinya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register