BTC USD 28,100.4 Gold USD 1,967.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid membebankan - Ramasamy

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Pimpinan PH, DAP jangan terlalu cabar UMNO​

hariri-1.jpg
NOOR HARIRI MOHAMED NOOR

  • 20 Januari 2023, 6:44 pm


PUTRAJAYA: Pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP diingatkan tidak terlalu mencabar UMNO dengan tohmahan tidak berasas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.




Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sedangkan UMNO mempunyai peranan membantu tertubuhnya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, UMNO bersetuju untuk bersama dalam kerajaan pada hari ini kerana semua parti mencapai persetujuan di atas satu titik persamaan iaitu menjaga kerukunan Perlembagaan yang menjunjung agama Islam sebagai Agama Persekutuan, bangsa Melayu sebagai teras kaum dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara.


ā€œTimbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy tidak sepatutnya keluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan fitnah kepada pimpinan parti yang bersama membentuk kerajaan.

ā€œJangan menjadi lidah pembangkang pula untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang dibina atas persefahaman jitu pelbagai parti,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramasamy sebelum ini membayangkan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO sebagai beban bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat PH dan Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Ramasamy turut percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Ahmad Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, UMNO kekal dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak didapati bersalah selagi belum dijatuhi hukuman.

Apatah lagi, katanya, semua tahu bahawa pendakwaan yang dibuat terhadap Presiden UMNO itu di zaman Perdana Menteri ke-7 yang bermotifkan pendakwaan politik.



Justeru, beliau mengingatkan segelintir pimpinan PH yang lain bahawa muhasabah diri, kembali kepada realiti dan jangan termakan hasutan dan adu domba daripada pakatan pembangkang yang ingin meruntuhkan kerajaan sedia ada ini.

ā€œJadi janganlah Ramasamy seperti menembak kaki sendiri apabila membuat cercaan yang kurang cerdik dengan tarafnya sebagai pimpinan utama parti.

ā€œPerkemaskan diri dan fikir bagaimana untuk meraih sokongan rakyat kembali kepada kerajaan Perpaduan ini yang mewakili segenap lapisan kaum di Malaysia,ā€ katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Shabery Cheek menegur tindakan segelintir pemimpin PH yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan.

Sebelum itu, turut menyelar tindakan itu ialah Ahli MKT UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan mengingatkan Ramasamy mungkin ā€˜terlupa’ dirinya juga beban kepada DAP berikutan DAP Putrajaya pernah mendesak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin pada 2019 kerana terus meniupkan sentimen perkauman. – UTUSAN
 

zackpenang

Active Member
Messages
1,255
Joined
Jan 9, 2010
Messages
1,255
Reaction score
432
Points
51
Itulah akibatnya bekerjasama dgn UMNO. Merata2 dia jadi duri dalam daging. Kat Sabah buat hal nak rampas kuasa padahal bawah 1 gabungan dlm PH. Kat Perak yg lepas rampas MB dari PN. Kat pusat dulu jatihkan Yidin sbb nak jadi PM. Skang ni bergaduh dgn DAP lak. Mmg suweylah sapa yg bekerjasama dgn UMNO ni 🤣
Ada lagi, jatuhkan orang sendiri kat pusat, Ismail Sabri...🤭🤣🤣🤣
 

tomcat_apachee

Active+ Member
Messages
4,206
Joined
Jun 15, 2007
Messages
4,206
Reaction score
88
Points
35
dekat pusat bekerjasama tak kan kat negeri nak saling lawan
benda simple nk paham kena bijak la sikit šŸ˜‚
marah sgt kt umno sbb tak nak kerjasama dgn PN kan šŸ˜‚
Parti PAN cakap jgn haram umno penyamun boleh dpt kerusi untuk bertanding PRN tak lama lgi ni...hohohoho...sian umno penyamun kena tendang.mcm bola je..

 
Sponsored Post

Top
Log in Register