BTC USD 49,441.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Said nafi seleweng kontrak pakaian seragam

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes salah laku dan penyelewengan kuasa berhubung kontrak pakaian seragam staf baru suruhanjaya itu bernilai RM7.5 juta.

Dakwaan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam tersebut disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Ahmad Said dalam penjelasannya berkata, segala urusan tawaran atau penganugerahan kontrak pakaian seragam berlandaskan prosedur ditetapkan dan mendapat kelulusan khas Perbendaharaan.

"Tidak wujud sama sekali isu penyelewengan kuasa atau salah laku dalam urusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Dakwaan seumpama itu adalah jelas satu cubaan sesetengah pihak untuk menjejaskan nama baik SPRM serta diri saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Said turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan untuk siasatan.

"Saya sedia disiasat polis bila-bila masa saja dan kepada mereka yang sengaja menyebarkan fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," tegasnya.

Semalam, Manikavasagam yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang terhadap Ahmad Said, mendakwa kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat menerusi rundingan terus tanpa menawarkan secara tender terbuka.

Dakwa Manikavasagam, Ahmad Said memberikan kontrak tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan kos uniform turut meningkat beberapa kali ganda setelah kontrak itu diserahkan kepada dua syarikat yang terletak di Kajang dan Kuala Lumpur.
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Messages
47,314
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
bia la sprm yg siasat..
 

virtualbiz

Active+ Member
Messages
4,899
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
mcm2 la bekas ketua suruhanjaya pelindung rasuah melesia nih...huhu :p
 

inspector gadget

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
1,205
Joined
Nov 17, 2009
Messages
1,205
Reaction score
3
Points
25
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes salah laku dan penyelewengan kuasa berhubung kontrak pakaian seragam staf baru suruhanjaya itu bernilai RM7.5 juta.

Dakwaan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam tersebut disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Ahmad Said dalam penjelasannya berkata, segala urusan tawaran atau penganugerahan kontrak pakaian seragam berlandaskan prosedur ditetapkan dan mendapat kelulusan khas Perbendaharaan.

"Tidak wujud sama sekali isu penyelewengan kuasa atau salah laku dalam urusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Dakwaan seumpama itu adalah jelas satu cubaan sesetengah pihak untuk menjejaskan nama baik SPRM serta diri saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Said turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan untuk siasatan.

"Saya sedia disiasat polis bila-bila masa saja dan kepada mereka yang sengaja menyebarkan fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," tegasnya.

Semalam, Manikavasagam yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang terhadap Ahmad Said, mendakwa kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat menerusi rundingan terus tanpa menawarkan secara tender terbuka.

Dakwa Manikavasagam, Ahmad Said memberikan kontrak tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan kos uniform turut meningkat beberapa kali ganda setelah kontrak itu diserahkan kepada dua syarikat yang terletak di Kajang dan Kuala Lumpur.


bekas laaa..die ni mmg korupsi pon
 

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
apalah nak jadi kat malaysia ni,
sepatutnya... kalau lah dia ni betul2 bersih...
dia bukan sahaja mesti bersih...
tapi juga kelihatan bersih...
dan mampu dilihat bersih...
...
jadi xperlulah berlindung disebalik prosidur,
 

ceria28

Legendary Member
Messages
11,902
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
Semuanya mahu kuasa. Bila dah dapat kuasa disalahgunakan pula kerana ramai org sekeliling yg cuba membuat tawaran yg bermcm2 utk dapat habuan.
 

adib07

Junior Member
Messages
57
Joined
Dec 12, 2009
Messages
57
Reaction score
0
Points
6
sprm

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes salah laku dan penyelewengan kuasa berhubung kontrak pakaian seragam staf baru suruhanjaya itu bernilai RM7.5 juta.

Dakwaan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam tersebut disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Ahmad Said dalam penjelasannya berkata, segala urusan tawaran atau penganugerahan kontrak pakaian seragam berlandaskan prosedur ditetapkan dan mendapat kelulusan khas Perbendaharaan.

"Tidak wujud sama sekali isu penyelewengan kuasa atau salah laku dalam urusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Dakwaan seumpama itu adalah jelas satu cubaan sesetengah pihak untuk menjejaskan nama baik SPRM serta diri saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Said turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan untuk siasatan.

"Saya sedia disiasat polis bila-bila masa saja dan kepada mereka yang sengaja menyebarkan fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," tegasnya.

Semalam, Manikavasagam yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang terhadap Ahmad Said, mendakwa kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat menerusi rundingan terus tanpa menawarkan secara tender terbuka.

Dakwa Manikavasagam, Ahmad Said memberikan kontrak tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan kos uniform turut meningkat beberapa kali ganda setelah kontrak itu diserahkan kepada dua syarikat yang terletak di Kajang dan Kuala Lumpur.

:(scam:(scam:(scam biarla telus klu nak siasat pun..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register