BTC USD 62,243.9 Gold USD 1,764.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ahmad idham kata undang2 daftar pelakon bebudak mengarut...

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
'Pelakon Kanak-Kanak Perlu Kelulusan Cadangan Mengarut' - Ahmad Idham
Oleh WAHIDUZZAMAN

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan saranan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan agar kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebagai satu cadangan yang tidak rasional dan mengarut.

Menurut pengarah filem yang mesra disapa Idham itu, kanak-kanak tidak wajar dibebankan dengan undang-undang atau peraturan yang tidak masuk akal.

Meskipun kanak-kanak ini terlibat dalam bidang seni, mereka hanyalah kanak-kanak biasa yang tiada bezanya dengan kanak-kanak lain.

"Saya anggap saranan tersebut sebagai idea yang tidak rasional dan mengarut. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tidak pandai menjaga anak mereka sehingga perlu mendapatkan keizinan daripada pihak lain pula.

"Idea tersebut bagaikan satu penghinaan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam bidang seni," katanya yang ditemui pada pratonton filem terbarunya Damping Malam di sini, Rabu.

Idham yang sering mengarahkan filem atau drama membabitkan pelakon kanak-kanak berkata, dia tidak pernah melihat mana-mana pelakon bawah umur di dalam produksinya hadir bersendirian dan tanpa ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

"Sepanjang saya mengarahkan drama atau filem melibatkan pelakon kanak-kanak, tidak pernah pula saya lihat mereka datang sendirian atau tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika berada di lokasi penggambaran.

"Tiada ibu bapa yang akan membiarkan anak-anak mereka terkontang-kanting tanpa pemantauan apabila anak-anak ini terlibat dalam aktiviti seni tidak kiralah nyanyian, teater atau lakonan sekali pun," katanya.

Saranan itu juga dilihatnya sebagai satu penghinaan kepada industri kesenian tanah air kerana seolah-olah penglibatan anak-anak bawah umur dalam bidang ini mendedahkan mereka kepada perkara-perkara negatif dan tidak sihat.

"Cadangan sebegitu seolah-olah memberikan gambaran bahawa penglibatan kanak-kanak dalam bidang seni lebih terdedah kepada anasir-anasir negatif dan tidak sihat.

"Hakikatnya pembabitan mereka dalam bidang seni adalah didorong oleh minat dan bukannya paksaan ibu bapa atau orang lain.

"Kenyataan tersebut bagaikan satu penghinaan kepada warga seni kerana ada pihak yang menganggap bidang ini hanya akan merosakkan pemikiran kanak-kanak bawah umur yang masih muda dan naif ini," katanya.

Tambah Idham, gejala sosial di kalangan remaja hari ini adalah isu yang lebih besar dan serius yang seharusnya dirunsingkan oleh pihak kerajaan berbanding saranan tentang kelulusan terhadap pelakon bawah umur.

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, Isnin lalu, Maznah berkata kanak-kanak di bawah umur yang terlibat dalam sebarang aktiviti seni perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Kelulusan tersebut bagi mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita....star_hiburan/20101215214703&sec=mstar_hiburan
hebat mamat ni....boleh plak kata undang2 mengarut....

Untitled.jpg

cakap bab gejala sosial...tapi filem ko camne.....
 
Last edited:
Sponsored Post

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
apa yg melibatkan kanak2 ni wajar di ambil perhatian.. dia nak mengaut keuntungan banyak tu kot.. :)) :))
 

norrah_joe

Fun Poster
Joined
May 9, 2009
Messages
868
Reaction score
1
Points
15
betul tu..patut ade undang2 psl ni

budak2 skang ramai benar nak jd artis
 

hakimm hanepah

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2010
Messages
124
Reaction score
11
Points
15
kanak-kanak perlu dijaga batasnye dalam industri hiburan nie..gejala sosial skg nie teruk dan bimbang kanak2 pon terjebak nanti..
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
hiburan yg berlebihan mengundang masalah nanti...percayalah ....
 

tutuptin

Active Member
Joined
Oct 17, 2010
Messages
1,091
Reaction score
12
Points
25
berlakon filem x pe la kot..asal jangan yang terlampau sudah lah
:)
 

technod

Fun Poster
Joined
Jun 7, 2007
Messages
440
Reaction score
0
Points
10
Aku sokong Ahmad Idham. Kalau yg x betul tu adalah program atau drama.

*Habis tu kalau baby nak berlakon camne pulak?


"Tiada ibu bapa yang akan membiarkan anak-anak mereka terkontang-kanting tanpa pemantauan apabila anak-anak ini terlibat dalam aktiviti seni tidak kiralah nyanyian, teater atau lakonan sekali pun," katanya.


Tambah Idham, gejala sosial di kalangan remaja hari ini adalah isu yang lebih besar dan serius yang seharusnya dirunsingkan oleh pihak kerajaan berbanding saranan tentang kelulusan terhadap pelakon bawah umur.
 

yoepitm

Active Member
Joined
Jun 2, 2008
Messages
1,175
Reaction score
1
Points
25
pd aku apa yg dikatakan idham tu ada betulnya..
huhu..kalau pusing kat mana sekalipun kalau mak bapak tak pantau lain jadinya..

tp ok apa tambah sikit kerja org gomen..menteri pun cakap secara general...so susah jugak la nak komen apa2..

kriteria apa pulak yg dia nak tgk utk kanak2 tu dibolehkan..(hehe, sebut pasal ni, takut gejala lain pulak yg akan timbul..R)

proses berapa lama?>..kalau yg bidang terjun mcm mana pulak?yg pak pacak?
setiap kali berlakon ke? atau sekali je kelulusan?

kalau anak2 ni ada masalah.. kerajaan akan tanggung kerugian ke? hahaha..dia dah sign ..kena la tanggung saham dunia dan akhirat..:)
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
menteri suka wat kecoh.
rasuah tu settle dulu la bengong..
dah lama sgt tak settle2 sejak merdeka tuh..
 

jku8505

Active+ Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
2,672
Reaction score
18
Points
25
menteri suka wat kecoh.
rasuah tu settle dulu la bengong..
dah lama sgt tak settle2 sejak merdeka tuh..

hahaha... yg nie btul2 kne amik perhatian...
kadang2 pak menteri mak menteri suker wat citer..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register