Ahmad Faizal gagal dapat sokongan undi percaya

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,809
Reaction score
12,043
Points
1,906
1608029110189.png


Lima Adun, termasuk dua wakil PAS angkat sumpah exco Perak
Diterbitkan Hari ini 6:09 pm

Dikemaskini Hari ini 6:21 pm



Teka teki mengenai komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak terjawab hari ini selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan, melengkapkan senarai 10 Exco.
Lima Adun berkenaan juga merupakan Exco di bawah pentadbiran sebelum ini iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu-Tualang Sekah), Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering).

Kesemua Adun itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Istana Kinta di Ipoh, pada 5 petang ini.

Selain Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim.

Pada 10 Dis lalu, lima Adun mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan empat daripadanya adalah Exco sebelum ini iaitu Datuk Zolkafly Harun (BN-Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota). Seorang lagi, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) yang turut dilantik merupakan muka baharu.

2f9556ca882d735dbdfe65cb406e1bde.jpg




Mohd Akmal Kamaruddin

Saarani turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Nazrin pada hari sama.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 5 Dis lalu setelah beliau gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.

Menerusi usul itu yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Dis, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya mendapat 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.

DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi terdiri daripada 25 wakil BN yang semuanya Umno, DAP (16), Amanah (lima), Bersatu (lima), PKR (tiga), PAS (tiga), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Terdahulu, Ahli Dewan Negara negeri Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta memberitahu pemberita Sultan Nazrin berkenaan agar istiadat angkat sumpah baki lima Exco diadakan hari ini memandangkan persidangan DUN akan berlangsung esok dengan pembentangan Belanjawan 2021 negeri Perak.

Tambahnya, istiadat dijalankan dalam keadaan yang ringkas kerana mengambil kira penularan wabak Covid-19 ketika ini.
- Bernama

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,809
Reaction score
12,043
Points
1,906
BERNAMA

· 59m ·

Lima ADUN iaitu dua daripada PAS, dua Bersatu, seorang BN angkat sumpah jawatan Exco di Istana Kinta, petang ini
Five Perak assemblymen, two from PAS, two (Bersatu), one (BN) took oath of office as Excos at Istana Kinta this afternoon

1608029231260.png
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,366
Reaction score
116
Points
33
Pas + dap jadi PAN
adakah lepasni umno + dap akan wujud parti seperti PAN?

belum ckp pasal Bersatu yg wujud Pejuang... berapa byk parti melayu nak pecah?

kalau pru ada byk parti melayu bertanding kat satu kawasan dan ada satu wakil dari dap bertanding kat situ...agak2 sapa menang kat kawasan tu?
Cuba ambik cth kat trg. umno trg kata nak bertanding semua kerusi lawan pas. Dap pi bertanding sama. Agak2 DAP boleh menang?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,809
Reaction score
12,043
Points
1,906
Semua Ahli Dewan Negeri Perak termasuk pembangkang menyokong wakil rakyat UMNO, Saarani Mohamad.

Semua 59 ADUN Perak sokong Saarani sebagai MB baharu




December 16, 2020 4:46 PM


SAARANI_MOHAMAD_ADUN_KOTA-TAMPAN_PERAK_UMNO-CHIEF_FMT_28102020.jpg


IPOH: Semua 59 ahli Dewan Negeri Perak termasuk pembangkang sebulat suara menyokong Saarani Mohamad sebagai menteri besar baharu, selepas usul sokongan dibentangkan di Dewan hari ini.


Semua ADUN bangun sebagai tanda sokongan selepas Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid memaklumkan usul oleh ADUN Trong, Jamilah Zakaria, dari UMNO akan diundi hari ini, pada hari pertama Dewan kembali bersidang selepas tertangguh susulan penyingkiran menteri besar terdahulu, Ahmad Faizal Azumu


Zahir memuji kematangan semua ADUN semasa undian dijalankan

 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,049
Reaction score
1,264
Points
111
sapa la buat surat ni.. dlm bahasa istana.. mana ada saya.. sepatutnya kena gunakan patik.. takkan la dah lama berpolitik masih tak tahu protokol istana..

eh lupa la.. dengan sultan pun berani derhaka.. apa la sgt dengan surat ni..
Ni komen nak kejar post ke
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,830
Reaction score
394
Points
51
sapa la buat surat ni.. dlm bahasa istana.. mana ada saya.. sepatutnya kena gunakan patik.. takkan la dah lama berpolitik masih tak tahu protokol istana..

eh lupa la.. dengan sultan pun berani derhaka.. apa la sgt dengan surat ni..
Aku terbaca kat thread lain kata bahasa salah. Tang mana salah? Huhu.

tak kisah tong kosong or what la brader.. ini forum freedom of speech kan.. so aku tulis je pendapat aku. kalau nak butthurt pun tak kisah.

btw.. kalau dah bahasa istana pun salah.. mcmana nak jadi kerajaan kan? benda simple mcm tu pun failed..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register