Ahmad Faizal gagal dapat sokongan undi percaya

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Anda boleh memaki hamun, mempersenda saya, tetapi saya berasa telah melakukan perkara yang betul - Nga Kor Ming ulas kerjasama dengan UMNO
#malaysiagazette #politikmalaysia #dap #umno
https://malaysiagazette.com/.../yang-tinggal-hanyalah-umno/

Yang tinggal hanyalah UMNO


15 December 2020

MGF26112018_SIDANG-DEWAN-RAKYAT24.jpg

Nga Kor Ming.

IPOH – Walaupun sedar bahawa kerjasama dengan UMNO akan mengundang kritikan malahan menyebabkannya ditolak, tetapi Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming tetap mahu membuka lembaran baharu, termasuk membawa masyarakat Cina kembali semula ke arus perdana politik Malaysia.
“Politik majmuk sedang mengalami pengunduran dan politik satu kaum semakin hebat. Jika keadaan baharu tidak dibuka, maka kita akan terperangkap dalam lorong mati ini.


“Anda boleh memaki hamun, mempersenda saya, tetapi saya berasa telah melakukan perkara yang betul,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily mengenai kerjasama dengan UMNO.
Kata Kor Ming, beliau tidak akan melakukan pemutihan untuk UMNO dan pemimpin parti itu perlu bertanggungjawab atas segala skandal membabitkan mereka.

Katanya, prinsip DAP dalam soal penghapusan penyelewengan juga tidak akan diperdagangkan manakala masyarakat Cina juga tidak akan dikhianati.

“Jika Pakatan Harapan betul-betul bersama dengan UMNO, tidak kira Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka harus berdepan prosedur undang-undang yang ada.
“Mereka harus menanggungnya jika mahkamah mendapati mereka bersalah,” katanya.

Menurut Kor Ming, orang Cina telah kehilangan peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional dan Malaysia akan dikuasai politik perkauman dan politik agama sehingga menjatuhkan semangat sekular.
“Kami ada dua pilihan iaitu sama ada terus menunggu keadaan menjadi lebih tenat atau memilih alternatif yang ada. Saya tahu ini mungkin mengundang kritikan, tetapi ia adalah lebih baik daripada berdiam diri.

“Jika bercakap pasal kerjasama, Pas bukan lagi di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan parti ini menjadi sangat ekstrem, Perikatan Nasional pula bermain politik perkauman dan tiada hala tuju dalam pentadbiran negara.

UMNO sanggup bersama DAP demi kuasa?

“Yang tinggal, hanyalah UMNO,” kata Kor Ming yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP.
Katanya, walaupun jalan di depan penuh berliku, tetapi seseorang pemimpin perlu berani untuk menghadapi risiko.

“Tsunami politik 2008 tidak akan berlaku jika Lim Kit Siang tidak bekerjasama dengan Nik Abdul Aziz.

“Kami juga tidak akan berjaya menukar kerajaan jika tidak bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018,” katanya.

Menurutnya, kerjasama antara PH dengan UMNO akan membolehkan UMNO menjadi lebih sederhana. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Isu kerjasama DAP dengan UMNO.
#malaysiagazette #politik #malaysia

Guan Eng turun Ipoh pertahan Kor Ming


15 December 2020

MGF05052019_PERSIDANGAN-DAP_19.jpg

Lim Guan Eng

IPOH – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengadakan taklimat khas di Ipoh pada Ahad selepas Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming menerima kecaman hebat berikutan isu kerjasama antara DAP dan UMNO di negeri itu.

Walaupun taklimat itu dijalankan secara tertutup, tetapi ahli parti memberitahu Sinchew Daily, Guan Eng telah mempertahankan Kor Ming termasuk menyatakan bahawa rundingan antara Kor Ming dengan UMNO telah mendapat lampu hijau daripadanya

Guan Eng tidak mengulas tentang isu itu apabila ditemui media selepas taklimat, tetapi difahamkan pemimpin tertinggi DAP itu memberitahu bahawa beliau bersetuju dengan rundingan DAP Perak dengan UMNO, tetapi tidak berhujah tentang kemungkinan pembentukan kerjasama dengan UMNO.

Guan Eng juga berharap ahli yang tidak berpuas hati dengan Kor Ming supaya melakukan teguran secara dalaman dan bukannya secara terbuka.

Sumber berkata, sebagai pemimpin, Guan Eng perlu mempertahankan Kor Ming, lebih-lebih lagi sokongan Kor Ming diperlukan dalam pemilihan parti akan datang.

Dalam taklimat yang dijalankan, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mengutuk Kor Ming secara terbuka iaitu Leong Cheok Keng (Malim Nawar) dan Leow Thye Yih (Pokok Assam) tidak berhujah.

Namun begitu, ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu yang tidak bersetuju dengan kerjasama DAP-UMNO telah menyuarakan pendapat.

Hampir 30 orang yang sudah ditentukan majlis telah bersuara dengan majoriti bersetuju kerjasama bersyarat dengan UMNO selepas mengambil kira keadaan semasa.

Daripada mereka yang bersuara, tiga atau empat orang adalah daripada kalangan penyokong Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang tidak senada dengan Kor Ming.

Penyokong Kulasegaran tidak menyetujui kerjasama dengan UMNO kerana parti itu masih diterajui pemimpin yang berdepan kontroversi. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Puad cadang UMNO Perak pelopori kerjasama dengan DAP






15/12/2020


1608000460347.png





KUALA LUMPUR – “ Apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak,” cadang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.

“Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang. Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.

“Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

“Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati,” katanya.

Puad menambah, pemimpin Bersatu tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO malah sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.

“Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Tan Sri Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan Perikatan Nasional (MN). Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.

“Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti Pakatan Harapan (PH) sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli Perikatan Nasional (PN). Muafakat Nasional (MN) juga belum daftar.

“Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Puad tidak nafi ada akar umbi UMNO yang keliru.

Tetapi katanya, mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali tanpa pengetahuan MKT.

“Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.

“Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?

“Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP? Soalnya.

Sebab itu ujarnya slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa.

“Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.

“Lim Chong Eu dipecat daripada MCA kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate,” jelasnya.

Justeru kata Puad lagi, UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi.

“Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik. Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.

“Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik,” syor beliau.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Ahli Parlimen Marang itu memasuki pekarangan istana kira-kira jam 10.50 pagi.
#AWANInews #AWANIpagi #PolitikPerak

Politik Perak: Hadi Awang menghadap Sultan pagi ini


Disember 15, 2020 10:58 MYT
Politik Perak: Hadi Awang menghadap Sultan pagi ini

Kenderaan yang membawa Abdul Hadi tiba di pekarangan Istana Kinta pagi ini. - Astro AWANI

IPOH: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu memasuki pekarangan istana kira-kira jam 10.50 pagi menaiki kereta Mercedes Benz berwarna kelabu.

Baru-baru ini, Abdul Hadi mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin bagi memaklumkan mengenai 'situasi politik yang melibatkan Pas'.
Sebuah portal melaporkan Abdul Hadi memohon menghadap Sultan Perak untuk 'memohon ampun' ekoran keputusan membatalkan jadual menghadap tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas ketika krisis politik Perak pada 8 Dis lalu.

Pas sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk 'menangguhkan' menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan Pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Parti itu juga menolak tuduhan bahawa ketidakhadiran itu merupakan tindakan derhaka terhadap Sultan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Presiden PAS, Hadi Awang tinggalkan Istana Kinta, Ipoh selepas menghadap Sultan Nazrin selama kira-kira 40 minit

1608004607143.png
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,707
Reaction score
1,172
Points
151
Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Puad cadang UMNO Perak pelopori kerjasama dengan DAP






15/12/2020


View attachment 322804




KUALA LUMPUR – “ Apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak,” cadang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.

“Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang. Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.

“Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

“Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati,” katanya.

Puad menambah, pemimpin Bersatu tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO malah sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.

“Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Tan Sri Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan Perikatan Nasional (MN). Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.

“Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti Pakatan Harapan (PH) sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli Perikatan Nasional (PN). Muafakat Nasional (MN) juga belum daftar.

“Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Puad tidak nafi ada akar umbi UMNO yang keliru.

Tetapi katanya, mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali tanpa pengetahuan MKT.

“Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.

“Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?

“Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP? Soalnya.

Sebab itu ujarnya slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa.

“Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.

“Lim Chong Eu dipecat daripada MCA kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate,” jelasnya.

Justeru kata Puad lagi, UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi.

“Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik. Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.

“Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik,” syor beliau.


Apa salahnya buka umno pada semua kaum jgn jadi parti pada satu kaum, jgn ckp saja buat la.....demi rakyat kan itu yg umno perjuangkn selama ini
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
#BHnasional Saarani memasuki istana beberapa minit selepas Presiden PAS keluar
https://bit.ly/34uGOmj

Menteri Besar menghadap Sultan Perak

Disember 15, 2020 @ 12:29pm


sa15_1608006544.jpg

Kereta membawa Saarani memasuki Istana Kinta. - Gambar pembaca

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad memasuki pekarangan Istana Kinta di sini, bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani tiba menaiki kereta Toyota Camry warna merah pada jam 11.57 pagi.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memasuki Istana Kinta menaiki pada jam 10.50 pagi, sebelum keluar selepas hampir sejam.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Menteri Besar Saarani Mohamad diarah menghadap bagi mempersetujui tambahan lima lagi EXCO selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, selesai menghadap pagi tadi.

Lima lagi EXCO Perak angkat sumpah petang ini




December 15, 2020 1:21 PM


Mohd-Annuar-Zaini_15122020.jpg

Ahli Dewan Negara Mohd Annuar Zaini bercakap kepada pemberita di Istana Kinta memaklumkan majlis angkat sumpah EXCO Perak akan diadakan petang ini.

IPOH: Lima lagi EXCO kerajaan Perak akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 5 petang ini.

Jurucakap istana, Ahli Dewan Negara Mohd Annuar Zaini, berkata tiada sebarang liputan dibenarkan kerana Sultan Perak mahu majlis diadakan seringkas mungkin.

Katanya, Menteri Besar Saarani Mohamad diarah menghadap sebentar tadi bagi mempersetujui tambahan lima lagi EXCO yang belum dilantik.


“Majlis akan dilangsungkan di Istana Kinta dengan hanya membabitkan kehadiran menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, dan hakim,” katanya kepada pemberita di Istana Kinta selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan Saarani selesai menghadap.

Pada Khamis, Setiausaha PPBM Perak, yang juga ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, antara lima EXCO mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah.

Zainol, yang dilantik sebagai EXCO kanan, bekas penasihat bertaraf EXCO kepada bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu.

Turut mengangkat sumpah empat EXCO pentadbiran lepas, iaitu Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,950
Reaction score
780
Points
121
Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Puad cadang UMNO Perak pelopori kerjasama dengan DAP






15/12/2020


View attachment 322804




KUALA LUMPUR – “ Apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak,” cadang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Tegas beliau, UMNO perlu berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat dan tidak perlu berasa takut.

Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.

“Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang. Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.

“Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

“Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati,” katanya.

Puad menambah, pemimpin Bersatu tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO malah sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.

“Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Tan Sri Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan Perikatan Nasional (MN). Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.

“Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti Pakatan Harapan (PH) sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli Perikatan Nasional (PN). Muafakat Nasional (MN) juga belum daftar.

“Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Puad tidak nafi ada akar umbi UMNO yang keliru.

Tetapi katanya, mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali tanpa pengetahuan MKT.

“Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.

“Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?

“Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP? Soalnya.

Sebab itu ujarnya slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa.

“Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.

“Lim Chong Eu dipecat daripada MCA kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate,” jelasnya.

Justeru kata Puad lagi, UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi.

“Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik. Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.

“Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik,” syor beliau.


UMNO!! mohon BUANG je melayu (mungkin kot) mudah lupa ni !!

mangkoq mcm ni xpernah belajar dari sejarah

lagipun bukan ada penyokong pon dia ni

dalam UMNO dan Kabinet p0n xde sape yg pandang

 
Sponsored Post
Top
Log in Register