Ahmad Faizal gagal dapat sokongan undi percaya

CG Sponsors




g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,864
Reaction score
661
Points
81
Awat la abg miehensem laju sgt bg pendapat...kalut...bukannya nk naik bot☺☺☺☺
 
Sponsored Post

Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,077
Reaction score
1,723
Points
141
Dengar cite m.u kalah hari tu

Nak tanya ramai ke dalam gua tu?
Ada sesapa masuk gua tak?
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,362
Reaction score
1,993
Points
201
Merafak ampun: Kesusilaan adab budaya Melayu
December 11, 2020
IMG-20201211-WA0065-696x391.jpg

HARI ini penuh reaksi maya terhadap kenyataan media mohon maaf dari tiga ADUN PAS Perak. Saya mengikuti reaksi tersebut satu persatu. Ternyata ramai yang keliru. Pertama saya ingin jelaskan ia bukan reaksi dari ‘sembah derhaka’ yang pernah menggegarkan Perak akibat arahan Sultan agar Menteri Besar meletak jawatan.

Sangat berbeza dengan situasi kini. Namun oleh kerana ia telah menguasai pemikiran rakyat Perak apatah lagi kebanyakan yang komen itu adalah penyokong tegar PAN, maka paradigma itu menguasai cara komen mereka.

Apabila konteks berbeza dilabel dalam kes berbeza, tentulah hukumnya berbeza. Maka tersebarlah kejahilan yang diulas dalam kegelapan. Semakin ramailah si buta meraba-raba. Konteks PAS Perak ialah menjunjung adat.

Telah saya nyatakan sebelum ini betapa PAS sangat menghormati Istana kerana ia payung agama dan bangsa. Maka menjunjung adat memuliakan kedudukan Baginda Sultan, maka sembah maaf dirafak agar jernih kekeruhan dan kekhilafan.

Adat Melayu sangat takut dan bimbang jika gagal penuhi hasrat orang yang disanjung tinggi. Antara hadir tanpa keputusan yang pasti mengecewakan Sultan atau mohon tangguh agar ada keputusan yang merupakan tujuan Sultan memanggil. Di situlah khilaf PAS Perak dalam kekalutan yang memerlukan keputusan dan segerakan tindakan. PAS sangat memuliakan Istana. Bimbang ada khilaf tanpa sengaja, maka sembah maaf adalah pilihan utama.

Ada yang menuduh kononnya kerana tidak dilantik jawatan Exco. Perlu diingat bahawa PAS Pusat telah dari awal sebelum majlis angkat sumpah Menteri Besar mengarahkan PAS Perak hadir mengadap Tuanku di Istana. Berbetulan surat mohon mengadap Tuan Guru Presiden ke istana, maka sangat molek PAS Perak merintis jalan dengan permohonan maaf.

Adat sanjungan budi ini memang sukar dimengerti oleh mereka yang bergelumang dengan golongan anti agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak dididik oleh adab dengan Istana. Kerana itu tidak hairan seorang Melayu Islam bergelar ustaz secara terbuka membuat perancangan menghapuskan institusi Istana. Ia diangkat menjadi Pegawai Khas seorang Ketua Menteri sebuah negeri.

Akhirnya suka saya jelaskan, bagi mereka yang dididik dengan adab budaya bangsa sangat teruja dengan kesusilaan PAS Perak merafak ampun maaf kepada Baginda Sultan Perak atas khilaf yang mungkin berlaku di kala kekalutan mengurus pertembungan politik Negeri Perak. Sesungguhnya Istana adalah payung rakyat beragama. Jangan ada yang memutuskan hubungan itu dengan hasutan kebencian.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 11/12/2020
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,577
Reaction score
198
Points
73
PAS & UMNO xpyh duk dgn bersatu
PRU15 jln sndri je
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,806
Reaction score
12,043
Points
1,906
Jika terbukti tak menyokong usul undi percaya terhadap MB Perak.
#malaysiagazette #PPBM

Keahlian ADUN Titi Serong gugur serta-merta jika terbukti – Bersatu


12 December 2020

MGF29052020_SIDANG-MEDIA-PPBM_07-1.jpg

Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


LARUT – Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dalam parti Bersatu gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 4 Dis lalu.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata telah termaktub dalam perlembagaan parti, sesiapa sahaja yang tidak bersama dalam agendanya maka keahlian akan gugur secara automatik.


“Mungkin lepas ini UMNO Perak akan hantar bukti-bukti kepada kita (Hasnul Zulkarnain tidak menyokong usul), kalau terbukti maka dia tergugur dengan sendirinya. Tindakan sama seperti yang kita pernah lakukan di peringkat nasional, tidak boleh bezakan bahagian atau negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ‘Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia’ Sahabat-Sahabat Larut di Selama, dekat sini, hari ini.
Beberapa portal berita memetik Hasnul Zulkarnain sebagai berkata beliau sedang menanti tindakan daripada Bersatu selepas didakwa menolak undi percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada 4 Dis lalu.

Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu. Sebelum itu, beliau merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata cadangannya supaya satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara Gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibuat berdasarkan fakta dan perasaan terbuka.

“Apabila saya lakukan ini, tidak timbul orang kata saya bangkitkan isu-isu ada ‘orang kecil makan besar’, kerana masing-masing ada tanggungjawab untuk damaikan dan satukan parti-parti yang ada,” katanya.
Beliau mengulas reaksi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkata penubuhan gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.

Sebaliknya, Mohamed Khaled berkata PN, BN dan GPS mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,806
Reaction score
12,043
Points
1,906
"Pengakuan saya ini adalah untuk meredakan ketegangan antara dua parti."
#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani


Disember 13, 2020 16:30 MYT
Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani

SD itu ditandatangani Hasnul pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu. - Foto Fail / BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim akui menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Ujarnya, SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Tegasnya, tiada keperluan untuk Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mencari segala bukti berkait sokongan beliau terhadap Saarani.

“Pengakuan saya ini adalah untuk meredakan ketegangan antara dua parti, Bersatu dan juga UMNO. Setiausaha Agung Bersatu dalam kenyataannya semalam beliau akan menunggu bukti daripada UMNO, yang akan menunjukkan bahawa saya menyokong Datuk Saarani.

“Pada saya, tak perlu sampai menunggu UMNO memberi bukti, saya hari ini mengaku secara rasmi, saya memang tanda tangan SD (sokong) Datuk Saarani.

“Saya percaya akhirnya semua YB daripada PN pun akan memberi sokongan yang sama kepada Datuk Saarani tu. Saya tandangan itu kerana saya rasa semua YB termasuk UMNO pada akhirnya akan tanda tangan, walaupun berlaku sedikit kelewatan,” katanya kepada Astro AWANI.

Pengakuan dibuat beliau itu sebagai reaksi kepada laporan Bernama semalam yang memetik Hamzah sebagai berkata keahlian Hasnul Zulkarnain akan gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal dalam persidangan DUN 4 Disember lalu.

Hasnul Zulkarnain bagaimanapun enggan mendedahkan undian beliau sewaktu proses pengundian usul itu berlangsung.

“Saya tidak diberi ruang oleh Bersatu sama ada di peringkat negeri atau bahagian untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti politik.
“Itu menggambarkan saya seolah tidak diperlukan dalam parti Bersatu,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di peringkat parti berkait keahlian beliau dalam Bersatu.

Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu. Sebelum itu, beliau merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,806
Reaction score
12,043
Points
1,906
Sujita Soorian

18m ·

Sultan Perak perkenan terima menghadap Presiden PAS di Istana Kinta, Ipoh 11 pagi esok - Ahli Dewan Negara Perak Annuar Zaini
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,362
Reaction score
1,993
Points
201
Sultan Perak perkenan terima menghadap Hadi Awang esok
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan terima menghadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, Ipoh esok, kata Ahli Dewan Negara Perak Annuar Zaini.

Menurut laporan Bernama, majlis menghadap itu dijadualkan pada jam 11 pagi.

Semalam , semasa sidang media di Kuala Lumpur, Abdul Hadi, memaklumkan yang permohonannya untuk menghadap Sultan Perak telah diperkenan baginda.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh tersebut.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Presiden PAS memohon menghadap Sultan Nazrin Shah, namun sumber yang rapat dengan istana memberitahu belum ada tarikh ditetapkan.

Abdul Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.

c790a73160bb0c6781a6091ab9fa7913.jpg

Surat yang turut dilihat oleh Malaysiakini itu menyatakan niatnya untuk memberitahu sultan mengenai "situasi politik yang melibatkan PAS".

Ia berlaku setelah Adun PAS Perak tidak hadir pada sesi menghadap yang dijadualkan dengan baginda pada Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik mengenai calon menteri besar yang baru.

Laman web berita The Vibes memetik sumber dekat dengan Abdul Hadi dipetik sebagai berkata ahli parlimen Marang itu memohon menghadap untuk "memohon pengampunan".

PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk "menangguhkan" menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

3c9d3c6d647138a8a7e24f552212dd16.jpg

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata isu politik Perak telah selesai selepas Saarani mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak yang baru.

Setakat ini lima exco kerajaan negeri telah pun dilantik dan tidak ada seorang pun dari PAS berbanding parti itu yang mempunyai seorang exco dalam kerajaan negeri sebelum ini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register