Ahmad Faizal gagal dapat sokongan undi percaya

CG Sponsors




puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,781
Reaction score
2,224
Points
201
c34bca0901afc5dc5f6494d0b4418683.jpg



Adun Chenderingan yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.
Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.
Dia juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.

"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.
Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Dis ini.
[Berita lanjut menyusul]

 
Sponsored Post

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,514
Reaction score
473
Points
131
terciduk.....
berapa kerat je ppbm

mmg kalah la
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,440
Reaction score
1,421
Points
151
Papa Nuar bila pulak?
Kata Ada " strong, formidable, convincing "
Dah sebulan lebih takkanlah tak kena-kena lagi nombornya :sneaky:
:ROFLMAO:
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,706
Reaction score
1,172
Points
151
Awal gerakan depa buat, hebat2
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
wah wah wahh. nampak gaya ada kemungkinan pembubaran Dewan utk bagi laluan pada pilihanraya.
atau peralihan kuasa pada sapa yg mendapat sokongan majoriti
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
UMNO Perak tidak puas hati dengan Ahmad Faisal kerana lebih pentingkan politik dari rakyat. #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../peja-tewas-undi-percaya.../

Peja tewas undi percaya, gagal dapat sokongan jadi MB Perak


4 December 2020

MGF11072019_SIDANG-PARLIMEN23.jpg

Ahmad Faizal Azumu


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dikemukakan seorang ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Dalam undian belah bahagi ketika permulaan sesi persidangan DUN itu pagi ini, daripada 59 ADUN yang mengundi hanya 10 bersetuju manakala 48 tidak bersetuju dan satu berkecuali.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika mengumumkan keputusan itu berkata, usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal menepati syarat dan tidak melanggar peraturan DUN dengan 45 ADUN bersetuju, manakala sembilan tidak bersetuju.
Sebelum itu, hanya dua ADUN UMNO yang mengambil bahagian berbahas iaitu ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd. Manaf Hashim dan ADUN Gunung Semanggol, Datuk Razman Zakaria.

Menerusi surat bertarikh 18 November 2020, Abd. Manaf menyatakan Ahmad Faizal yang merupakan ADUN Chenderiang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.
Justeru, beliau memohon membawa satu usul berkenaan dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan di bawah Perintah-Perintah Tetap 26 (1) dibaca bersama Perintah Tetap 27 (3) Dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
MalaysiaGazette difahamkan, usul itu dikemukakan berikutan rasa tidak puas hati majoriti ADUN UMNO dan BN terhadap kepimpinan Ahmad Faizal yang lebih mementingkan politik daripada menumpu kebajikan rakyat.
Krisis itu tercetus selepas ADUN Pengkalan Hulu dari UMNO, Aznel Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Politiknya.

Pelantikan itu dibuat tanpa mendapatkan kebenaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohammad.
Menurut sumber, walaupun usul undi percaya itu bukan berbentuk undi tidak percaya tetapi boleh dianggap sebagai serampang dua mata bagi ADUN Perak untuk menafikan hak Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.
Ahmad Faizal dijadualkan akan membentangkan Belanjawan 2021 Perak pada sidang DUN itu pagi ini. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,048
Points
1,906
Hanya 10 yang menyokong, manakala 48 membantah

KEMASKINI: Kerajaan Perak pimpinan Ahmad Faizal Azumu tumbang, MB tewas undi percaya




December 4, 2020 11:24 AM


AHMAD_FAIZAL_AZUMU_PEJA_PERAK_MB_FMT_19102020-13.jpg

Ahmad Faizal Azumu.

IPOH: Pentadbiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, tumbang apabila gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, apabila usul percaya terhadapnya diundi secara belah bahagi pagi tadi.

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan 1 undi rosak.
Usul undi percaya terhadapnya dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, dari Umno.
DUN Perak terdiri daripada 24 ADUN Umno, empat PPBM, dan tiga PAS, dan pembangkang iaitu 16 DAP, lima Amanah, dan tiga PKR.


Terdahulu, Manaf ketika membawakan usul berkenaan berkata, usul dibawa bagi menentukan keabsahan kerajaan negeri yang selama ini didakwa pembangkang sebagai “kerajaan pintu belakang”.
Bagi menidakkan dakwaan itu, beliau menegaskan pilihan raya perlu dilaksanakan, tetapi dalam keadaan pandemik dan kewangan ketika ini, penentuan sokongan secara belah bahagi di DUN Perak “langkah kedua paling baik”.

“Mungkin orang akan berkata kenapa ahli politik perlu bermain politik dalam keadaan sekarang, kerana rakyat ditimpa masalah Covid.
“Jawapan saya: Kita perlukan satu kepimpinan yang komited yang tidak diragui, kepimpinan yang boleh bawa Perak bukan sahaja untuk hadapi Covid ini tetapi juga untuk hadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Tegasnya, Perak memerlukan kerajaan yang tidak lagi dikatakan “kerajaan pintu belakang”.
Manaf menafikan Umno bersekongkol dengan DAP menjatuhkan Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register