Ahli politik ditahan miliki lori curi

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
IPOH: Seorang Ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik di Tanjung Malim ditahan polis Selasa lalu kerana disyaki memiliki sebuah lori yang dipercayai dicuri.

Tangkapan itu dipercayai dibuat selepas polis menerima laporan kehilangan sebuah lori di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di rumahnya di Sungkai, dekat Tapah, oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang kemudian menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad yang dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut. - Bernama

dari parti mana nie?
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register