Ahli Perniagaan Mati Ditembak

CG Sponsors

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
BUTTERWORTH 14 Nov. - Seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal di Taman Tanjung Indah, dekat Raja Uda di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Koay Tin Chuan, 38, ditembak empat das ketika sedang berbual melalui telefon dalam kereta Perodua Kenari yang dipandunya.

Tin Chuan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 malam ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang selepas mendapat rawatan awal di Hospital Pakar Bagan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, ketika kejadian, mangsa baru saja meninjau keadaan rumah yang baru dibelinya di taman perumahan tersebut.

"Ketika mangsa hendak pulang dan memasuki kenderaan, seorang lelaki bermotosikal berhenti di belakang keretanya.

"Lelaki itu kemudian meluru menghampiri kereta mangsa dan melepaskan empat das tembakan di sebelah kanan tingkap hadapan kereta mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, dua daripada tembakan tersebut terkena dada kanan dan tangan kiri mangsa.

Menurut beliau, mangsa dilaporkan masih bernyawa ketika dirawat di Hospital Pakar Bagan tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Zulkifli berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut dan belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Kata beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pada masa sama polis akan menyiasat kejadian ini di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam," tambahnya.

P/s: Bahaya la sekarang ni main tembak2 orang lak...
 
Last edited:
Sponsored Post

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Apa nak jadi ngn malaya sekrg nie... :-?
 
ableze_joepardy

Active Member
Joined
Apr 18, 2006
Messages
1,532
Reaction score
17
Points
25
pas sorang2.. dah brape org bisnesman kene tembak..

nape ye? trend tembak bisnesman ke skang ni?
 
nippon_hokage

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2008
Messages
856
Reaction score
3
Points
15
pas sorang2.. dah brape org bisnesman kene tembak..

nape ye? trend tembak bisnesman ke skang ni?

antara nak elakan busnessman aka org kaya2 kna aim

jgn beli keta mewah....

jgn simpan duit byk2 dlm bank negara msia

jgn beli umah besar2

p/s: apa solution......naik kancil hari2....anta duit ke KFH aka kuwait finance house.....beli tanah byk2 kat area banda n tepi laut guna nama adik beradik lain...jgn fokus pada 1 nama....umah di renovate ala kadar ( yg blah luar ).....yg belah dlm ikut suka le BUT with sticker cermin 90% gelap......jgn le suka kua mlm2 sgt kalo dah tau diri mcm kna aim.....trafic lite merah peratikan el cermin kiri kanan....dpn blkg.....jgn duk tgk awek keta sebelah...

sapa lain ada idea....kasi tambah le yek...den nak beli barang makanan ...:)cgrock...:)cgrock.....
 
SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

tp apek tu pun guna kenari jek kena bunuh gak :(:)((
dah x selamat la ni nih....:(
 
mynor5535101

Active+ Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
4,452
Reaction score
189
Points
33
Ini mesti kes tak bayar hutang kot.....atau tak bayar payment pada subcon atau kes tipu orang.....
Mesti ada oarang sakit hati
 
naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
senang citer.. hidup ala kadar je..kalo suit dah byk sgt..meh sedekah kat CG ni..:)):)):))
 
damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
tembak menembak amalan rakyat malaysia sekarang nie...
jadi berhati2 lah anda semua warga cg...:D:D:D
 
DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
dah lama adegan tembah menembak ni, nak kecoh wat pe, dulu org politik kena tembah, tu dah lama dahhhhhhhhh

bukan skrang je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register