Ahli perniagaan bergelar Datuk ditemui mati dalam kereta

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Seorang ahli perniagaan berusia 75 tahun dan bergelar Datuk ditemui mati dalam keretanya yang tersadai Jalan C M Yusof di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Azisman Alias, berkata mayat Datuk Ting Liong ditemui 12.30 tengah hari tadi oleh orang awam yang menghubungi polis.

Beliau berkata polis yang menyiasat kemudian turut menjumpai sepucuk pistol di sisi mayat yang tersandar pada kerusi pemandu itu.

Azisman berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Katanya ahli perniagaan berkenaan memiliki lesen senjata yang sah dan difahamkan beliau sentiasa membawa pistol ketika berada di luar rumah.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dari Taman Canning di sini.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register