BTC USD 48,148.2 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli PAS disaran manfaat Harakah kongsi maklumat penerangan

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,764
Reaction score
852
Points
121
Beli dan baca harakah ni kira sebelah kaki masuk ke syurga dah.
Bukan baca yang percuma kat kedai mamak.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201

Berbanggalah wahai para lebai​

June 21, 2021
IMG-20210621-WA0018-696x391.jpg

GELARAN sangat berperanan dalam mewatakkan seseorang. Jika gelaran itu baik, maka gambaran baik akan melekat pada seseorang. Jika buruk, maka buruklah gambaran umum yang diterima. Dalam politik juga penting. Dengan gelaran atau gambaran yang diterima, seseorang akan membentuk persepsi terhadap setiap berita yang datang. Namun gambaran bukanlah watak sebenar melainkan terbukti benar.

Seseorang yang diwatakkan pemalas, mungkin mudah diterima sebagai pemalas jika ada gambar beliau tertidur disebarkan walaupun tidur itu biasa bagi semua orang. Seorang yang anti-Islam diwatakkan mesra Islam lalu disebarkan gambar bersimpuh di masjid dan berita membantu orang Islam. Demikian penting gelaran yang membentuk persepsi.

Advertisement

Orang PAS dilabel sebagai lebai atau walaun. Ia dipersepsikan dengan jumud dan taat tanpa hujah. Ia digunapakai oleh semua musuh PAS. Sebelum ini PAS dilabel dengan penunggang agama dan golongan suci. Label ini di persepsi dengan gambaran buruk. Ada musuh yang seronok sangat menggunakan label itu kepada PAS. Persoalannya adakah ia imej buruk?

Orang PAS patut berbangga dengan label lebai dan walaun. Ia sebenarnya imej baik. Cuma mereka yang sangat alergik dengan Islam melihat gelaran itu buruk. Gelaran itu jauh lebih baik dari ‘hancing’ dan khaDAP yang bermaksud khadam DAP. Ia jelas sesuatu yang buruk.

Sebelum ini orang PAS dilabel sebagai golongan suci. Ia dibawa dalam bentuk sindiran. Namun ternyata gelaran itu diperolehi dari musuh Nabi Luth. Jangan tanya saya apa hubungan mereka dengan kaum yang beramal dengan ‘Sodom’ ini. Yang saya tahu, millah kufur itu satu. Al-Quran merakamkan rancangan Kaum Musyrikin yang menentang Nabi Luth dalam surah an-Naml ayat 56:

“Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Luth dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan ‘dirinya bersih suci’.”

Walaun adalah istilah untuk golongan mulia dan baik yang diberi Allah. Ia berasal dari golongan yang memberi ketaatan dan kesetiaan kepada Nabi dan Rasul. Dalam gerakan Islam, wala’ adalah disiplin yang menunjukkan taat. Ia menggambarkan watak orang baik-baik, begitu juga lebai.

Saya kongsikan definisi lebai dalam masyarakat yang diterima Kamus Dewan Bahasa:

Definisi: 1. orang yang tahu mengenai agama: Bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yang busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yang menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yang selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dalam daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yang suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang untuk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dan sebagainya) yang berkaitan dengan lebai: sikap hidup mereka yang ~ dan tidak moden itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Musuh berusaha melabelkan PAS dengan label yang buruk namun sebenarnya tanpa mereka sedari mereka sebenarnya mengakui dan mempromosi orang PAS sebagai orang baik. Anda tidak bangga jadi walaun dan lebai? Saya sangat berbangga dan bersyukur atas gelaran itu. Jangan sesekali melabel saya sebagai khaDAP atau hancingyang membawa maksud ‘kaki kencing’. Saya kurang berminat dengan gelaran buruk itu, tetapi nampaknya mereka berbangga dengan gelaran itu sebagaimana saya berbangga sebagai walaun dan lebai.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 21/6/2021
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201

Siapa yang sebenarnya penunggang agama?​

June 22, 2021

https://www.facebook.com/sharer.php...06/22/siapa-yang-sebenarnya-penunggang-agama/
https://twitter.com/intent/tweet?te...benarnya-penunggang-agama/&via=harakahdailyHD
https://carigold.com/forum/whatsapp...06/22/siapa-yang-sebenarnya-penunggang-agama/
https://www.linkedin.com/shareArtic...title=Siapa+yang+sebenarnya+penunggang+agama?
https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/22/siapa-yang-sebenarnya-penunggang-agama/#
https://telegram.me/share/url?url=h...&text=Siapa+yang+sebenarnya+penunggang+agama?
IMG-20210622-WA0020-696x391.jpg

SEHARI dua ini sibuk juga dibicarakan kalimat ‘penunggang agama’. Sehingga dengar khabarnya nama saya pun ada disebut dalam sebuah bual bicara. Kononnya contoh penunggang agama itu ialah seperti saya. Maaf lah sebab ceramah atau kuliah dalam Youtube saya tak tengok semua. Pilih-pilih juga. Bukan kerana merendahkan seseorang penceramah. Tapi kalau dah ‘terkenal mengarut’ baik tak payah tengok pun. Baik tengok UEFA Euro 2021.

Tapi kerana banyak juga suara-suara pasal ‘penunggang agama’ dibualkan, maka saya nak tunjuk dekat teman-teman apa dan siapa sebenarnya penunggang agama. Saya bukan nak sebut group dan mana-mana individu tapi nak beritahu sifat-sifat penunggang agama itu apa sebenarnya. Penjelasan ini pun bukan saya nak bela diri saya yang dituduh seperti di atas itu. Saya tak kasihan pun dekat diri saya tapi saya kasihan kepada sebahagian kita yang jadi tukang angguk kepada sesetengah cybertrooper karut yang berlegar di ruang angkasa maya ini.

Advertisement
Bagi setengah mereka, asalkan guna ayat-ayat al-Quran atau Hadis dalam berhujah maka itu dikira menunggang agama. Begitu jauhnya kesesatan pemikiran ini. Pemikiran ini menyebabkan mereka meninggalkan hujah agama dalam berhujah kerana takut dikatakan ‘penunggang agama’. Akhirnya lahirlah manusia yang berhujah berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Sehingga akal dikira lebih mulia dari hujah agama.

Bukankah al-Quran itu diturunkan sebagai hujah? Awas, pemikiran Liberal ini secara beransur-ansur menjauhkan kita sepenuhnya dari Quran dan Hadis. Akhirnya kalam-kalam pemimpin kafir itu lebih diutamakan dari kalam Allah.
Agama adalah kenderaan yang menyampaikan kita ke syurga. Tanpa kenderaan ini manusia akan sampai ke neraka. Lalu siapa sahaja yang mematuhi agama dalam apa jua aspek kehidupannya maka ia akan selamat dan bukan penunggang agama.
Penunggang agama yang sebenar ialah manusia yang mahu agama mengikut arah yang ia mahu. Berpolitik tanpa agama itulah penunggang agama. Melantik orang-orang kafir sebagai pemimpin itulah penunggang agama. Orang yang menolak Islam sebagai dasar berpolitik dan perjuangan itulah penunggang agama. Ahli politik yang melompat ke sana ke sini sehingga mengkhianati amanah rakyat itulah penunggang agama. Ahli politik yang sanggup khianati negara, agama dan bangsa itulah penunggang agama.
Alhamdulillah, PAS dan pimpinannya tidak pernah menukar hukum agama untuk tunduk kepada kepentingan politiknya. Setiap langkah politik PAS adalah menepati kehendak agama. Sehingga PAS tidak menghiraukan apa jua perkara jika merugikan agama.

Asalkan menguntungkan agama maka PAS akan bersetuju sekalipun langkah itu tidak popular pada pandangan pemain politik Sekular yang sentiasa menunggang agama.
Asatizah yang menunggang agama ialah asatizah yang sanggup menjilat ke sana dan ke sini kerana mencari sedikit kemasyhuran di kalangan orang-orang kafir dan Sekular yang jelas bertentangan dengan agama.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 22/6/2021
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201

Peranan Islam menentang penjajah​

June 22, 2021
peranan-tw-696x374.jpg

KEDATANGAN Islam di Nusantara membawa ajarannya yang sempurna, bukan dengan ajaran Islam yang sekadar menyeru untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan beribadat sahaja. Ajaran yang menyampaikan Islam yang berdaulat dengan mengIslamkan kerajaan dan raja yang melaksanakan Islam berkonsepkan adil kepada semua, sehingga seluruh Nusantara didiami oleh majoriti umat Islam dengan jumlah yang paling ramai di dunia hingga kini.

Asal penduduknya terdiri daripada pelbagai agama (Hindu dan Buddha), kemudian mereka menganut Islam tanpa paksaan, bukan dengan kekerasan. Sejarah pelaksanaan Islam ada terpahat pada batu dan bertulis pada belulang dan kayu. Terdapat sebahagian daripadanya masih tersimpan di negara Barat, walaupun banyak yang dicuri dan dihapuskan.

Kewujudan penganut berbagai-bagai agama dalam negara yang bebas melakukan amalan agama masing-masing pada hari ini, menjadi dalil yang kukuh bahawa tiada paksaan dalam beragama. Pada masa yang sama, mereka sendiri memilih untuk memeluk Islam secara beramai-ramai dengan rela hati.

Maka, penentangan terhadap penjajah bukanlah kerana pengambilan cukai dan sebab kebendaan. Bukan juga disebabkan faktor kebangsaan dan puak, sepertimana yang diuar-uarkan oleh para pengkaji yang terpengaruh dengan penulisan para orientalis.

Advertisement

Puak orientalis sengaja memadamkan peranan Islam dalam jihad menentang penjajahan melalui Perang Salib, suatu peperangan yang dikibarkan benderanya oleh penjajah yang rakus, terutamanya selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan gerakan yang menyerang dari arah belakang.

Barat bertindak mengepung dunia Islam kerana mereka telah gagal berhadapan dengan kerajaan Islam yang masih kuat, termasuklah Khilafah ‘Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul.

Kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Rom, sekali gus menunjukkan betapa semangat penjajahan Barat melaksanakan Perang Salib (agama) terhadap Islam. Mereka menghantar para orientalis bagi mengkaji ajaran Islam, sehingga ada dalam kalangan tokoh orientalis yang menegaskan bahawa pegangan yang kuat kepada ajaran Islam merupakan suatu benteng yang sangat kebal dan susah untuk dilawan oleh mereka. Sebagaimana kata-kata yang berikut:

”Selagi adanya al-Quran yang dipelihara, ditunaikan solat Jumaat pada setiap minggu dan dilaksanakan Haji ke Makkah, Islam tidak mungkin akan dapat dihapuskan.”

Peranan Sultan Hasanuddin, Raja Haji yang beroleh gelaran syahid, Imam Sultan Diponegoro, Imam Bonjol, Teuku Umar, Dato’ Maharaja Lela, Haji Muhammad Hassan (Tok Janggut), Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal ‘Abidin Ketiga di Terengganu dan lain-lain tokoh adalah sultan yang ‘alim bersama para ulama’ bangkit menentang penjajah.

Ramainya kaum Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Aceh, termasuklah Turki dan bangsa yang lain asalnya datang berjihad untuk menentang kelompok penjajah. Kedatangan mereka bukanlah semata-mata untuk bercucuk tanam dan berniaga, sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah.

Sultan Zainal ‘Abidin Ketiga di Terengganu telah bertindak menggubal perlembagaan Islam (Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk) ketika Kerajaan Turki ‘Uthmaniyah mengalami kelemahan. Kemudiannya telah menetapkan hukum haram menerima penasihat daripada kalangan penjajah, yang menjadi asas kepada berlakunya pemberontakan di Terengganu bagi menentang penjajah, bukannya disebabkan oleh cukai rotan dan kulit kayu yang dijadikan sebagai sebab utama.

Termasuklah juga peletakan jawatan Sultan Muhammad bukannya berpunca daripada isu gaji, tetapi kerana para pembesar yang sudah menyerah kalah dengan melanggar Perlembagaan Negeri yang menegaskan perintah wajib mempertahankan Islam.

Banyak negara Islam pada hari ini telah membetulkan semula kezaliman sejarah terhadap Islam yang sengaja dikaburkan oleh musuh-musuhnya. Khususnya ketika golongan Barat menguasai sistem pendidikan dan pelajaran sewaktu menjajah dan menggunakan media sebagai senjata yang sangat besar pengaruhnya terhadap orang ramai.

Ada juga kajian-kajian yang dijalankan oleh universiti mengambil penasihat daripada golongan orientalis atau murid mereka sehingga mempengaruhi kajian dengan maklumat yang salah. Terlalu banyak kajian yang dilakukan hanyalah sekadar menemuramah kelompok yang bersekongkol dengan penjajah atau orang kampung yang jahil dan dijadikan alasan yang salah.

Walau bagaimanapun, masih ada penulisan yang terpelihara khususnya dalam bahasa Arab sepertimana berikut:

حاضر العالم الإسلامي لأمير شكيب أرسلان.

الدعوة الاسلامية فى ماليزيا: ظهورها وانتشارها للدكتور وان حسين عزمي والدكتور هارون دين.

Walaupun sudah banyak penulisan yang dihapuskan, namun masih terdapat riwayat yang sahih oleh mereka yang mewarisi sejarah sebenar secara mutawatir.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Zulqa‘dah 1442 / 22 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 22/6/2021
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201
Al fatihah kpd beliau
Semoga dimasukkan ke dlm surga
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
sori laa.. pas sekarang tak mcm dulu.. sekarang dah jadi pas pis pus :D
 

g-man

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
5,260
Reaction score
843
Points
121
sori laa.. pas sekarang tak mcm dulu.. sekarang dah jadi pas pis pus :D
Bila dh pegang jawatan, lain macam dh jadinya.....sama juga parti² sebelum ni..ahli politik ape ntah la....
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
masing masing kejar jawatan.. poket mesti tebal secepat mungkin
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
sori laa.. pas sekarang tak mcm dulu.. sekarang dah jadi pas pis pus :D
Dl guru aku dh pesan hati2 ngn 3 ta nie, wanita, harta , tahta.....ternyata bila smp giliran kt blum tentu kt lepas salah satu nie....kt leka, kt mabuk, kt lupa asal usul......mcm tu la mn2 individu atau parti pun....tu kami dl di larang utk sertai mn2 parti, guru ckp mudarat lg bnyk dr kebaikan....dn ternyata kini benar belaka
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register