BTC USD 37,217.5 Gold USD 1,797.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli PAS cenderung MN, kata mursyidul am parti

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
"Saya mendoakan MN terus kekal. Ia tidak boleh dirombak oleh individu kerana ia keputusan dasar dibuat oleh MT dan PAU."
http://www.utusan.com.my/.../saya-doakan-mn-terus-kekal.../

‘Saya doakan MN terus kekal’ – Annuar Musa​

UTU_ANNUARMUSA_5xxxxxxxxxx.jpg


ANNUAR MUSA
  • Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
  • 24 Januari 2022, 11:14 am

PETALING JAYA : Muafakat Nasional (MN) tidak boleh dirombak oleh individu kerana penubuhannya diputuskan Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan usaha itu merupakan aspirasi dokongan akar umbi yang mahu perpaduan ummah terus utuh apabila UMNO dan Pas bersama.

“Saya mendoakan MN terus kekal. Ia tidak boleh dirombak oleh individu kerana ia keputusan dasar dibuat oleh MT dan Perhimpunan Agung UMNO.



“Ia juga aspirasi dokongan akar umbi. Perpaduan ummah kekal utuh apabila UMNO dan Pas mendokong muafakat ini, Insya Allah,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas negeri menerusi MN berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan berkenaan mencapai kata sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob. -UTUSAN ONLINE



Ads by Kiosked
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register