BTC USD 63,349.5 Gold USD 2,383.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli PAS cenderung MN, kata mursyidul am parti

UMNO Kelantan belum beri jawapan.
#malaysiagazette #Pas #UMNOKelantan #MN


Pas tetapkan 22 Jan bertemu UMNO Kelantan bincang hala tuju MN​


29 December 2021

MGF08042019_CERAMAH-SEPENTAS-BN-PRK-RANTAU_18.jpg


Datuk Ahmad Yakob


PASIR MAS – Pas Negeri menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pertemuan itu antara lain akan turut membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




“Pas Kelantan telah menetapkan tarikh 22 Jan tahun hadapan (untuk bertemu UMNO), tetapi UMNO Kelantan belum memberi jawapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 152 Ketua Isi Rumah (KIR) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah mengutus surat kepada Pas Negeri untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju MN di negeri ini, khususnya menjelang PRU15. – Bernama

 
Sponsored Post

2a57a7eec2e1cb9312469cc40f9d51b4.jpg


'Masya-Allah... memang tak boleh percaya PAS ni'
https://www.malaysiakini.com/my/author/Shakira Buang
Seoang pemimpin Umno mendakwa perbincangan bagi menentukan hala tuju Muafakat Nasional (MN) di Kelantan asalnya digerakkan lebih awal oleh PAS.

Menurut Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, ia dipercayai dibuat kerana PAS berasa bimbang akan kehilangan kubu kuat mereka dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah, Nur Jazlan mendakwa kerjasama parti itu dalam MN selama ini pun hanyalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan PAS semata-mata, bukannya bersama Umno.

"Tindakan PAS mahu bincang dengan (Umno) Kelantan kerana mereka dah mula takut dan tindakan itu hanyalah untuk mempertahankan home ground (kubu kuat).

"Selama ini pun MN adalah untuk mengelak (PAS) bertembung dengan Umno dan mereka bimbang kalah di kubu kuat sendiri," katanya kepada Malaysiakini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan dan status MN khususnya di Kelantan. Selain di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kedudukan kerjasama PAS-Umno juga dilihat tidak kukuh di Terengganu.

Sebelum ini PAS Kelantan mengesahkan mereka menerima surat jemputan daripada Umno negeri itu untuk membincangkan hala tuju kerjasama mereka terutama ketika PRU ke-15 semakin hampir.

Hanya untuk kukuhkan PAS

Hari ini PAS Kelantan dilaporkan berkata mereka akan bertemu dengan Umno pada 22 Jan depan.

Dakwa Nur Jazlan, Umno Kelantan tidak pernah menghantar surat untuk meminta pertemuan diadakan, sebaliknya langkah tersebut dimulakan oleh PAS.

"PAS yang minta Umno Kelantan berunding bukan Umno Kelantan.

"Kita tak nak, tapi dia orang yang mulakan benda ini dan memang PAS tak setuju (Umno tolak kerjasama).

"Sepatutnya PAS bincang di peringkat pusat tapi selepas kekalahan di Melaka dan Sarawak mereka juga risau kalau kalah di kubu kuat mereka seperti Kelantan," katanya.

df5698ec25ae566c697cb7297dc8925c.jpg


Kata Nur Jazlan, perbincangan tersebut juga lebih kepada melihat kepentingan PAS, dan bukannya Umno.

"Perbincangan itu hanya bagi mengukuhkan kedudukan PAS untuk pilihan raya akan datang.

"Presiden (Umno) memang dah buat kenyataan bahawa PAS tak jujur. Jadi, di peringkat pusat pun saranan untuk kerjasama melalui MN ini pun dah tak wujud sebab PAS kata, kalau nak teruskan MN dia nak bersama Bersatu juga, dan Umno dah buat keputusan untuk tidak akan bersama Bersatu," katanya.

Tambah Nur Jazlan berdasarkan kenyataan yang dibuat pemimpin kedua-dua parti itu, bolehlah dianggap MN sebenarnya sudah gagal.

Tambah Nur Jazlan, tindakan PAS yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini juga jelas memperlihatkan bahawa parti itu memang tidak boleh dipercayai.

"Masya-Allah, memang tak boleh percaya," katanya berulang kali.

 
#BHnasional Khairy minta UMNO tak buat keputusan terburu-buru berhubung kerjasama dengan PAS
https://bit.ly/3sGRvPv

'Saya rasa kita UMNO dan PAS sudah serasi'​

Disember 30, 2021 @ 11:47pm

KHAIRY_JAMALUDDIN_serasi_kj_1640879246.jpg


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui dirinya antara individu yang skeptikal dan mengkritik penubuhan Muafakat Nasional (MN).






Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, tindakan mengkritik kerjasama antara UMNO dan PAS itu menyebabkan beliau dikecam beberapa pihak.

"Tetapi sekarang ini ramai pula yang nak (UMNO) keluar MN. Saya rasa kita (UMNO dan PAS) sudah serasi, saya pun sudah serasi dengan PAS dalam jemaah menteri.

"Kita ada kerjasama yang baik jadi biarlah kita fikir dengan baik mengenai perkara ini dan jangan membuat apa-apa keputusan dengan terburu-buru," katanya pada Wawancara Khas 'Dilema COVID dan Politik' disiarkan Facebook UMNO Online secara langsung, malam ini.





Terdahulu, PAS dilaporkan menegaskan parti itu akan terus memperkasa MN dan pada masa sama, mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, dipetik berkata keputusan Muzakarah Majlis Syura Ulamak pada Rabu lalu itu selari dengan usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.


Dalam pada itu, Khairy berkata, UMNO mempunyai dasar parti berhubung kerjasama dengan BERSATU hasil keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.

"Keputusan PAU adalah paling tinggi, maka kita patuh. Itu muktamad di situ, noktah," katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana-mana pilihan raya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Khairy sebagai berkata, keputusan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, bukan usaha membelakangi atau melemahkan UMNO.

Keputusan itu katanya, mencerminkan menteri-menteri daripada UMNO mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik, termasuk tugasnya sebagai Menteri Kesihatan yang terbabit dalam pengurusan pandemik itu.

Menteri Kesihatan itu menegaskan, keputusan yang dibuat adalah bagi melindungi rakyat, jentera pilihan raya dan kepimpinan semua parti yang terlibat daripada dijangkiti COVID-19, selain mengelakkan berlaku kenaikan mendadak kes positif wabak itu seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lalu.

"PRN Sabah ketika itu tiada vaksin dan pematuhan SOP yang sangat longgar, kes meningkat mendadak. Kita nak elak ia berlaku semula, saya terpaksa ketatkan SOP dan tegas. Siapa yang langgar SOP kita ambil tindakan dan saya tak rasa ia membelakangkan parti.

"Saya laksanakan tugas sebagai Menteri Kesihatan yang mewakili UMNO. Saya mahu mereka (rakyat) melihat menteri (daripada) UMNO ini, sekurang-kurangnya menjalankan tugas dengan baik. Itu yang sepatutnya saya dinilai daripada segi gerak kerja saya (sebagai menteri)," katanya.

 
Semua duk main ugut nie, xdk sapa yg berani buka langkah mula dl, heheheh....xpa nanti peluk cium blk la jgn risau....xcaya tngk ceta labu labi ini kepala bapak kau, eh kelapa bapak kau la hahaha....smp ke sudah kepala bapak kau

Ada kerusi ada kuasa... Itu party melayu.. kerusi cina lain plak . Melayu siap offer kerusi lagi sikit ke banyak ke.. ikut kata dragon
 
KUALA TERENGGANU: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas. Perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). "Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama. ...
http://www.utusan.com.my/.../majoriti-ahli-mt-umno-mahu.../

Majoriti ahli MT UMNO mahu MN – Abdul Hadi​

033ab4eb-5acb-4094-9f55-a47ff22376ac.jpg




ABDUL HADI AWANG

  • 31 Disember 2021, 1:35 pm


KUALA TERENGGANU: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas.






Perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama.



“Jadi UMNO kena ikut pemimpinlah iaitu MT bukan ikut bahagian-bahagian kerana majoriti kepemimpinan mahu bersama untuk kita bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Pas menerusi Muzakarah Majlis Syura ‘Ulama memutuskan untuk terus memperkasa MN dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan parti politik Islam demi kepentingan agama serta negara.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas juga akan melakukan rundingan kerusi antara parti Islam semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Abdul Hadi turut mengulangi pendirian tidak mahu persaingan tiga penjuru wujud dalam kerjasama dengan MN dan PN.
“Kita bersama dengan PN dalam PRU-15 dan kita mahu ajak UMNO sekali,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa sudah serasi dengan gagasan MN dan kerjasama baik antara UMNO-Pas itu wajar diteruskan. – UTUSAN


 
KUALA TERENGGANU: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas. Perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). "Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama. ...
http://www.utusan.com.my/.../majoriti-ahli-mt-umno-mahu.../

Majoriti ahli MT UMNO mahu MN – Abdul Hadi​

033ab4eb-5acb-4094-9f55-a47ff22376ac.jpg




ABDUL HADI AWANG

  • 31 Disember 2021, 1:35 pm


KUALA TERENGGANU: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas.






Perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama.



“Jadi UMNO kena ikut pemimpinlah iaitu MT bukan ikut bahagian-bahagian kerana majoriti kepemimpinan mahu bersama untuk kita bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Pas menerusi Muzakarah Majlis Syura ‘Ulama memutuskan untuk terus memperkasa MN dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan parti politik Islam demi kepentingan agama serta negara.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas juga akan melakukan rundingan kerusi antara parti Islam semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Abdul Hadi turut mengulangi pendirian tidak mahu persaingan tiga penjuru wujud dalam kerjasama dengan MN dan PN.
“Kita bersama dengan PN dalam PRU-15 dan kita mahu ajak UMNO sekali,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa sudah serasi dengan gagasan MN dan kerjasama baik antara UMNO-Pas itu wajar diteruskan. – UTUSAN


Pastu sapa yg xmau tu
 
1640952923726.png


PAS letakkan Umno dalam keadaan sukar, kata Shahril

Diterbitkan: Dec 31, 2021 7:16 PM

Umno meminta PAS agar untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan komen yang menyentuh isu dalaman parti lain seperti yang dilakukan Abdul Hadi Awang pagi tadi.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan berkata sepertimana dia tidak wajar untuk mengajar PAS mengenai cara mengurus hal dalaman parti mereka, perkara yang sama diharapkan daripada Abdul Hadi.

Katanya rakan sekutu Umno wajar menghormati "decorum" dalam hubungan antara parti dan mengelak daripada membuat komen bagi pihak Umno.

"Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden PAS, saya menganggap kenyataan (Abdul Hadi) mengenai pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebagai kenyataan yang kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain.


ADS

"Sama ada majoriti ahli MKT menyokong atau tidak menyokong sesuatu perkara, ia menjadi rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar.

"Yang penting ialah pendirian dan keputusan parti kelak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook petang ini.

Terdahulu semasa ditemui media di Rusila pagi tadi Abdul Hadi mendakwa sebahagian besar anggota MKT Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan PAS.

Sudah diulas berkali-kali

Malah ahli parlimen Marang itu menambah Umno wajar mengikut ketetapan yang dibuat kepimpinan MKT dan bukannya suara di peringkat bahagian.

Duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berpendapat penetapan pendirian itu sepatutnya tidak mengikut acuan "demokrasi Barat".

Shahril berkata seperti organisasi lain yang punyai struktur sendiri, sesuatu keputusan dibuat hanya selepas ia dimurnikan dan selepas itu barulah pendirian rasmi dikeluarkan.

"Soal pandangan mana-mana individu yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat, itu soal dalaman organisasi yang tak perlu dispekulasi oleh pihak lain.

"Apatah lagi semua ahli MKT telah bersumpah (menyimpan) rahsia sejak awal penggal lagi," tegasnya.

Pada masa sama, Shahril berkata, dalam isu Muafakat Nasional (MN) Umno tidak pernah sesekali menolaknya seperti yang ditegaskan secara rasmi oleh Perhimpunan Agung Umno 2020.

344c40bd9cc0e15bd2d2291c1ebacdf0.jpg
Gambar fail
Pun begitu katanya tindakan politik PAS meletakkan Umno dalam keadaan sukar.

Menurut Shahril lagi keputusan Umno mahu mempertahankan MN perlu diselaraskan dengan satu lagi ketetapan iaitu menolak kerjasama dengan Bersatu semasa PRU ke-15.

"Maka, apabila PAS bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional, maka ia meletakkan Umno dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN seperti mana - sehingga terpaksa ada pertembungan pelbagai penjuru - apatah lagi jika PAS bertanding atas lambang PN seperti di PRN Melaka," tambahnya.

Jelas Shahril, semua perkara ini telah diulas berkali-kali dan umum mengetahui dilema yang wujud adalah disebabkan pendirian PAS.

Meskipun begitu, kata Shahril, yang paling penting ialah Umno menghormati pendirian PAS dan tidak memaksa PAS melakukan apa-apa yang mereka tidak rela.

"Sebagai tanda keikhlasan persahabatan, harapnya PAS juga menghormati pendirian Umno dan tidak memaksa kami atau menghebahkan spekulasi dengan harapan kami melakukan sesuatu yang sememangnya sukar - khususnya berkenaan hubungan bersama pihak ketiga.

"Mungkin dengan penghormatan dua hala itu, barulah ada sinar untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerjasama yang pernah mewarnai pentas politik penggal ini," katanya.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register