BTC USD 37,353.0 Gold USD 1,798.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli PAS cenderung MN, kata mursyidul am parti

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

Ahli PAS cenderung MN, kata mursyidul am parti​

November 22, 2021 3:30 PM

hashim-jasin_fmt_bernama_140918.jpg

Rundingan untuk menyatupadukan Umno, PAS dan Bersatu akan terus dilakukan, menurut Hashim Jasin.

PETALING JAYA: Akar umbi PAS diakui lebih memilih untuk bersama Muafakat Nasional (MN) dan usaha kerjasama dengan Umno yang diharap dapat terus diperkuatkan lagi menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Beliau berkata, Umno adalah sahabat PAS dalam MN dan walaupun akar umbi dilihat lebih kepada kerjasama MN, namun pada masa sama parti Islam itu tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) demi agenda penyatuan ummah.

Kata beliau, rundingan untuk menyatupadukan ketiga-tiga parti itu akan terus dilakukan.
“Kita akui akar umbi mahu MN dan kita harap pihak Umno mengukuhkan MN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang lebih penting kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) meskipun PN juga kalah dalam PRN itu,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai strategi PAS memilih PN disifatkan gagal dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Hashim berkata, lebih penting adalah usaha parti itu bagi mempertahan penyatuan ummah.
Dalam PRN Melaka kelmarin, PAS tewas di semua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, pintu persefahaman antara Umno dan PAS menerusi MN masih terbuka meskipun Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian.
Katanya, kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada PAS.

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,335
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,335
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Bagus lah ada usaha ke arah penyatuan ummah
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
1637569154813.png

'PAS akan dapat 3 DUN Melaka jika bersama Umno'

Diterbitkan: Nov 22, 2021 4:04 PM

Jika PAS menerima tawaranuntuk bersama Umno pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu, parti itu akan menang di tiga kerusi, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah katanya, ini termasuk kerusi DUN Bukit Katil yang dari awal ditawarkan Umno kepada PAS bagi mengalahkan calon Amanah.

"Jika PAS terima pelawaan Umno tempoh hari, sudah tentu PAS akan punya wakil di tiga DUN dengan mudah termasuk DUN Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan Umno bagi mengalahkan musuh tradisi mereka Amanah," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dia berkata berkata demikian sebagai mengulas laporan berita berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam laporan tersebut anggota Parlimen Pasir Mas itu dipetik sebagai berkata PN merampas dua kerusi DUN yang dimenangi BN dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

Katanya, PAS hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti tipis 79 undi serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan ditandingi kecuali Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi.

"Ini adalah petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti," katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Sementara itu Asyraf berkata, Ahmad Fadhli tidak sepatutnya perlu bernada angkuh untuk mengugat kubu kuat BN atau tidak.

"Lagipun bukankah PAS berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh PAS ni siapa sebenarnya?" soalnya.

Kompem ye blh menang kalau PAS amik 3 tempat tu
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
berikut ni statement Ahmad Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli bin Shaari

19j ·

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MELAKA MEMILIH: MESEJ JELAS UNTUK SEMUA PARTI POLITIK
21 November 2021 | 16 Rabiulakhir 1443 H
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik perkembangan positif dalam keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka semalam. Keputusan tersebut membawa berbagai mesej yang harus diambil cakna oleh semua pihak.

2. Melalui keputusan ini, PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat 'underdog'. Walaupun telahan awal menjangkakan PN akan 'bungkus' di semua kerusi, ternyata PN berjaya merampas 2 kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

3. PAS juga mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan apabila hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti yang amat tipis (79 undi), serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan yang ditandingi kecuali di DUN Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi. Ini merupakan petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti.

4. Keputusan PRN juga menyaksikan penolakan besar-besaran rakyat Melaka kepada Pakatan Harapan (PH), apabila mereka tewas hampir semua kerusi yang pernah dimenangi kecuali di kawasan majoriti bukan Melayu yang ditandingi DAP, dan di Bukit Katil.

5. Sekiranya PH masih bermain dengan sentimen yang menggugat keharmonian negara dan kerukunan Keluarga Malaysia, tidak mustahil hanya DAP yang akan kekal, dan parti lain akan terus tersungkur.

6. Pemuda PAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih buat semua jentera PAS dan PN yang bertungkus-lumus menjunjung keputusan pimpinan parti, berkhidmat dan mewakafkan diri di medan juang tanpa sebarang ganjaran. Sekalung tahniah diucapkan kepada BN atas kejayaan menubuhkan kerajaan dengan mandat majoriti rakyat. Semoga negeri Melaka akan terus maju dan stabil, bebas dari penyelewangan dan dilindungi dari sebarang konflik yang memberi mudarat buat negeri ini dan negara Malaysia yang tercinta.

YB Ahmad Fadhli Shaari,
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Parlimen Pasir Mas.
Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM

1637569514722.png
 
Seperti analisa sahabat forumer di thread sebelah
Undian PH turun paling banyak
Undian BN turun banyak
Undian PN naik
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

5j ·

Ramai pemimpin-pemimpin utama PAS yang menghubungi saya menyarankan perundingan Muafakat Nasional diteruskan.

InsyaAllah, UMNO sentiasa terbuka dalam apa jua usaha untuk berunding bagi maksud kerjasama yang memberikan manfaat kepada ummah.

Sebagaimana sebelum PRN Melaka, dua kali saya bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan delegasi pimpinan PAS termasuk yang diketuai Timbalan Presiden Pas DS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Waktu itu lagi kami membawa mandat Majlis Kerja Tertinggi untuk menawarkan agar PAS dapat bekerjasama dengan BN atas logo PAS. Kami tidak sesekali meminta PAS bertanding atas logo BN tetapi atas logo keramat BULAN yang menjadi kebanggaan PAS. Bahkan kepimpinan turut menawarkan 3 kerusi DUN yang berpotensi menang kepada PAS termasuk kerusi DUYUNG kawasan Pesuruhjaya Negeri Datuk Kamaruddin sendiri.

Malangnya PAS lebih terdorong untuk menerima tawaran PPBM untuk bertanding di kerusi-kerusi yang UMNO menang dalam PRU lepas dengan menggunakan logo PN.

Walaupun berulang kali sebelum ini, Timbalan Presiden PAS memberikan jaminan tidak akan ganggu kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO dalam PRU-14. (https://www.freemalaysiatoday.com/.../pas-tak-kacau.../)

Pun begitu, walaupun BN menang besar dengan majoriti 2/3 iaitu 21 daripada 28 DUN, kepimpinan UMNO masih bersifat terbuka, jauh sekali untuk berasa selesa mahupun sombong dengan kemenangan yang ditakdirkan dalam PRN Melaka.
#BangkitKembali
#MuhasabahDiri
#MuafakatNasional
 
lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,243
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,243
Reaction score
3,165
Points
261
Awards
1
Yg lebih penting klau 3 teras parti melayu bersatu, jahanam terus ph nie...hahahaha
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,335
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,335
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Yg lebih penting klau 3 teras parti melayu bersatu, jahanam terus ph nie...hahahaha

1. UMNO
2. PAS
3. PKR - Serpihan UMNO
4. BERSATU - Serpihan UMNO

Kalau ada penyatuan
Memang lingkup la PH
 
lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,243
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,243
Reaction score
3,165
Points
261
Awards
1
1. UMNO
2. PAS
3. PKR - Serpihan UMNO
4. BERSATU - Serpihan UMNO

Kalau ada penyatuan
Memang lingkup la PH
Tp tu la klau terlampau kuat lupa diri hahaha....tp demi masa depan yg terjamin memang perlu pemerintahan yg kuat klau x jenuh la duk drama politik saja
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register