BTC USD 35,973.0 Gold USD 1,813.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi umum keluar Parti Warisan Sabah

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi juga ADUN Segama umum keluar Parti Warisan Sabah

1635575739766.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Tindakan ahli parlimen Lahad Datu dan Adun Segama itu selepas Adun Sindumin Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar Warisan awal bulan ini.

1635576422004.png


Mohamaddin Ketapi umum keluar Warisan

Diterbitkan: Oct 30, 2021 11:44 AM

Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Kata Mohamaddin, keputusannya keluar Warisan selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.

“Sudah lebih setahun saya berada di pihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu.

"Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam," katanya seperti dipetik Astro Awani.




Mohammaddin menyusuli langkah Adun Sindumin Dr Yusof Yacob awal bulan ini yang mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Adun bebas menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menjelaskan lanjut, Mohamaddin menafikan membuat keputusan itu kerana 'dibeli'.

"Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat," katanya lagi.

Pada PRU14 lalu Mohammaddin bertanding atas tiket Warisan dan menang kerusi parlimen Lahad Datu dan DUN Segama.

Dia juga merupakan menteri pelancongan, seni dan budaya ketika era pentadbiran PH.

Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu kini tinggal 19 kerusi.

Ini setelah Adun Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia November tahun lepas, Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti pada Feb serta Adun Sindumin dan Adun Segama keluar parti pada Okt ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1


Ahli Parlimen Lahad Datu sah keluar Warisan​


October 30, 2021 11:23 AM

Mohamaddin-Ketapi-email-1.jpg


Selain ‘mesra’ kepada GRS di peringkat negeri, beliau juga akan menjadi Ahli Parlimen Bebas di peringkat persekutuan, menurut Mohamaddin Ketapi.

KOTA KINABALU: Warisan hilang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak selepas Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar parti hari ini.

Mohamaddin yang juga ADUN Segama itu mengumumkan keluar daripada parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tindakan itu dibuat selepas ADUN Sindumin Yusof Yacob mengumumkan keluar parti tiga minggu lalu iaitu pada 8 Okt.
Walaupun mendakwa mesra GRS di peringkat negeri, Mohamaddin berkata beliau hanya akan menjadi “Ahli Parlimen Bebas sepenuhnya di peringkat persekutuan.”



Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH)-Warisan itu berkata kurangnya pembangunan di peringkat negeri dan Parlimen menjadi antara alasannya untuk keluar.

“Oleh itu, saya percaya keadaan ini akan berterusan jika terus kekal dalam blok pembangkang,” katanya kepada wartawan di sebuah hotel, di sini.

“Dengan ini, saya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra kepada kerajaan negeri.”
Mohammaddin berkata, beliau teringat janji kepada pengundi di DUN bahawa beliau akan membawa kemajuan ke kawasan itu termasuk mencadangkan untuk menaiktaraf Segama sebagai sebuah mukim.

“Tetapi untuk makluman, tidak ada apa-apa bentuk pembangunan, malah tandas awam pun,” katanya, sambil menambah ia sama untuk kawasan Lahad Datu apabila sepanjang lebih setahun beliau berkhidmat sebagai barisan pembangkang di peringkat persekutuan.

Beliau menegaskan walaupun menjadi seorang Ahli Parlimen Bebas, beliau akan memilih untuk mengundi dan menyokong inisiatif kerajaan persekutuan jika ia untuk kebaikan rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk memastikan sebarang usaha kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat secara umumnya berjaya,” katanya.

Keputusan Mohamaddin meninggalkan Warisan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini beliau dikhabarkan akan meninggalkan parti itu, walaupun beliau menafikan berlakunya rundingan.

Beliau adalah wakil rakyat ketiga meninggalkan Warisan selepas Yusof dan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir pada 25 Feb. Tetapi beliau adalah Ahli Parlimen pertama yang keluar parti itu selepas pilihan raya umum 2018.

Dengan kerusi Bugaya, yang sebelum ini disandang parti, kosong sejak kematian penyandangnya Manis Muka, Warisan hanya tinggal 19 kerusi di peringkat DUN daripada 79 kerusi termasuk enam ADUN yang dicalonkan.

Warisan juga mempunyai tujuh Ahli Parlimen yang masih bersama parti itu, dengan kerusi Batu Sapi masih kosong sejak penyandangnya Liew Vui Keong meninggal dunia tahun lepas.

Sementara itu, Mohamaddin berkata beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada Warisan memandangkan calon menandatangani surat taat setia kepada parti sebelum pilihan raya Sabah termasuk mengosongkan kerusi sekiranya mereka keluar parti.


 

jasonbournekillspy

Active Member
Messages
1,546
Joined
Mar 3, 2007
Messages
1,546
Reaction score
239
Points
33
Org2 Sabah elok katok mp masing2 ... Keje nk melompat manjang ... Untung kat rakyat takde jugak
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,227
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,227
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
Semut klau gula dh xdk apa lg cr lain la gulanya hahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Parti Pembangkang Warisan Sabah dilanda tiupan berganda pada Sabtu (30 Okt) apabila Datuk Mohammadin Ketapi berhenti dari parti, mengambil dua kerusi bersamanya. Mohammadin ialah Ahli Parlimen Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Segama.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,188
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,188
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
POLITIK | Mohamaddin Ketapi Kekal ADUN Segama

Datuk Mohamaddin ketapi kekal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama walaupun beliau bertindak keluar Parti Warisan Sabah pada 30 Oktober lalu.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register