BTC USD 51,412.8 Gold USD 1,781.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Parlimen Kinabatangan Sah Kahwin Pelakon

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz pada hari Khamis menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, Anggota Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Semalam, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Anggota Parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita hari ini masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".

"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.

Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di sini malam tadi.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."

"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi."

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
lorrr....yg mak nyer kata anak tak kawen lg...yg kwn bung lak kata dh kawen...

apa ke payah sgt nak berterus terang nih....bukan berzina pun...:-w
 

aloong_05

Active+ Member
Messages
4,659
Joined
Jan 12, 2008
Messages
4,659
Reaction score
42
Points
30
:-?:-?..klau poket dh tebal..ape ade kesah...~X(
 

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
emm..trend kawen datuk...

zizie pn boleh tahan ngancam :p
 

Zul34

Super Active Member
Messages
6,959
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
15
Points
65
mmg dato ni hengsem dan "sgt sepadan" dgn zizie izzette :">

x caya tgk gmbo dia ni, kalau btul la dia kawan dgn zizie

a5aabdb471e0a706


:eek::eek::eek:
 

MrMama

Active Member
Messages
1,631
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
patut x pegi parlimen xmau keluar bilik kot:))
 

shila70

Active Member
Messages
1,650
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
mana satu yang betui ...sebelum ni nafikan...ni dah kahwin plak..benda baik pun nak sembunyi ker
 

hafis_81

Super Active Member
Messages
6,386
Joined
Feb 15, 2008
Messages
6,386
Reaction score
32
Points
70
mmg dato ni hengsem dan "sgt sepadan" dgn zizie izzette :">

x caya tgk gmbo dia ni, kalau btul la dia kawan dgn zizie

a5aabdb471e0a706


:eek::eek::eek:

patut dia ni khwin dgn mak zizie..:eek:
 

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,565
Joined
May 13, 2009
Messages
42,565
Reaction score
1,504
Points
201
dAH Selamat dorang berdua nih... Sure time mlm2 jumaat nih dorang sibuk bikin "projek pecah tanah" wakakakkaka.....
 

mamza

Active Member
Messages
2,032
Joined
May 24, 2008
Messages
2,032
Reaction score
1
Points
30
alahai pemalunya bang mokhtar kita ni... ok bah, ko memang kacak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register