BTC USD 27,818.7 Gold USD 1,959.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Parlimen Kepong diperintah bayar ganti rugi RM2 juta kerana memfitnah

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

Ahli Parlimen Kepong diperintah bayar ganti rugi RM2 juta kerana memfitnah​

Mac 16, 2023 @ 11:17am

Ahli Parlimen Kepong dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi kesemuanya berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessie Lai.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.

Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.

Lai berkata, Lip Eng membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Beliau mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Dalam penghakimannya hari ini, Akhtar memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Jesse dan RM1 juta kepada MonSpace serta ganti rugi teruk berjumlah RM500,000 kepada kedua-dua plaintif.

Hakim juga memerintahkan Lip Eng mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua plaintif dalam akhbar vernakular dan media sosial dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman.

Dalam penghakiman ringkasnya melalui prosiding secara online, Akhtar berkata, mahkamah mendapati Jesse dan MonSpace berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lip Eng dan berhak untuk mendapatkan permohonan maaf serta ganti rugi.

Hakim itu berkata, Lip Eng tidak menafikan membuat kenyataan itu yang secara jelas ditujukan kepada kedua-defendan dan membayangkan mereka merasuah pegawai kanan kerajaan dan menjalankan aktiviti haram serta menipu pelabur China.

Beliau berkata, kenyataan itu jelas mencemarkan nama baik plaintif dan menjatuhkan reputasi mereka.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
Tipu ni. DAP mana ada fitnah. Kan DAP tidak berpura2 😂
tn logammaut , ada lagi kes fitnah
pada 30 Nov 2022

Tony Pua, Bee Yin diarah bayar ganti rugi RM350,000 kepada Chew Mei Fun​

November 30, 2022 @ 5:09pm
Mahkamah dapati Tony Pua (tengah) dan Bee Yin (kanan) bertanggungjawab memfitnah Mei Fun (kiri) melalui tiga artikel disiarkan dalam portal berita online The Malay Mail, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau pada tahun 2017.

SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 kepada bekas Setiausaha Agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun selepas didapati memfitnahnya berhubung kelulusan penjualan tanah di Selangor.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Roslan Abu Bakar memutuskan Pua dan Bee Ying bertanggungjawab memfitnah Mei Fun melalui tiga artikel disiarkan dalam portal berita online The Malay Mail, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau pada tahun 2017.

Dalam artikel (fitnah) berkenaan, Mei Fun didakwa meluluskan penjualan tanah di Selangor di bawah nilai pasaran ketika beliau berada dalam Jawatankuasa Tanah Daerah.

Roslan memerintahkan Pua dan Bee Yin masing-masing membayar RM200,000 dan RM150,000 kepada Mei Fun bagi ganti rugi am dan ganti rugi teruk dan turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos berjumlah RM50,000.

Dalam penghakimannya, Roslan berkata artikel itu membayangkan bahawa Mei Fun selaku ahli parlimen dan ahli MCA, menggunakan kedudukan dan pengaruhnya dalam jawatankuasa untuk membolehkan pembelian tanah itu oleh MCA di bawah nilai pasaran dan menyalahgunakan kuasa serta meletakkan dirinya dalam kedudukan konflik kepentingan.

Bagaimanapun hakim itu berkata, Mei Fun (plaintif) tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa seperti didakwa oleh defendan, sehubungan itu mahkamah berpuas hati bahawa plaintif berjaya membuktikan semua empat kenyataan dikeluarkan oleh defendan adalah memfitnahnya.

Defendan juga tidak pernah mengesahkan dengan pihak berkaitan atau melalui dokumen sama ada Mei Fun adalah ahli jawatankuasa.

"Oleh itu, saya mendapati defendan gagal untuk membuktikan kebenaran kenyataan (fitnah) berkenaan, sehubungan itu pembelaan justifikasi oleh defendan dengan ini gagal.

"Saya juga berpendapat pembelaan defendan juga gagal kerana tiada bukti menunjukkan mereka mengambil langkah sewajarnya untuk mengumpul maklumat, mengesahkan dan menerbitkan (maklumat) yang adil dan bertanggungjawab," katanya.

Dalam prosiding hari ini, Mei Fun diwakili peguam Rueben Mathiavaranam manakala peguam Syahredzan Johan mewakili Pua dan Bee Yin.
 
puterekota

Fun Poster
Messages
337
Joined
Jan 2, 2016
Messages
337
Reaction score
100
Points
20

kuat fitnah puak nj
 
Sponsored Post

Top
Log in Register