BTC USD 32,378.1 Gold USD 1,802.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Others Ahli keluarga meninggal dunia - Apa nak buat?

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
43,255
Reaction score
2,034
Points
201
kalau tanya saya pekara paling utama ialah

Jika di rumah
1 - tenang (ini paling sukar)
2 - call 999
3 - inform orang yg kita yakin dapat membantu
4 - bersihkan jenazah jangan sampai nampak aib

jika di hospita
1 - ikut arahan penjawat Hospital

Betul.

Memang susah nak tenang.

Paling terkesan yang pernah ada konflik dengan jenazah masa hidup.
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,156
Reaction score
1,228
Points
111
Ini la tujuan kita bacakan yasin pd yg hadir kenduri..supaya di peringatkan kpd mereka yg lalai

Bukan utk si mati tuu
Yg mati tu da dlm kubur hehe
1622647653516.jpeg
Hang memang nak kena sedekah Al fatihah dah ni
 

tyco

Active+ Member
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,022
Reaction score
1,632
Points
101
pengalaman memandikan jenazah arwah ayah ....tatkala saya diarahkan suruh memandikan jenazah arwah ayah tatkala memandikannya saya jadi blur ...sampai jiran jiran/orang yang datang katanya saya tak tahu ambil wuduk ....sampai air untuk di wuduk jenazah ayah melimpah limpah ...kata jiran jiran/orang yang datang katanya lemas la air banyak sangat tu ...pabila air banyak sangat ...kulit arwah ayah terbelah ...
maafkan aku ayah sampai aku jadi blur memandikan jenazah ayah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,242
Reaction score
21,268
Points
1,671
untungnya dduk di kejiranan yang kemasyarakatannya baik

wpun si polan xpernah campur orang, tapi bila bab kematian, semua akan ada yg uruskan sampai selesai. menjunjung fardhu kifayah
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
43,255
Reaction score
2,034
Points
201
pengalaman memandikan jenazah arwah ayah ....tatkala saya diarahkan suruh memandikan jenazah arwah ayah tatkala memandikannya saya jadi blur ...sampai jiran jiran/orang yang datang katanya saya tak tahu ambil wuduk ....sampai air untuk di wuduk jenazah ayah melimpah limpah ...kata jiran jiran/orang yang datang katanya lemas la air banyak sangat tu ...pabila air banyak sangat ...kulit arwah ayah terbelah ...
maafkan aku ayah sampai aku jadi blur memandikan jenazah ayah

Sabar ya.

Saya tak reti sebenarnya.

Tapi in sha allah satu hari nanti nak kena belajar.

Senang kalau ada yang tak lead...kita follow jer.

Tapi elok la adik beradik sendiri.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,192
Reaction score
1,975
Points
201
Klu kariah masjid leh mtk tlg dia org.. pastu waris bantu apa yg patut.. bukan duk tgk harap org lain buat.. mandikan tu betul tlg sikit3 tapi bukan sampai hang pi bersihkan semua.. ada part yg pakar mandikan buat.. sama mcm nak balut jenazah bila da mandi.. keje 2 org tu tukang mandi tak cukup tangan so duk sebelah dia sampai dia akan ajar sikit2

Angkat masuk dalam keranda pon Perlukan 6 org.. waris leh bantu angkat.. masuk dalam liang lahat pon sama Perlukan 2 atau 3 org tuk masukkan dlm liang lahad.. waris pon leh Bantu.. bukan harapkan org lain yg kene buat..

Kita bayar pon takat brg mandian n kain kafan.. van jenazah.. duit pengali kubur.. duit tanah kubur kot.. lain3 tak ada caj.. tu waris kene bantu
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
A Good article about the Malay Race to read with an open mind

"π‘²π’‚π’Žπ’– π’…π’Šπ’ƒπ’†π’”π’‚π’“π’Œπ’‚π’ 𝒐𝒍𝒆𝒉 π’π’“π’‚π’π’ˆ 𝒕𝒖𝒂 π’šπ’‚π’π’ˆ π’Žπ’†π’π’‚π’π’‚π’Ž π’ƒπ’†π’π’Šπ’‰ π’‘π’†π’Žπ’ƒπ’π’…π’π’‰π’‚π’.... " ~ 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 π‘΄π’–π’“π’”π’‰π’Š

𝑲𝒂𝒕𝒂 𝒁𝒂𝒂𝒃𝒂 : "π‘¨π’ˆπ’‚π’Žπ’‚ π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 π’…π’Šπ’‚π’‹π’‚π’“ 𝒐𝒍𝒆𝒉 π’π’“π’‚π’π’ˆ π‘΄π’†π’π’‚π’šπ’– π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’π’“π’‚π’π’ˆ π‘΄π’†π’π’‚π’šπ’– π’Žπ’†π’π’‹π’‚π’…π’Šπ’Œπ’‚π’ π’ƒπ’‚π’π’ˆπ’”π’‚ π‘΄π’†π’π’‚π’šπ’– π’”π’†π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š π’ƒπ’‚π’π’ˆπ’”π’‚ π’šπ’‚π’π’ˆ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 π’ƒπ’‚π’π’ˆπ’Œπ’Šπ’•."

Bacalah dengan hati yang lapang dan dengan dada yang terbuka.......

Orang miskin bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalui sedekah duit dan orang kaya bergantung kepaada orang miskin untuk masuk ke syurga. Pergantungan inilah yang membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Orang kaya pula meminta ahli-ahli masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan untuk bacaan Yasin. Mengharap orang lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati orang beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama untuk mencari keuntungan peribadi.

Abdullah Mursyi dalam karangannya berkata.....
"Kamu dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Pendita Zaaba menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi di dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Kata Zaaba : "Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit."

Wahai orang Melayu! Jika benar air jampi boleh beri orang pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam untuk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yang suka bergantung kepada hidup pada orang lain. Jika ada kematian, 7 malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir hari ke 100. Ia dilakukan dengan harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dalam kubur berhadapan dengan malaikat.

Moralnya pergantungan orang Melayu kepada orang lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kepada amalan solehnya sendiri dan anak-anak.

Apabila Hamka menegur sikap orang Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting orang Melayu dengan alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yang telah diajar dari warisan guru-guru terdahulu.

Orang Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jangan mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan orang Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yang kritis, berwawasan dan akademis cuba membetulkan yang tidak betul kepada betul.

Zaaba menulis orang Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan orang Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira untuk menjadi kerani di pejabat-pejabat.

Orang Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dengan hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Orang Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Hinggakan mencari syurga pun ramai orang Melayu mengambil jalan pintas dengan menyertai parti tertentu yang kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Air mineral dibaca surah sekian-sekian dari modal RM1 dijual RM10. Kismis yang dibaca surah-surah tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yang ini patuh syariah yang itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan orang lain hingga mudah dipergunakan.

Berubah jangan kita menjadi pentaksub mana-mana pemimpin atau parti

Kopipeh
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
Lupa nak tambah

bila kita baca kan quran utk simati, ada yg percaya dpt pahala kat mayat tu ~ Itu kepercayaan mengikut mazhab hambali
1624028819600.jpeg

kalau menurut mazhab syafie ~ pahala tu tak sampai kpd mayat
1624028804671.jpeg


Harap maklum 😝
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register