Ahli DAP Sarawak lapor polis isu kenyataan Zawawi - injil & arak

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
sy xde sebut neraka pon bos?

saham je - jika baik dptlah saham baik

nape bos terasa mcm neraka ke?;)
Sy tgh promo arak tanpa alcohol
InsyaAllah saham yg baik tu
Kan dlm surga kita bole minum arak yg tidak memabukkan
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
rasanya iklan tu promosi arak tanpa alcohol bos..mcm tu pun sy dpt saham masuk neraka ke?
apa definisi
Sy tgh promo arak tanpa alcohol
InsyaAllah saham yg baik tu
Kan dlm surga kita bole minum arak yg tidak memabukkan
sinis betul bos quote agama ye ;)

xmenyabo bos minum arak

btw apa denifini arak?

& apa definisi arak yg tiada alkohol/ tidak memabukkan? 😅

adakah mcm khinzir disembelih sempurna ke? khinzir disamak ke?😅

coz arak tu mungkin melalui/ menggunakan peralatan yg diguna utk buat arak alkohol yg memabukkan;)(y)
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
Nik Zawawi mohon maaf isu kitab Injil, minum arak
Nik_Muhammad_Zawawi_Salleh_a_1604394106.jpg
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh membuat permohonan maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia yang terguris hati dengan ucapan beliau berhubung isu kitab Injil sebelum ini.

Beliau membuat permohonan maaf itu selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

"Saya mohon maaf jika ada yang terguris, saya tidak berniat begitu. Apa yang saya niat adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan," katanya.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya pada 26 Ogos lalu dan memohon maaf.

Nik Muhammad Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di Dewan Rakyat mengenai kitab Injil "dipesongkan" dan penganut Kristian tidak mempunyai "hak untuk tersinggung."

Kenyataan itu dibuat ketika beliau membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.

Beliau dilaporkan berkata, tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu kemudian dicelah oleh Ngeh Koo Ham (PH-Beruas), yang mengatakan bahawa kenyataan itu tidak tepat dengan memberitahu bahawa agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak memabukkan.

Menjawab kenyataan Koo Ham itu, Nik Muhammad Zawawi mempertahankan kenyataannya dan berkata kitab Injil 'dipesongkan atau diubah'.

Dalam ucapan permohonan maaf itu, Nik Muhammad Zawawi menjelaskan beliau sangat menghormati rakan yang memeluk pelbagai agama lain, namun dalam hal berkaitan kitab Injil ia bukan berkaitan dengan penganut agama Kristian sahaja.

"Kami umat Islam turut beriman dengan Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa. Ini adalah akidah kami yang perlu dipertahankan supaya ia tidak dipesong atau dipinda.

"Saya mempertahankan keaslian kitab yang ada supaya tiada mana-mana kitab lain dengan perubahan," katanya.

Beliau menjelaskan pada perbahasan itu Khoo Ham ada menyatakan bahawa secara umum ajaran Kristian membenarkan penganutnya minum arak.

Katanya, berdasarkan fakta akademik ada tiga aliran dalam Kristian berkenaan kebenaran meminum arak.

"Justeru hari ini, saya tarik balik perkataan pesong yang saya gunakan dalam mempertahankan perbahasan saya yang lalu. Saya memohon maaf jika ada yang terguris hati kerana tindakan saya hanya untuk mempertahankan kitab Injil yang asal tanpa sebarang perubahan," katanya.

Pada 9 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan saksi berkaitan kes itu.
 
silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,526
Reaction score
1,083
Points
111
Nik Zawawi mohon maaf isu kitab Injil, minum arak
View attachment 306272Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh

Pelik pulak dengan MP Pas sorang ni.....dia pernah ke baca Kitab Injil Yang Asal yang diberikan kepada Nabi Isa?

Dia faham ke bahasa dan tulisan asal kitab injil tu kalau betul kitab tu masih ada?

Bukankah Nabi Muhammad mintak umat dia merujuk Al-Quran dan bukan kitab-kitab Nabi sebelum ini kerana syariat yang dibawa dah tak sama?
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Ahli Parlimen Parti Konservatif Islam Malaysia Mohon Maaf Singgung Perasaan Penganut Kristian

Ray Sherman
Kuala Lumpur, Malaysia
2020-11-03

a2a11843-4ca1-4158-bb88-6570178df796.jpeg

Poster Undilah PAS - Parti Islam Se-Malaysia, sebuah parti konservatif Islam di Malaysia ditampal di sepohon pokok di sebatang jalan di Kuala Lumpur, 17 April 2018.

Seorang Ahli Parlimen Malaysia yang mewakili parti konservatif Islam PAS, semasa sidang Parlimen pada Selasa telah membuat permohonan maaf yang jarangnya terjadi, susulan kenyataan kontroversi beliau yang mendakwa perintah dalam kitab Injil mengenai arak sudah “dipesongkan ataupun diubah” sehingga menyinggung perasaan penganut agama Kristian di negara itu, pada Ogos lalu.

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh dari Kelantan yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuat permohonan maaf itu di hadapan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, yang sebelum itu telah meminta beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat pada 27 Ogos lalu.

"Dengan ini saya menarik balik perkataan yang dipesongkan. Saya meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung; itu bukan niat saya.

“Saya sebut dipesong atau dipinda itu, dengan tujuan untuk mempertahankan keaslian kitab (Injil) yang ada, dengan mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan. Ini adalah tugas saya sebagai seorang Islam," kata Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.

Pemimpin kanan parti konservatif itu membuat kenyataan yang menggambarkan Kitab Injil sebagai “terpesong dan berubah” semasa berbahas dengan Ahli Parlimen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan berkata bahawa tidak ada agama yang membenarkan pengambilan alkohol sehingga mencetuskan rasa kurang senang dan menyinggung perasaan penganut agama Kristian di negara berkenaan.

Nik Muhammad Zawawi yang kini berada bersama kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir Malaysia, mengeluarkan kenyataan tersebut semasa perbahasan pemandu mabuk dan larangan minum arak dalam mempertahankan tindakan pentadbiran Putrajaya pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meminda akta berkaitan.

Kenyataannya itu telah mendapat bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen termasuk Ngeh Koo Ham, wakil DAP yang mengatakan bahawa kenyataan wakil PAS itu tidak tepat dengan memberitahunya bahawa agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak memabukkan.

Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan menolak hujah Ngeh dengan berkata kandungan kitab Injil bagi agama Kristian terpesong kerana alkohol memang tidak dibenarkan.

Susulan daripada perbahasan di Parlimen itu beberapa pemimpin politik membuat laporan polis terhadap Nik Muhammad Zawawi dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyifatkan kenyataan pemimpin PAS itu sebagai serangan terhadap penganut agama Kristian di Malaysia serta cuba menimbulkan perselisihan antara agama.

Selain itu, Persatuan Gereja-gereja di Sarawak juga menuntut pemimpin kanan PAS itu menarik kembali kenyataannya di Parlimen dan mendesak mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua penganut Kristian.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen dari DAP turut menulis surat kepada Azhar menuntut Nik Muhammad Zawawi menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Meskipun mendapat reaksi balas yang negatif, beliau menolak untuk menarik balik kenyataannya atau meminta maaf, dengan mengatakan bahawa orang Kristian tidak berhak merasa tersinggung dengan ucapannya, kerana pernyataannya itu bukan tuduhan, tetapi "fakta".

Dalam permohonan maafnya, Nik Muhammad Zawawi menekankan bahawa beliau menghormati semua agama dan rakan-rakan dari semua kepercayaan dan ucapannya itu merujuk kepada terjemahan akademik Injil mengenai pengambilan alkohol.

Jadi Pengajaran

Sementara itu, Kelvin yang menuntut permohonan maaf daripada Nik Muhammad Zawawi berkata episod itu harus menjadi pengajaran kepada semua ahli parlimen untuk tidak memecah belahkan rakyat.

"Bukan niat saya untuk memanjangkan isu ini, tetapi penting untuk kita memberi contoh dan teladan bahawa walaupun kita mungkin mempunyai kepercayaan sendiri, tetapi kita perlu saling menghormati dan tidak melampaui batas untuk menghina kepercayaan satu sama lain, meskipun kita mempunyai perbezaan pendapat atau pemahaman.

"Biarkan ini menjadi pengajaran…, sebagai ahli Parlimen, kita harus selalu menjadi contoh dalam percakapan dan perbuatan untuk menyatukan rakyat, dan bukannya memecah belahkan mereka lebih jauh," kata Yii dalam kenyataan selepas permohonan maaf Nik Muhammad Zawawi yang dimuatnaik di laman media sosial Facebooknya pada Selasa.

Naib Ketua National Evangelical Christian Fellowship, Rev Eu Hong Seng dalam kenyataan kepada BeritaBenar meminta isu itu tidak lagi dipanjangkan.

"Kami lebih suka jika perkara itu tidak dibangkitkan lagi dan berharap kita boleh terus bergerak kehadapan dan belajar untuk hidup lebih menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada BeritaBenar.

Malaysia mempunyai 32 juta penduduk berbilang bangsa, agama dan budaya dengan hampir 70 peratus populasi adalah Melayu Bumiputera, dengan Islam sebagai agama rasmi, dan membenarkan rakyat mengamalkan agama mereka secara bebas.

Penganut agama Kristian di negara itu mewakili kurang daripada 10 peratus populasi menurut data dari Jabatan Statistik Malaysia.

Nisha David di Kuala Lumpur turut menyumbang kepada laporan ini.

Artikel asal BenarNews.MY
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Susulan dakwaan anggota parlimen Pasir Mas itu bahawa kitab Injil telah "dipesongkan" dan diubah.

1604914570700.png

Kumpulan Kristian tak terima permohonan maaf Zawawi
Diterbitkan Hari ini 5:15 pm

Dikemaskini Hari ini 5:35 pm

Persekutuan Kristian Malaysia (FFM) hari ini tidak menerima "permohonan maaf" Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh kerana mendakwa bahawa kitab Injil telah "dipesongkan".

"Kami benar-benar terkilan dan kecewa kerana setelah lebih dua bulan meremehkan kitab suci yang merupakan kepercayaan sepertiga manusia di dunia, Ahli Parlimen Pasir Puteh tidak dapat meminta maaf dengan tulus dan sepenuh hati atas tuduhan mengejutkan dan tidak berasasnya bahawa kitab Injil dipesongkan dan diubah.

"Sebaliknya, dengan berpura-pura memohon maaf - dan bahkan hanya dibuat atas permintaan Yang di-Pertua Dewan Rakyat - dia menambahkan lagi penghinaannya pada 26 Ogos 2020 dengan mendakwa bahawa dia memaksudkan 'mempertahankan keaslian kitab yang diturunkan kepada Jesus tanpa ada perubahan ', "kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

CFM adalah badan yang memayungi dan mewakili lebih 90 peratus Gereja dari pelbagai denominasi di negara ini.

Apa yang diberitahu oleh Zawawi kepada Parlimen pada 3 November, menurut Hansard, adalah seperti berikut:

"Saya sangat menghormati rakan-rakan yang memeluk agama yang berbagai- bagai. Namun, untuk mengelak kekeliruan yang berlaku, suka saya sebut bahawa isu yang membabitkan Bible bukan sahaja isu yang membabitkan penganut- penganut agama Kristian. Kami umat Islam juga beriman dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS. Itu adalah akidah yang kami pertahankan. Saya sebut 'dipesong' ataupun 'dipinda' itu, tujuan saya ialah untuk mempertahankan keaslian kitab yang ada supaya mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan,"

CFM berkata Zawawi telah membuktikan bahawa dia tidak mengetahui prinsip asas bahawa kitab Injil adalah mengenai Jesus dan bukan "wahyu", atau "diturunkan" kepada Jesus seperti yang didakwa oleh Zawawi.
Menyifatkan dakwaan Zawawi sebagai 'biadab' dan keliru, CFM berkata anggota parlimen itu mengabaikan pandangan yang telah dipersetujui mengenai kitab yang dihormati, diakui secara global dan berbilang bahasa selama berabad-abad.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register