Ahli DAP Sarawak lapor polis isu kenyataan Zawawi - injil & arak

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
PAS Sabah minta pemimpin parti hati-hati keluarkan kenyataan
MUKTAMAR PAS | Perwakilan PAS Sabah mengingatkan pimpinan parti mereka supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, dia dengan rendah diri dan mohon maaf khususnya kepada barisan pimpinan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

"Berhati-hatilah ketika mengeluarkan sebarang kenyataan, sebab sebarang keadaan yang boleh menimbulkan masalah.

"Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai dengan di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi sangat tidak sesuai dengan Sabah dan Sarawak.

"Yang boleh menimbulkan sentimen, menimbulkan konflik, yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami. Saya ingin menekankan keadaan ini sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.

"Sebab sentimen ini kadang-kala kita rasa kecil tetapi sebahagian masyarakat yang berada di lapangan yang berhadapan dengan kami (ia) boleh menjadi satu sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir daripada masyarakat," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini kenyataan Ketua Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh, yang mendakwa kitab Injil dipesongkan atau diubah mendapat perhatian sehingga dikatakan menguris hati masyarakat Kristian khususnya di Sabah dan Sarawak

Anggota parlimen Pasir Puteh itu berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang berkaitan hukuman memandu mabuk.

Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) kemudian kenyataan Nik Zawawi itu tidak tepat kerana agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak sehingga memabukkan.

Nik Zawawi bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan itu dan enggan meminta maaf sambil menganggap tiada pihak yang patut tersinggung dengan kata-katanya itu serta menyatakan kesediaan untuk berdialog.

Susulan itu, polis memulakan siasatan terhadapnya berhubung kenyataan berkait kitab Injil susulan sejumlah laporan polis dibuat.

Sementara itu menyentuh isu PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah, Aliakbar berkata, ia bukannya langkah ke belakang atau disisihkan oleh BN dan Perikatan Nasional (PN).

"Ini bukan bermakna PAS takut untuk berdepan dengan musuh atau petualang yangg ada di hadapan kita, tetapi kita tidak hadir dalam pilihan raya kali ini kerana kita meraikan muafakat dan mudah-mudahan kehadiran PAS dalam muafakat sebagai rakan setia untuk mewujudkan perpaduan.

"PAS sentiasa berada dalam senario politik yang pelbagai, hadir untuk menghilangkan kekusutan, mengurangkan konflik, mengurangkan masalah yangg dihadapi oleh manusia dan keadaan politik semasa," jelasnya.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
YDP Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata permohonan ahli Parlimen yang mahu Nik Muhammad Zawawi Salleh menarik balik kenyataan dan memohon maaf akan ditangani esok.

Kenyataan ahli Parlimen PAS tentang Injil akan ditangani esok




November 2, 2020 2:01 PM


Azhar-Harun-Nik-Muhammad-Zawawi-FMT-021120.jpg

YDP Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata kenyataan Ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang dikatakan ‘menimbulkan rasa sakit hati orang ramai’ akan ditangani esok.

PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, akan memberikan ketetapan berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, berhubung kitab suci Kristian tentang arak.

Menjawab peringatan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen, tentang suratnya memohon Azhar mengarahkan wakil rakyat Pasir Puteh itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf, Azhar berjanji ia akan ditangani pada esok pagi, iaitu pada hari kedua sidang Dewan Rakyat.

Kelvin sebelum itu menarik perhatian Azhar kepada Peraturan Mesyuarat 36(10)(C), mengatakan kenyataan oleh pemimpin PAS itu “menimbulkan rasa sakit hati orang ramai”.

“Sekarang ini Pasir Puteh ada di sini dan ini adalah peluang keemasan untuk selesaikan masalah ini,” katanya pada hari pertama sidang hari ini.

Sebelum ini, Zawawi ketika perbahasan rang undang-undang untuk mengusulkan denda lebih berat kepada pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol, mendakwa kitab Injil sudah “dipesongkan ataupun diubah”.

Kenyataan itu mengundang bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak.

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
Freedom of speech lah

time puak hangpa lukis gambo nabi & islam terrorist bole plak

time kita beritau kebenaran injil sudah terpesong
Di suruh nya pula kita minta maap
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,717
Points
1,906
Susulan kenyataannya di parlimen sebelum ini bahawa kitab Injil “dipesongkan”.

1604382860409.png


Nik Zawawi mohon maaf pada penganut Kristian
Diterbitkan Hari ini 12:57 pm

Dikemaskini Hari ini 1:04 pm



PARLIMEN | Anggota Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina.
“Saya mohon maaf jika ada yang terguris, saya tidak berniat begitu.

“Apa yang saya niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.
Nik Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai “hak untuk tersinggung”.

bf1557153845ccc5639dc9dd6e4b22bb.jpeg

Gambar hiasan

Nik Zawawi membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.
Menurut Nik Zawawi, langkah kerajaan untuk meminda undang-undang tidak boleh dianggap sebagai masalah agama kerana tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum alkohol.

“Dari apa yang saya pelajari mempelajari agama perbandingan, tidak ada kepercayaan yang membenarkan penganutnya meminum alkohol. Tidak ada agama. Bukan agama Buddha, Hindu atau yang lain membenarkannya.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu sensitif bagi penganut agama lain,” kata Zawawi.

Zawawi kemudian ditegur oleh anggota parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, yang berkata agama lain membenarkan pengambilan alkohol tetapi tidak sampai ke tahap mabuk.

Zawawi bagaimanapun menolak penjelasan Ngeh, dengan alasan bahawa “sebelum Injil dipesongkan, agama Kristian telah melarang alkohol”.


 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
tahniah bos dpt saham akhirat promosi percuma- slagi ada org minum sampai kiamat la bos dpt - ini baru amareka
sy rasa yg paling byk dpt saham arak ialah
1604393470368.png


kita pun pakai hasil cukai kutipan arak
Redha aje lah dlm neraka kita semua
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
betul bos

sy agree dgn bos

cuma kami x merelakan & xkan mempromosikan benda yg syubhah apalagi HARAM

terserah arwah lah nak handle
rasanya iklan tu promosi arak tanpa alcohol bos..mcm tu pun sy dpt saham masuk neraka ke?
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
rasanya iklan tu promosi arak tanpa alcohol bos..mcm tu pun sy dpt saham masuk neraka ke?
sy xde sebut neraka pon bos?

saham je - jika baik dptlah saham baik

nape bos terasa mcm neraka ke?;)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register