Ahli DAP Sarawak lapor polis isu kenyataan Zawawi - injil & arak

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
Ahli DAP Sarawak lapor polis isu kenyataan Zawawi
Tiga ahli DAP Sarawak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Zawawi Salleh berhubung isu kenyataannya berkenaan kitab Injil.
Laporan itu dibuat oleh pembantu khas kepada pengerusi DAP Sarawak, Brolin Nicholson, Anggota Parlimen Stampin Julian Tan dan anggota pemuda DAP negeri Anthony Chin di Balai Polis Sekama di Kuching, semalam.
Dalam laporan itu, mereka menggesa pemimpin PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 26 Ogos lalu.
“Jika dia ingin melakukan dialog, kami sedia berdialog dengannya dan meminta dia tidak hanya berdialog dengan ahli Parlimen saja,” kata tiga individu itu dalam satu kenyataan, menurut laporan Free Malaysia Today.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat minggu lalu, Zawawi berkata tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak.
Dia kemudian dicelah oleh Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang mengatakan bahawa kenyataan Zawawi itu tidak tepat dengan memberitahu bahawa agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak memabukkan.
Zawawi bagaimanapun ketika itu mempertahankan kenyataannya dan berkata kitab Injil "dipesongkan atau diubah".
Susulan daripada itu, Persatuan Gereja di Sarawak menggesa Zawawi menarik semula kenyataannya itu dan memohon maaf, selain menyifatkannya sebagai tidak sensitif dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Zawawi berkata dia tidak akan meminta maaf dan tidak berhasrat memburukkan mana-mana agama, serta sedia berdialogdengan mana-mana ahli parlimen berkenaan perkara itu.
Dalam pada itu, tiga ahli DAP Sarawak itu menggesa Zawawi menunjukkan bukti kitab Injil "dipesongkan".
Kata mereka, ia boleh dibuat melalui bukti bibliografi, arkeologi dan ujian dalaman yang merupakan kedah dalam menentukan kesahihan sesebuah teks purba.
“...Jika benar kitab Injil telah dipesongkan, di mana ia telah dipesongkan? Siapa yang memesongkan kitab Injil tersebut dan pada tahun bila ia diubah atau dipesongkan? Kerana bagi orang Kristian, kitab Injil ialah sahih dan tidak diubah.
“Adakah Zawawi hanya membuat kenyataan berdasarkan cakap-cakap yang tiada bukti kukuh, tanpa betul-betul mengkaji kitab Injil orang Kristian?" soal mereka.



1598854036714.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Jangan pecah Belahkan Masyarakat, Shafie Tegur Pemimpin PAS Isu Injil

31.08.2020 - Kuching, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mengkritik tindakan pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil digunakan masyarakat Kristian di negara ini sudah terpesong. Shafie berkata, pemimpin politik terutama PAS diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan melampau sehingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau memohon maaf.

“Kenyataan yang melampau tidak seharusnya dikeluarkan kerana tidak mendatangkan kebaikan kepada masa depan generasi masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, ketika perbahasan Rang Undang-Undang untuk mengusulkan denda lebih berat kepada pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol, ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa kitab Injil sudah dipesongkan atau diubah.

Malah Majlis Gereja Sarawak turut mengkritik kenyataan Zawawi berhubung kitab Injil di Dewan Rakyat baru-baru ini serta mendesak beliau menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf. Shafie berkata, pemimpin politik tidak boleh hanya bergantung kepada landasan politik semata-mata kerana tindakan itu boleh menghancurkan perpaduan kaum dalam negara.

“Kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada keterlaluan dan kesempitan. Jangan disebabkan ingin berkuasa dan inginkan sesuatu, kita ketepikan keharmonian yang ada pada hari ini.

“Kita perlu pelihara perpaduan hari ini demi kepentingan generasi akan datang. Sekiranya kita tunjukkan contoh yang buruk, itu akan mendatangkan bahaya kepada kita.

“Seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Katanya, jika rakyat tidak belajar situasi di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...syarakat-shafie-tegur-pemimpin-pas-isu-injil/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
geng pak2 lebai ni memang kurang ajar .. nak hantar gi PBB sana cakap Inggeris bagus ke kekoks :D

hahahaha .. janggut kambing
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,050
Reaction score
284
Points
51
Haha...geng2 lebai ni mmg suka bab2 mcm ni..perasan dia paling betul...
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,866
Reaction score
240
Points
33
Alquran tu satu jer... Kalau sorang Islam di China baca surah Al Ikhlas, sorang lagi di Amerika boleh sambung. Mungkin boleh buat maraton bacaan Quran bagi Islam dan Injil bagi Kristian.. Bacaan sambung menyambung dari Perlis sampai Sabah

Nota: maaf komen tak berkaitan tajuk
 

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,862
Reaction score
1,529
Points
141
Saya rasa YB Zawawi akan berdialog dengan mereka ini...Hal sebegini terjadi sebab akan menarik ramai orang bukan Islam kembali kepada Islam insya Allah
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,582
Reaction score
37
Points
70
rmi yg panas ke tu :D
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,478
Reaction score
1,883
Points
201
Agama kristian membenarkan minum arak tp jgn sampai mabuk

arak yg tidak memabukkan hanya wujud di syurga
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,982
Reaction score
1,679
Points
101
rileks aa...
guan eng baca quran dalam ceramah politik untuk undi pilihanraya
takde korang kecoh2 pun.

c'mon
whereis your freedom of human rights and free speech?
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,494
Reaction score
1,089
Points
151
Agama kristian membenarkan minum arak tp jgn sampai mabuk

arak yg tidak memabukkan hanya wujud di syurga
Bg la mazhab mn yg boleh, ada dlm mazhab kristian yg xbg minum arak...the last suppers
 
Sponsored Post
Top
Log in Register