Ahli Astronomi Temui "Black Hole" Jisim 70x Lebih Besar Dari Matahari

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,901
Reaction score
3,446
Points
236
Penemuan lohong hitam bukanlah sesuatu yang baru. Malah, fenomena ini, yang berlaku apabila sebuah bintang mencapai akhir hayatnya, boleh dikategorikan kepada beberapa jenis lohong.

Terkini, beberapa ahli astronomi daripada China telah menemui sebuah lohong hitam gergasi ( stellar black hole) yang dikatakan jauh lebih besar daripada lohong hitam didalam kategori yang pernah ditemui sebelum ini.

Lohong hitam gergasi tersebut,yang dinamakan LB-1 terletak didalam galaksi Bima Sakti dan dikatakan mempunyai jisim 70 kali ganda lebih besar daripada matahari. Sebelum ini, lohong hitam didalam kategori stellar black hole ini biasanya hadir sekitar saiz 25 kali ganda lebih besar daripada matahari.

Ahli-ahli astronomi tersebut menggunakan teleskop Large Sky Area Multi-Object Fiber Spectroscopic Telescope (LAMOST) dari China yang dibina untuk mencari bintang yang mengorbit objek halimunan, dan didalam kes ini, sebuah lohong hitam.

Mereka kemudiannya menggunakan teleskop Keck-1 dari Amerika Syarikat dan Gran Telescopio Canarias dari Sepanyol untuk mengesahkan sifat bintang-bintang dan lohong hitam tersebut.

Apa yang menarik mengenai penemuan ini ialah ia bercanggah dengan pemahaman manusia sekarang mengenai bagaimana lohong hitam dibentuk. Pengiraan dari segi saiz dan sebagainya perlu difikirkan semula.




Sumber rujukan https://www.space.com/monster-black-hole-disovery-too-big-theories.html
Rujukan tambahan https://edition.cnn.com/2019/11/28/asia/china-black-hole-discovery-intl-hnk-scli-scn/index.html
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,814
Reaction score
1,660
Points
201
mcm mana bumi dicipta telah diceritakan dalam al quran..siapa yg baca akan faham...so bab ni pun akan faham....
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,533
Reaction score
2,138
Points
151
kdg2 bila bermain dgn objek yg sgt jauh yg melibatkan unit LIGHT YEARS, kdg2 mata kita pun boleh tertipu...

tp wallahualam... maybe depa (org2 sains) ada ilmu depa.....aku sendiri pun bukan pandai sgt pn..

aku sendiri pun minat dgn benda2 mcm ni..
harap diorang kaji lagi.....

seronok bila dgr penemuan2 terbaru...

by the way, pasal "mata boleh tertipu dgn apa yg kita nampak di langit" tu, aku tepek satu video ni...

 
Sponsored Post
Top
Log in Register