BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahlan Ya Ramadhan…

Qy_viceVersa

Active Member
Messages
1,399
Joined
Aug 14, 2008
Messages
1,399
Reaction score
12
Points
25
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..Tanpa kita sedar makin bertambah usia kita kian berlalu, benarkah? Tidak benar?hehehe…

ye la kan.. Tak lama lagi Ramadhan yang dirindu akan tiba..Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh berakah pahala yang berganda..Ramadhan adalah hadiah dari ALLAH untuk kita.

Telah terbukti didalam hadis Nabi Muhammad S.A.W akan Fadhilat berpuasa didalam bulan Ramadhan iniDari Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Dan telah diperintahkan dari ALLAH S.W.T kewajiban terhadap umat Islam Berpuasa didalam Bulan Ramadhan

Terjemahannya Firman ALLAH S.W.T:- ” Wahai orang-oarang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Surah Al-Baqarah 183.

dan dari ayat lain Terjemahan Firman ALLAH S.W.T :- ” Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai pertunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai pertunjuk itu pembeda (antara yang hak dan yang bathil)…” Surah Al-Baqarah 185

Syaaban pun kian berlalu meninggalkan kita…marilah kita sama2 memohon ampun dari dosa2 yang diperbuat selama ini dan mencari keredhoan ILAHI..semoga kita sentiasa dalam RAHMAT ALLAH.. dan di permudahkan segala urusan kita didunia dalam meniti akhirat yang kekal abadi bersamaNYA.

Wallahu Taa`la A`la Waa`lam
 
fakta sains

1. orang yang berpuasa lebih tahan panas
cuba try test tengok. mungkin ini gambaran di dunia bahawa di akhirat nanti hanya orang yang berpuasa sahaja yang tidak haus di padang mahsyar
2. orang yang berpuasa lebih kurus
sebab sepanjang hari duktus yang mengeluarkan enzim akan penuh. apabila kita berbuka walaupun makan dengan banyaknya makanan tadi akan tercerna dengan baik. jadi tidak ada pengumpulan lemak dan kita lebih kurus

wallahuaklam
 
er.. aku penah dengar ada ustaz tu kata usia kita semakin hari semakin berkurang.

Hm... Ramadhan owh ramadhan. moga kali ini lebih baik dari yang lepas. amiiin...
 
Semoga Dipermudahkan Kire Semua Untuk Jalani Ibadah Puase.....!!!!
 
ye ramadhah bertemu kembali insyallah... harapan tok bulan puasa nanti berbaik-baik kita semua.... janganlah ada gado-gado.. tuduh menuduh dan berceriter yang sia-sia... selama sebelas bulan kita buat benda tu semua makan bulan ni kita berehatlah yer.. ;)
 
salam semua...

saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak
semoga apa jua yang kita lakukan diberkati hendaknya...InsyaAllah...

#first time sambut merdeka, puasa dan hari raya sebagai suami....hehehehe...
 
Sempena menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak yang membawa berkah kepada umat Nabi Muhammad SAW, saya dan suami serta seluruh keluarga memohon maaf kepada semua yang sudah seperti saudara kami. Andalah sahabat kami di dunia ini dan akhirat. Andai ada kata yang mengguris, andai ada perbuatan yang menyakitkan, andai ada keluhan yang tidak kedengaran. Maafkanlah kesilapan kami. Mohon sampaikan salam kami kepada keluarga dan sahabat yang lain.

Semoga kita masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan mulia untuk umat Nabi Muhammad SAW pada tahun ini, insyaallah.

Ya Allah segala puji hanya kepadaMu
Kemuliaan hanya milikMu
Keagungan hanya milikMu

Kau yang menghamparkan bumi
Kau membuatkan matahari bersinar
Kau yang membuatkan kami hidup
Kau memancarkan air untuk kami mencari rezeki

Ya Allah mata kami tak mampu menatapMu
Telinga kami tak mampu mendengarMu
Tapi hati kami merasakan bahawa Kau amat dekat
Malah lebih dekat daripada urat nadi di leher kami

Ya Rahman semua ini kami persembahkan
Kerana cinta kami kepadaMu
Kerana rindu kami kepadaMu
Sebagai ungkapan terima kasih kami
Sebagai ungkapan syukur kami

Izinkan kami yang hina dina ini memujiMu Ya Allah
MengagungkanMu Ya Rahman
MemuliakanMu Ya Rahim

Ya Rahman apa yang kami lakukan hari ini
Tak bererti tanpa redhaMu
Redhailah kami Ya Allah
Terimalah Ya Allah

Ya Allah
Sekiranya Engkau berikan kami harta di muka bumi
Semuanya akan binasa
Sekiranya Engkau berikan kami kebahagiaan di muka bumi
Tidak akan sama ertinya kebahagiaan di syurga FirdausMu

Kami menantikan perjumpaan denganMu Ya Rahman
Kami sentiasa menantikan perjumpaanMu Ya Rahim
Jadikanlah airmata taubat kami pembuka jalan kedua ibubapa kami ke syurgaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang mencari rezeki di bumiMu
Berserta Ketua dan Majikan kami dan seluruh ahli keluarga kami yang telah memuliakanMu
Balaslah dengan syurga FirdausMu
Balaslah dengan JannahMu

Saksikanlah Ya Allah
Kami muliakan Nabi MuhammadMu
Catatlah Ya Allah kami memuji RasulMu
Catatlah meskipun kami hina di depanMu
Andai kami tidak lagi bernyawa esok hari
Peliharalah keluarga yang kami tinggalkan

Ya Allah
Lembutkanlah hati dan jiwa kami
Kurniakanlah kami hati yang lembut yang mencintai kedamaian
Jadilah bangsa kami bangsa yang menyayangi sesama
Bangsa yang tidak pernah membenci sesama

Kami masih mencintaiMu Ya Rahman
Ya Rahim terimalah kami semua
Hapuskanlah dosa kami
Maafkanlah kesilapan kami

Ya Rahman
Izinkanlah kami menyambut Ramadhan tahun ini dengan penuh kerinduan terhadapMu
Izinkanlah kami yang hina ini berpuasa untukMu Ya Rahim
Izinkanlah kami beribadah di bulan mulia ini hanya untukMu
Izinkanlah kami mengukuhkan lagi keimanan kepadaMu
Izinkanlah kami Ya Allah…


salam kasih dan sayang
Lady Dragon~


:cool:
 
Back
Top
Log in Register