strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Johor Bahru: Lima rumah mengalami kerosakan kecil apabila dibaling bom petrol dipercayai perbuatan sindiket pinjaman wang haram atau Along di Kulaijaya, Nusajaya dan di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian antara jam 12 tengah malam dan 4 pagi itu.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata, siasatan awal mendapati sindiket pinjaman tanpa lesen itu berbuat demikian bertujuan memberi amaran kepada peminjam.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur cubaan membunuh atau mencederakan kerana kerosakan yang berlaku amat kecil," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.
Menurutnya, polis sedang berusaha mengenal pasti kumpulan Along terbabit dan akan mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
http://www.hmetro.com.my/node/1737