Agong, Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru Cina

CG Sponsors

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
24.01.2020 - Kuala Lumpur, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan `Selamat Tahun Baru' kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina yang akan menyambutnya esok.

Ucapan pasangan diraja itu dalam satu hantaran menerusi laman Instagram Istana Negara; @istana_negara.

“Kepada semua rakan, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina! Semoga tahun yang mendatang ini memberi rahmat kepada anda dan yang tersayang dengan kemakmuran dan membawa tuah ketika menyambut Tahun Baru dengan kegembiraan, keamanan dan semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia,” menurut hantaran tersebut.

Masyarakat Cina di seluruh negara menyambut Tahun Baru Cina dengan harapan ia akan membawa masa hadapan yang lebih baik dan kemakmuran.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508332
 
Tulisan Jawi, Skrip Tamil Curi Tumpuan Di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini mencuri tumpuan dengan partunjukan khas beberapa tulisan kaligrafi.

Dilihat sebagai usaha perdamaian susulan kontroversi pengenalan tulisan Jawi di sekolah, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin PH yang lain berdiri memegang sepanduk dengan ucapan 'Selamat Tahun Baru Cina' yang ditulis dalam tulisan Jawi, khat, dan skrip Tamil.

Ketika dihubungi selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KLSCAH, Lee Shok Jing berkata sepanduk itu juga turut memaparkan kaligrafi Cina lama yang tertera perkataan 'musim bunga sudah kembali'.

"KLSCAH telah mempamerkan kaligrafi khat dan Cina sejak acara kebudayaan Cina pada tahun 2016," katanya kepada Malaysiakini.

"Tetapi buat pertama kali, tulisan Jawi, khat dan Tamil dipamerkan semasa rumah terbuka Tahun Baru Cina kami," tambahnya.

Pemimpin PH yang berada di atas pentas ialah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Industri Utama Teresa Kok, Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Turut berada di pentas adalah aktivis warisan Ishak Surin. Presiden MCA Wee Ka Siong adalah antara ahli politik lain yang dilihat hadir.

Pada majlis itu, beberapa meja juga diletakkan di sudut bahagian dewan utama. Di salah satu sudut, para tetamu dilihat beratur untuk meminta nama mereka ditulis dalam kaligrafi Jawi dan khat. Sementara di meja lain, demonstrasi kaligrafi Cina diadakan.

Ratusan tetamu yang hadir sebelum itu dihiburkan dengan pertunjukan tarian singa.

Pengkritik langkah kerajaan untuk memperkenalkan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular sebelum ini mencadangkan supaya ia diajar sebagai sebahagian daripada pelajaran seni dan bukannya dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu.

Pelajaran Jawi kini digabungkan sebagai tiga halaman dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Malaysia yang digunakan untuk sekolah vernakular tahun ini.

Pada masa ini, dasar Kementerian Pendidikan adalah bahawa seksyen tiga muka surat itu adalah pilihan untuk sekolah vernakular, tertakluk kepada persetujuan daripada ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508419

Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,705
Reaction score
388
Points
81
Sponsored Post
Top
Log in Register