- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 73,721
- Reaction score
- 11,615
- Points
- 1,906
hahaha..bila org yg cuma "bernasib baik" jd bini ex-menteri berbicara..ooo br tau nazri ada lobi nk jd duta/wakil tetap di geneva/us..mmg buleh tau la sapa cucuk kalu bkn bini yg vogue..kalu xbg pi geneva/us, mau ka ikut kalu nazri diposting tpt less glam i.e india, indon, negara2 arab?Isteri bekas menteri lepaskan kemarahan pada PM lepas suami tarik sokongan
MalaysiaNowJan 14, 2021 6:04 PM
Seorang isteri bekas menteri yang baru-baru ini menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) melepaskan kemarahannya kepada kerajaan dengan kata-kata tidak berpuas hati bermula dengan pengisytiharan darurat hingga kepada langkah politik terbaru suaminya.
Beberapa salinan perbualan yang dimuat naik di laman Twitter mula tersebar menunjukkan Haflin Nazri Aziz, isteri Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, dilihat sangat marah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Antaranya Haflin berkata tidak akan menerima vaksin Covid-19.
“Saya tidak mahu diberi vaksin … sehingga terbukti,” katanya.
Ketika dihubungi MalaysiaNow, Haflin mengesahkan mesej tersebar itu memang miliknya.
“Saya berhak mengatakan semua ini. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Kita semua mempunyai kebebasan bersuara,” katanya dan menambah dia yakin suaminya bersetuju dengan pandangannya itu.
Dalam satu perbualan mesej yang dipaparkan di Instagram dan diterbitkan semula pengguna Twitter Politico, Haflin turut mengimbas kembali sewaktu bekerja dengan kementerian pendidikan ketika Muhyiddin menjadi menteri.
Katanya, Muhyiddin “membuli pengusaha wanita seperti saya”, sebelum menambahkan hashtag “#Karmaisbitch”.
Haflin turut menepis dakwaan suaminya, Nazri marah apabila kerajaan PN menolak permintaannya untuk dilantik sebagai wakil tetap di Geneva.
“Benarkah? Itu sahaja yang anda ada? Anda ingat jawatan sebagai duta ini berkuasa sangat ke?” soal Haflin, sambil menambah Muhyiddin yang sebenarnya membuat tawaran seperti itu kepada Nazri sebagai pertukaran sokongannya untuk membentuk kerajaan.
Oktober tahun lalu, MalaysiaNow melaporkan terdapat percubaan daripada beberapa ahli politik termasuk bekas menteri, melobi untuk dilantik sebagai duta di ibu kota negara Barat, termasuk di AS dan Switzerland.
Bagaimanapun difahamkan, Muhyiddin menolak untuk memberikan jawatan itu, dan pelantikan hanya daripada kalangan pegawai kerajaan yang tahu berkenaan tugas sebagai duta.
Mesej yang mempamerkan ketidakpuasan hati Haflin terhadap kerajaan PN disambut dengan kata-kata sinis, malah ada yang mengatakan suaminya tiada beza dengan ahli politik lain yang mempunyai rekod prestasi buruk.
Haflin berulang kali menyebut blok PN sebagai “kerajaan pintu belakang” dan mengatakan darurat Covid-19 yang diisytiharkan menunjukkan Muhyiddin sebagai pengecut.
Apabila diberitahu suaminya juga menyokong pembentukan kerajaan PN, Haflin mendakwa Nazri adalah “orang yang terakhir menandatangani SD (akuan berkanun)”.
View attachment 330684
Haflin kemudian mendakwa Nazri ditawarkan untuk menjadi pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan juga sebagai menteri undang-undang.
“… Tapi dia menolak … kerana kerajaan ini tidak sah,” tambahnya.
Haflin turut mempersoalkan mengapa orang ramai masih dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa walaupun minggu ini darurat diisytiharkan.
“Darurat diisytiharkan tetapi semuanya berjalan seperti biasa. Jadi apa perlunya darurat diisytiharkan?” soalnya.
Haflin juga mendakwa pengisytiharan serentak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat adalah disebabkan ketakutan apabila suaminya mahu mengumumkan keluar dari blok PN, sebagai respons kepada laporan media tentang pengumuman Nazri pada Selasa.
Nazri yang juga bekas menteri pelancongan, adalah ahli Parlimen kedua yang menyatakan tidak lagi menyokong Muhyiddin, di sebalik usaha sekumpulan yang bersama dengan bekas presiden Umno, Najib Razak yang ingin membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN.
aah kan tn eizz, ni cadangan bagus jugak tu. nak tengok jugaTT buat poll la kat sini..
boleh tgok berapa ramai setuju ade Darurat .nk jgk tgok berapa ramai yg menolak
heh btol tu..bende ni main tukar2 buat serabut kpala.kalu buat pru dlm masa terdekat ni pun sama.dah tukar nti ada plak yg melompat2...so bile bende ni nak setel..dgn covidnye dgn banjirnye lg..bnyak lg bende nk pikirRasanya Agong malas nak layan tukar menukar PM buat masa sekarang. Andai katalah Anwar naik jadi PM, lepas tu selang beberapa bulan ada yang tarik sokongan pulak. Tukar lagi. Nak buat PRU tak boleh selagi covid tak selesai. So Agong decide teruskan je la Mudin as PM even Agong pun tau Mudin dah hilang majoriti MP.
ya..daruratkn trui puak politik ni..kalu xdarurat, agong asyik kena layan puak2 ni..sat sat nk ngadap la, sat sat nk hntq nama calon PM interim la..dgn darurat ni, relief la skit agong..sempat la baginda blk pahang jengok rakyat pahang yg tenggelam ayaq bah tu&bg bantuan..terjerembab dgn uel lg, sejuk mata&lapang dada baginda dari jumpa politikus yg buatkan semak perut&pening pala tak dak kesudahan niRasanya Agong malas nak layan tukar menukar PM buat masa sekarang. Andai katalah Anwar naik jadi PM, lepas tu selang beberapa bulan ada yang tarik sokongan pulak. Tukar lagi. Nak buat PRU tak boleh selagi covid tak selesai. So Agong decide teruskan je la Mudin as PM even Agong pun tau Mudin dah hilang majoriti MP.
punca 3rd wave ni xmati lagi?