Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

CG Sponsors




Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

  • Berkecuali


Results are only viewable after voting.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Idris Ahmad

1j ·


Majlis Profesor Negara sudah nafi. Berita ini yg dikeluarkan oleh Malaysia Dateline.
Agak2 MD ini siapa di belakangnya. Tahu tak apa. Cari makan. Nanti syuru miss.

1610626241193.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Kamarul Yusoff


· 1j ·

SEORANG TERBUKA, SEORANG TERTUTUP: AMANAH TIADA GROUP WHATSAPP?

Seorang Naib Presiden AMANAH, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, dilaporkan bersikap terbuka mengenai penyertaan Ahli Parlimen pembangkang di dalam Jawatankuasa Bebas Darurat yang diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kata Ahli Parlimen Hulu Langat yang mendapat anugerah P.M.W. membawa gelaran Datuk sewaktu AMANAH menguasai Wilayah Persekutuan ini, “sebarang jawatankuasa yang boleh menguntungkan negara biasanya kita akan libatkan diri”.

Seorang lagi Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, pula menyeru Ahli Parlimen Pakatan Harapan khasnya dan Ahli Parlimen pembangkang umumnya supaya tidak menyertai sebarang jawatankuasa yang dibentuk dari Proklamasi Darurat.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia ini, jika Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen pembangkang menyertai jawatankuasa begini, ia “bermakna (mereka) memperakui keabsahan PM dan PN”.

Jika Datuk Hasanuddin disifatkan sebagai bersikap terbuka atas kenyataan beliau ini maka pastilah Datuk Mahfuz boleh disifatkan sebagai bersikap tertutup atas kenyataan beliau kerana seorang bersikap positif manakala seorang lagi bersikap negatif.

Tetapi mengapa seorang boleh terbuka seorang boleh tertutup sedangkan kedua-duanya adalah Naib Presiden dari sebuah parti yang sama? Takkanlah Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti ini tidak mempunyai Group WhatsAppnya sendiri kot?

1610626304836.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
beliau mencadangkan supaya tadbir urus negara melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Majlis Gerakan Negara (Mageran)


Agong dirayu pertimbang tadbir urus negara bebas dari pengaruh politik
WhatsApp-Image-2021-01-14-at-7.30.19-PM.jpeg

AHMAD TAJUDDIN SULAIMAN

  • 14 Januari 2021, 7:35 pm



KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu mempertimbangkan tadbir urus negara bebas dari pengaruh politik susulan proklamasi darurat yang diisytiharkan kelmarin.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, beliau mencadangkan supaya tadbir urus negara melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehingga wujudnya pakatan yang kuat dan terbaik antara parti-parti politik di negara ini.

“Politik bersih, berwibawa, beretika kesan daripada mekanisme yang dicadangkan itu, akan menimbulkan keyakinan negara luar yang pastinya akan membantu kita mendapatkan pelaburan luar dan syarikat antarabangsa tentu akan yakin dengan kebebasan dan keupayaan negara, politik khususnya terlepas dari perkara yang boleh merosakkan keyakinan rakyat.

“Dalam situasi politik negara ketika ini yang mana rakyat semakin muak melihatnya, saya rasa cara ini (serahkan pentadbiran negara kepada bukan orang politik buat sementara waktu) adalah yang terbaik sehingga benar-benar wujud satu permuafakatan yang utuh antara parti politik di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong semalam memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Ahmad Tajuddin berkata, jika diadakan pilihan raya umum (PRU) sekalipun, adalah dibimbangi situasi sama akan berulang terutama budaya lompat melompat dalam kalangan ahli parlimen yang mana jika ia berlaku, pergolakan dalam pentadbiran negara tetap sama.

“Pemimpin yang ada pun mereka dengan cara masing-masing dan rakyat semakin celaru dan tidak tahu siapa yang betul. Imej Parlimen Malaysia perlu dipulihkan kerana jika berterusan ibarat seperti ‘sarkas’ dan pedagang’ politik pada ketika ini, proses melicinkan pentadbiran negara tidak akan berjalan lancar.

“Biarkan parti-parti politik sedia ada berunding sesama mereka tanpa tekanan dari yang berkuasa. Biar mereka berunding dengan kekuatan masing-masing, bukan berasaskan sokongan daripada kuasa kerajaan.
“Cara seperti ini diyakini dapat membentuk kerajaan yang lebih mampan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Buzze Azam Malaysia

5m ·

PROKLAMASI DARURAT 2021 OLEH YDPA TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK

1. Saya merujuk kepada cadangan Anwar Ibrahim bahawa semua MP Pembangkang menulis surat kpd YDPA memohon perkenan Baginda utk membatalkan Proklamasi Darurat 2021 yang telah di buat oleh Baginda.
https://m.malaysiakini.com/news/558928

2. Laporan berita di atas memberikan gambaran salah seolah2 Baginda membuat Proklamasi Darurat 2021 selepas Baginda memperkenankan Nasihat YAB PM supaya Darurat di isytiharkan.

3. Saya menegaskan bahawa fahaman seperti perenggan 2 di atas adalah salah dan tidak menepati maksud Peruntukan Darurat menurut Perkara 150 (1) & (2) Perlembagaan Persekutuan.

Baca lanjut di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=224374479263619&id=100050732042926

1610627288764.png

1610627299929.png
 

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,446
Reaction score
1,302
Points
111
Rasanya Agong malas nak layan tukar menukar PM buat masa sekarang. Andai katalah Anwar naik jadi PM, lepas tu selang beberapa bulan ada yang tarik sokongan pulak. Tukar lagi. Nak buat PRU tak boleh selagi covid tak selesai. So Agong decide teruskan je la Mudin as PM even Agong pun tau Mudin dah hilang majoriti MP.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
lawyer PH takde bagi nasihat ke
Ramkarpal, Syahrezan Johan, Jelutong dsb tu mcmana
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,737
Reaction score
713
Points
81
Rasanya Agong malas nak layan tukar menukar PM buat masa sekarang. Andai katalah Anwar naik jadi PM, lepas tu selang beberapa bulan ada yang tarik sokongan pulak. Tukar lagi. Nak buat PRU tak boleh selagi covid tak selesai. So Agong decide teruskan je la Mudin as PM even Agong pun tau Mudin dah hilang majoriti MP.
Depa anggarkan bulan boleh reda covid ni, dan vaksin dah ada .......... Dah boleh pru15 (tak payah kerajaan pintu belakang le, tebuk atap le)
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,284
Reaction score
112
Points
83
Kamarul Yusoff

· Semalam jam 10:46 PG ·

DAMAGE CONTROL: WHICH IS WHICH?

12 Januari 2021: “TIDAK PERNAH saya sebut PRU perlu dibuat SEKARANG. Samada dlm interview atau media sosial. Tidak pernah.”

4 Januari 2021: “Oleh itu saya ingin menyeru bubarkan segera Parlimen, adakan pilihan raya, serah semula mandat kepada rakyat, besok pun boleh bubar Parlimen. Apahal kita nak takut dengan COVID?”

View attachment 330529
View attachment 330530
poyo ahmad maslan
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
Isteri bekas menteri lepaskan kemarahan pada PM lepas suami tarik sokongan
MalaysiaNowJan 14, 2021 6:04 PM
Seorang isteri bekas menteri yang baru-baru ini menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) melepaskan kemarahannya kepada kerajaan dengan kata-kata tidak berpuas hati bermula dengan pengisytiharan darurat hingga kepada langkah politik terbaru suaminya.

Beberapa salinan perbualan yang dimuat naik di laman Twitter mula tersebar menunjukkan Haflin Nazri Aziz, isteri Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, dilihat sangat marah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Antaranya Haflin berkata tidak akan menerima vaksin Covid-19.

“Saya tidak mahu diberi vaksin … sehingga terbukti,” katanya.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Haflin mengesahkan mesej tersebar itu memang miliknya.

“Saya berhak mengatakan semua ini. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Kita semua mempunyai kebebasan bersuara,” katanya dan menambah dia yakin suaminya bersetuju dengan pandangannya itu.

Dalam satu perbualan mesej yang dipaparkan di Instagram dan diterbitkan semula pengguna Twitter Politico, Haflin turut mengimbas kembali sewaktu bekerja dengan kementerian pendidikan ketika Muhyiddin menjadi menteri.

“Saya tidak mahu diberi vaksin … sehingga terbukti,” katanya.
Katanya, Muhyiddin “membuli pengusaha wanita seperti saya”, sebelum menambahkan hashtag “#Karmaisbitch”.

Haflin turut menepis dakwaan suaminya, Nazri marah apabila kerajaan PN menolak permintaannya untuk dilantik sebagai wakil tetap di Geneva.

“Benarkah? Itu sahaja yang anda ada? Anda ingat jawatan sebagai duta ini berkuasa sangat ke?” soal Haflin, sambil menambah Muhyiddin yang sebenarnya membuat tawaran seperti itu kepada Nazri sebagai pertukaran sokongannya untuk membentuk kerajaan.

Oktober tahun lalu, MalaysiaNow melaporkan terdapat percubaan daripada beberapa ahli politik termasuk bekas menteri, melobi untuk dilantik sebagai duta di ibu kota negara Barat, termasuk di AS dan Switzerland.

Bagaimanapun difahamkan, Muhyiddin menolak untuk memberikan jawatan itu, dan pelantikan hanya daripada kalangan pegawai kerajaan yang tahu berkenaan tugas sebagai duta.

Mesej yang mempamerkan ketidakpuasan hati Haflin terhadap kerajaan PN disambut dengan kata-kata sinis, malah ada yang mengatakan suaminya tiada beza dengan ahli politik lain yang mempunyai rekod prestasi buruk.

Haflin berulang kali menyebut blok PN sebagai “kerajaan pintu belakang” dan mengatakan darurat Covid-19 yang diisytiharkan menunjukkan Muhyiddin sebagai pengecut.

Apabila diberitahu suaminya juga menyokong pembentukan kerajaan PN, Haflin mendakwa Nazri adalah “orang yang terakhir menandatangani SD (akuan berkanun)”.
1610630014377.jpeg

Haflin kemudian mendakwa Nazri ditawarkan untuk menjadi pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan juga sebagai menteri undang-undang.

“… Tapi dia menolak … kerana kerajaan ini tidak sah,” tambahnya.

Haflin turut mempersoalkan mengapa orang ramai masih dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa walaupun minggu ini darurat diisytiharkan.

“Darurat diisytiharkan tetapi semuanya berjalan seperti biasa. Jadi apa perlunya darurat diisytiharkan?” soalnya.

Haflin juga mendakwa pengisytiharan serentak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat adalah disebabkan ketakutan apabila suaminya mahu mengumumkan keluar dari blok PN, sebagai respons kepada laporan media tentang pengumuman Nazri pada Selasa.

Nazri yang juga bekas menteri pelancongan, adalah ahli Parlimen kedua yang menyatakan tidak lagi menyokong Muhyiddin, di sebalik usaha sekumpulan yang bersama dengan bekas presiden Umno, Najib Razak yang ingin membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register