Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

CG Sponsors




Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

    Votes: 87 79.1%
  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

    Votes: 17 15.5%
  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

    Votes: 5 4.5%
  • Berkecuali

    Votes: 1 0.9%

  • Total voters
    110
  • Poll closed .

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti. #AWANInews #AWANI745 #Darurat

Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin


Januari 14, 2021 15:33 MYT
Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin

Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub secara sinis menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pengisytiharan darurat.
Menerusi akaun twitternya, Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti.

Namun, kata beliau, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi Perdana Menteri demi rakyat dan negara.
"Untuk berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tak perlu ada majoriti.

"Untuk menjadi Perdana Menteri demi berjuang untuk rakyat dan negara perlu ada majoriti.



"Jangan bergayut di pagar istana," katanya.



Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Trend indeks pasaran mula menunjukkan peningkatan.
#AWANInews #AWANI745

Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih


Januari 14, 2021 15:21 MYT
Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih

Kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0 - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasaran saham dilihat kembali kukuh selepas pelabur asing kini menjadi pembeli bersih.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Nazarry Rosli, berkata wujud pembelian panik beberapa hari lalu susulan pengumuman darurat oleh kerajaan.

Bagaimanapun, keadaan itu hanya bersifat sementara dan trend indeks pasaran mula menunjukkan peningkatan.
"Dengan data ini saya lebih melihat kepada kegusaran yang berlaku dalam pasaran ini sebenarnya tidak keterlaluan. Ia hanya berlaku kepada sebahagian pelabur-pelabur terutama pelabur runcit.

"Tetapi kepada pelabur asing, mereka melihat cerita-cerita negatif ini sebenarnya telah berlalu dan pasaran kalau dilihat dari segi indeks, sekarang ini dipanggil dalam trend menaik.

"Apa berlaku sekitar pagi ini (saham) naik kuat dan berterusan dari semalam tetapi berlaku aktiviti yang kita panggil sebagai pengambilan untung," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Jelas beliau, tindakan Proklamasi Darurat yang dibuat kerajaan telah memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing terhadap usaha kerajaan untuk menangani keadaan semasa dalam negara termasuk berkaitan COVID-19 dan politik.

"Oleh kerana iklim semakin stabil kerana ada Proklamasi Daurat dan juga kerajaan melakukan yang terbaik untuk menentukan penularan COVID-19 ini reda. Jadi, pasaran dengan sendiri akan terus naik.
"Kebanyakan penganalisis masih mengunjurkan indeks akan berada dalam aliran menaik," katanya.

Bernama melaporkan kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0.

Pada 9.10 pagi, indeks itu meningkat 1.64 mata kepada 1,638.33 daripada 1,636.69 sewaktu ditutup semalam.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa walaupun diumumkan satu Jawatankuasa Khas Bebas akan melaksanakan darurat itu. Pakar Perlembagaan, Profesor Shamrahayu Abd Aziz

Darurat: Kuasa jemaah menteri, undang-undang sedia ada kekal

14 Januari 2021


1610617947365.png

Shamrahayu bersiaran secara maya pada program Sinar Live yang bertajuk 'Darurat Apa Yang Kita Tak Tahu? pada Rabu.


SHAH ALAM – Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa walaupun satu Jawatankuasa Khas Bebas bakal ditubuhkan bagi mengendali pelaksanaan darurat.

Pakar Perlembagaan, Profesor Shamrahayu Abd Aziz berkata, semua peruntukan undang-undang sedia ada juga kekal walaupun darurat diisytiharkan.
“Semua peruntukan undang-undang sedia ada berjalan seperti biasa. Belum ada undang-undang yang menyekat kuasa jemaah menteri.

“Rakyat tidak perlu mempersoalkan perkara itu atau bimbang dengan pentadbiran kerajaan. Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa walaupun diumumkan satu Jawatankuasa Khas Bebas akan melaksanakan darurat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live yang bertajuk 'Darurat Apa Yang Kita Tak Tahu?' yang bersiaran secara maya pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, pengisytiharan darurat boleh dilakukan jika negara berdepan ancaman besar dalam kedudukan ekonomi, keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Katanya, pengisytiharan darurat membolehkan perundangan diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan Perlembagaan, khususnya dalam mengawal penularan Covid-19.
“Pengisytiharan darurat itu bukan bermakna kerajaan sedia ada terbubar kerana tidak berlaku pembubaran Parlimen. Pelaksanaan darurat memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Agong menggubal ordinan atau undang-undang ketika Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang.

“Dalam konteks ini, baginda akan dinasihat dan diberikan panduan oleh Jawatankuasa Khas ini. Tetapi kita masih belum mendengar perincian tentang jawatankuasa itu dalam bentuk ordinan atau 'instrument' undang-undang.

“Dalam titah Diraja, Seri Paduka hanya menyatakan bahawa jawatankuasa ini antara lain membuat syor kepada baginda tentang hal ehwal penularan Covid-19 sama ada untuk menamatkan proklamasi darurat pada 1 Ogos.

“Jadi pada pandangan saya, kita sebagai rakyat masih lagi mempunyai ruang untuk menyampaikan pandangan kita tentang penubuhan jawatankuasa khas itu,” katanya.
Shamrahayu berkata, proses pengisytiharan darurat perlu dilihat sebagai langkah positif bagi memastikan penularan virus Covid-19 tidak menjadi bertambah teruk.

“Darurat ini tidak dinyatakan satu masa tertentu dan tidak dinyatakan dalam Perlembagaan, jadi tarikhnya boleh ditetapkan. Pada pandangan saya, Yang di-Pertua Agong boleh menarik balik proklamasi darurat pada bila-bila masa dan Perlembagaan tidak menyatakan ia hanya boleh ditarik balik oleh Parlimen.

“Jadi menetapkan darurat sehingga 1 Ogos, dari segi perundangan tiada ada isu sah atau tidak (legality or illegality). Mungkin tarikh itu dipilih selepas sesi perbincangan sudah diadakan dengan pihak berkaitan seperti keselamatan, kesihatan dan sebagainya.

“Ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk tidak memanjangkan tempoh darurat itu selain memberikan peluang kepada rakyat memantau supaya kerajaan bersungguh-sungguh untuk tidak memanjangkan lagi tempoh darurat itu,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Ronnie Liu kata darurat tidak ikut perlembagaan
#malaysiagazette #Darurat #Ekonomi #Demokrasi

Darurat beri kesan pada ekonomi, demokrasi – Ronnie Liu


14 January 2021

MGF24112019_KONVENSYEN-OTAI-REFORMIS02-1.jpg
Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Dalam hantaran terbaru Facebook, Ronnie Liu melahirkan rasa kurang senang dengan pengumuman darurat yang telah diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
Ronnie yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek berkata, darurat yang diumumkan oleh diumumkan tidak mengikut Perlembagaan.


“Bagi saya, darurat ini tidak berperlembagaan. Ianya bukan satu keperluan dan tidak realistik langsung.
“Ini sebenarnya akan memberi kesan kepada ekonomi dan demokrasi kita,” tulisnya sebentar tadi.

6EFD9F22-D48A-4BF7-8FE1-B5D31341DE2D.jpeg

Pengumuman darurat itu baru-baru ini selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar bermula 13 Januari 2021 untuk mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Keputusan itu dibuat susulan lonjakan kes harian positif Covid-19 di negara ini empat angka sejak kebekakangan ini.
-MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Dr. Tan Yee Kew 陈仪乔博士



2j ·

Warkah untuk Yang Dipertuan Agong bagi Membatalkan Pengisytiharan Darurat dan Menitahkan Sidang Parlimen Segera

Dari Pejabat Ketua Pembangkang
Dato Sri Anwar Ibrahim

1610620097646.png

1610620111390.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Dokumen pewartaan itu bertajuk Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pengisytiharan darurat diwarta





14/01/2021


1610620208765.png





KUALA LUMPUR Pengisytiharan darurat bagi menangani ancaman COVID-19 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos depan, sudah diwarta dan disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Januari lalu itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong.

Dokumen pewartaan itu bertajuk Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Bahawasanya, Beta berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

Dan bahawasanya Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut, Beta boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat.

Maka, oleh yang demikian, Beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Beta sebagaimana yang tersebut di atas, mengisytiharkan bahawa satu darurat besar sedang berlaku dan bahawa proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Persekutuan mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Dikeluarkan di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada 11 Januari 2021”.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Seri Paduka turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Khas Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan bagi mengendali perjalanan darurat negara.

Sehari sebelum itu, Perdana Menteri pada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai cadangan pelaksanaan darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang mencecah empat angka secara berterusan sejak Disember lalu.

-Berita Harian


 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201
Masing2 nak bagi komen.. last3 habuk pon tarak
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
GEORGETOWN: Kesemua ahli Parlimen wajar mendermakan atau tidak mengambil separuh daripada gaji masing-masing berikutan sidang Parlimen digantung susulan perintah darurat sehingga Ogos ini. Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, ahli-ahli parlimen tidak patut menerima gaji dalam keadaan mereka disifatkan tidak ada peranan atau bekerja ekoran penggantungan Parlimen. Menurut beliau, langkah itu juga selaras atau seiring dengan sebahagian rakyat yang sedang terkesan dari sudut ekonomi ekoran pandemik Covid-19....
https://www.utusan.com.my/.../gaji-ahli-parlimen-patut.../

Gaji ahli parlimen patut dibayar separuh sahaja
1200px-Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysia_Logo.svg.png


  • 14 Januari 2021, 2:22 pm



GEORGETOWN: Kesemua ahli Parlimen wajar mendermakan atau tidak mengambil separuh daripada gaji masing-masing berikutan sidang Parlimen digantung susulan perintah darurat sehingga Ogos ini.
Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, ahli-ahli parlimen tidak patut menerima gaji dalam keadaan mereka disifatkan tidak ada peranan atau bekerja ekoran penggantungan Parlimen.
Menurut beliau, langkah itu juga selaras atau seiring dengan sebahagian rakyat yang sedang terkesan dari sudut ekonomi ekoran pandemik Covid-19.

“Sama ada ahli parlimen blok kerajaan atau pembangkang, mereka perlu berganding bahu dan bersetuju untuk tidak menerima atau memberi semula separuh gaji serta elaun-elaun kepada kerajaan Pusat.

“Wang itu boleh digunakan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat yang sebahagian besarnya sedang bermasalah gara-gara Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, ahli-ahli parlimen sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat dalam berdepan krisis ketika ini dan langkah tersebut dilihat bertepatan dalam menunjukkan mereka benar-benar membantu rakyat.

“Bukan setakat Covid-19, ada penduduk di beberapa negeri lain turut terjejas kehidupan akibat bencana banjir,” kata beliau. – UTUSAN


 
Sponsored Post
Top
Log in Register