BTC USD 46,947.5 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

    Votes: 87 79.1%
  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

    Votes: 17 15.5%
  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

    Votes: 5 4.5%
  • Berkecuali

    Votes: 1 0.9%

  • Total voters
    110
  • Poll closed .

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,760
Reaction score
1,214
Points
111
Takiyuddin: Parlimen tak bersidang 2 tahun ketika darurat 1969
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata perjalanan pentadbiran tidak terjejas walaupun Dewan Rakyat tidak bersidang susulan proklamasi darurat yang masih berkuat kuasa.

Menegaskan perkara itu, Takiyuddin membangkitkan darurat yang diisytihar pada 1969 yang berjalan selama dua tahun, sebagai contoh.

"Kalau tahun 1969 dulu, dua tahun Parlimen tidak bersidang pun, tidak ada masalah dalam perjalanan kerajaan.

"Kita baru bersidang pada Disember baru-baru ini ketika luluskan belanjawan, sekarang bulan Mac. Baru empat bulan tak bersidang, jadi tak timbul masalah," katanya ketika sidang media selepas Program Malaysia Prihatin Sesi bersama pegawai kerajaan negeri dan persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sejumlah pihak, termasuk parti politik, supaya kerajaan mengadakan sidang Dewan Rakyat dalam masa segera.

Untuk rekod, darurat yang dirujuk Takiyuddin diisytihar susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Ia berkuatkuasa bermula 15 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. Sepanjang tempoh itu, negara ditadbir Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang diketuai perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Terdahulu, gesaan agar Parlimen bersidang sekali lagi dibuat oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang berpandangan keadaan kini sudah cukup selamat.

Sekretariat PH juga hari ini berkata kekeliruan seputar penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 boleh dielakkan jika sebarang peraturan berkaitan usaha mengekang Covid-19 dibahaskan di Parlimen.

Sementara itu Takiyuddin sekali lagi berkata Parlimen hanya akan bersidang selepas tempoh darurat ditamatkan dan sehingga tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang Di-Pertuan Agong.

"Dalam tempoh Covid-19 ini jemaah menteri akan beri pandangan berdasarkan fakta dan sains. Sains ini Covid-19, faktanya kita tengok keadaan kesihatan seperti yang saya sebutkan.

"Ramai kumpulan berisiko ini dalam Dewan Rakyat, saya sendiri pun sudah warga emas. Jadi itu diambil kira," jelasnya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.


Pada 24 Feb lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa

Ia boleh diadakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri, kata Istana Negara.

Terbaiklah Takiyuddin....baru depa tau, apa itu erti 'We have the power, deal with it'... Hehehe
 
Sponsored Post

HafizShukor

Freshie
Joined
Jun 6, 2019
Messages
22
Reaction score
8
Points
18
xpayah la bersidang dlu.. biar kerajaan sedia ada fokus untuk pemulihan ekonomi & usaha menurunkan covid 19.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク

· 27m ·

Contoh Lese Majeste

“Takiyuddin should perform his duties according to the rule of law and not act contrary to the Federal Constitution and the wishes of the King,” the Bagan MP said in a statement. (1)

LGE banyak pandai gunakan nama Agong macam ni.

Masa Dr M dan Sultan Johor bertengkar pasal lantikan MB Johor, LGE diam. (2)

Masa Sultan Selangor minta dua atau lebih nama untuk calon MB, DAP dan PKR saja yang ingkar arahan. (3)

Dan masa Perak ada isu ADUN DAP dan PKR melompat, kamu semua tak setuju titah Sultan Perak dan saman dia. (4)

Saya pasti ada banyak lagi contoh yang boleh dipetik mengenai hal ingkar arahan Sultan.

Sembang sikit tentang lakonan LGE ni.

1. https://www.hatred contents/.../failing-to-obey.../1959916
2. https://www.channelnewsasia.com/.../johor-sultan-meddle...
3. https://www.bharian.com.my/.../sultan-selangor-dukacita...
4. https://www.mstar.com.my/.../pakatan-fail-saman-cabar...

1616393306164.png
 
  • Like
Reactions: WnB

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Masa Darurat tahun 1969 tu
Budak2 yg tak baksin je pegi skola

menteri da baksin dok umah
Jaga negara :D
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,472
Reaction score
2,357
Points
201
Ordinan baru beri kuasa PM guna dana tanpa lalui legislatif

c63faee03060949f51d52e8a81ec9e77.jpg



Satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.

Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.


Parlimen dan semua sidang DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu menerusi proklamasi darurat.

Sepanjang tempoh itu, cabang eksekutif boleh meluluskan undang-undang baru dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui legislatif.

Dalam reaksi segera, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata eksekutif "menghukum" Parlimen dan kini boleh meluaskan perbelanjaan tanpa kelulusan rakyat.

Apa yang lebih buruk, kata bekas Menteri Kewangan itu, undang-undang baru itu menyatakan kerajaan pesekutuan boleh meluluskan perbelanjaan tambahan dengan kelulusan Perbendaharaan Negara, yang menurutnya berada di bawah Menteri Kewangan yang tidak diundi rakyat.

"Ini menunjukkan mengapa Parlimen penting dan perlu dibuka. Tiada sebab untuk tidak berbuat demikian," katanya kepada Malaysiakini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
ORDINAN DARURAT | Boleh Lulus Perbelanjaan Tambahan Tanpa Melalui Legislatif

Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar boleh meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan kumpulan wang disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang tempoh darurat.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
PROKLAMASI DARURAT | Tiada Niat Jahat Di Sebalik Pengisytiharan Darurat

Tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan darurat dan ia sama sekali tidak akan digunakan untuk melanggar hak asasi, harta persendirian serta undang-undang lain di negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, darurat berkenaan hanya untuk membendung penularan pandemik COVID-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Darurat tak bole masuk parlimen
Pakcik2 da baksin sume takut mati kobid

budak skolah lg berani pi skool musim darurat ni
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Da pandai main blok skrang
Tangkap je
Takyah blok

1618896076303.jpeg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register