BTC USD 46,457.2 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

    Votes: 87 79.1%
  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

    Votes: 17 15.5%
  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

    Votes: 5 4.5%
  • Berkecuali

    Votes: 1 0.9%

  • Total voters
    110
  • Poll closed .

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
“Mana-mana Ahli Parlimen pembangkang misalnya, gunakanlah wakil mereka (dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 untuk menyatakan pandangan), mereka ada wakil PKR, DAP, Amanah.
“Jadi gunakan wakil ini, kerana kita bagi peluang menunjukkan kerajaan ini telus, Ahli Parlimen kerajaan ada, Ahli Parlimen pembangkang ada,” katanya.

Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat tiada kuasa undang-undang - Takiyuddin
#malaysiagazette #mgnews

Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat tiada kuasa undang-undang – Takiyuddin

14 March 2021

MGF25022020_PC-BN-PAS09.jpg

Takiyuddin Hassan

ALOR SETAR – Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang diwujudkan pembangkang, tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang dalam menamatkan pelaksanaan darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, hanya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 di bawah Ordinan Darurat yang mempunyai kuasa mengikut peruntukan undang-undang, untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sama ada darurat ditamatkan lebih awal atau pada tarikh yang ditetapkan iaitu 1 Ogos depan, atau melanjutkannya.

“Mana-mana Ahli Parlimen pembangkang misalnya, gunakanlah wakil mereka (dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 untuk menyatakan pandangan), mereka ada wakil PKR, DAP, Amanah.
“Jadi gunakan wakil ini, kerana kita bagi peluang menunjukkan kerajaan ini telus, Ahli Parlimen kerajaan ada, Ahli Parlimen pembangkang ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai penubuhan badan bebas dikenali Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dipengerusikan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang melancarkan petisyen untuk memohon supaya darurat ditamatkan dengan segera.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan, Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang diwartakan Jumaat lalu, membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil secepat mungkin bagi menangani berita tidak benar berkaitan COVID-19 serta Proklamasi Darurat.
Beliau berkata, tanpa ordinan itu, pihak penguat kuasa perlu melalui prosedur biasa yang mengambil masa lama untuk menyiasat sesuatu kes berita tidak benar, di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
“Saya dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) bahawa, sebelum ordinan ini dibuat pun hampir 300 kes (berita tidak benar) melibatkan aduan kepada polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), telah dibuat.

“Oleh kerana undang-undang yang ada ini memerlukan prosedur yang panjang, SKMM kena periksa siapa pemilik akaun (media sosial) dan sebagainya, jadi kadang kala memerlukan berbulan-bulan, tetapi dengan adanya ordinan ini, ia akan lebih cepat,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata, ada segelintir masyarakat yang mempunyai matlamat tertentu seperti dilakukan kumpulan anti vaksin, yang menyebarkan berita tidak benar dan mengelirukan mengenai vaksin COVID-19.

“Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk bawa masuk vaksin. Vaksin ini juga diluluskan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), apa lagi yang kita nak bergantung, badan-badan kesihatan dunia mengesahkan vaksin ini baik, vaksin ini perlu.
“Tetapi ada pula yang mengatakan mengenai kesan sampingan dan sebagainya. Perkara seperti ini adalah contoh penularan berita tidak benar yang akan dikenakan di bawah ordinan ini,” katanya. – Bernama

  • Like
Reactions: WnB
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
1616076763769.png

penonton blom cocok baksin
Bole horay2

warga emas da cocok
Tak bole berkumpul

lojik sains 😅
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Biar Parlimen bersidang tambah keyakinan terhadap vaksin, kata Ahli Parlimen DAP
FMT ReportersMarch 19, 2021 4:45 PM
Dewan-rakyat-02112-bernama.jpg
Seorang Ahli Parlimen DAP berkata, kerajaan tidak boleh lagi menggunakan pandemik sebagai alasan untuk menggantung Parlimen ketika program vaksinasi sedang dijalankan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menggesa sidang Parlimen diadakan bulan depan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin Covid-19.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, kerajaan tidak boleh lagi menggunakan pandemik sebagai alasan untuk menggantung Parlimen sekarang kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang dijalankan.

Katanya, menangguhkan Parlimen membahayakan demokrasi Malaysia.

Steven-Sim-Bukit-Mertajam-MP-MS-140121.jpg
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
“Undang-undang kini dibuat secara sembarangan, misalnya kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan sendiri mengakui undang-undang ini diluluskan tanpa mengikut garis panduan jelas.

Veteran DAP, Lim Kit Siang turut mendesak kerajaan mengadakan sidang Parlimen bulan depan memandangkan semua Ahli Parlimen akan divaksin ketika itu.

Katanya, “tidak masuk akal” pelbagai sektor ekonomi diaktifkan semula, tetapi bukannya Parlimen.

Lim, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, menggesa kerajaan menggunakan kesempatan ini untuk mengkaji semula Ordinan Darurat terhadap pelanggaran SOP Covid-19 bagi mengembalikan kepercayaan rakyat, yang didakwanya di “tahap terendah baru”.

“Saya berharap kita dapat memutuskan rantai itu dan mengawal gelombang ketiga Covid-19.

“Tetapi, ini adalah usaha sangat sukar jika kerajaan meneruskan langkah keras, tidak seimbang, tidak masuk akal dan tidak adil seperti Ordinan Darurat.”
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Takiyuddin: Parlimen tak bersidang 2 tahun ketika darurat 1969
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata perjalanan pentadbiran tidak terjejas walaupun Dewan Rakyat tidak bersidang susulan proklamasi darurat yang masih berkuat kuasa.

Menegaskan perkara itu, Takiyuddin membangkitkan darurat yang diisytihar pada 1969 yang berjalan selama dua tahun, sebagai contoh.

"Kalau tahun 1969 dulu, dua tahun Parlimen tidak bersidang pun, tidak ada masalah dalam perjalanan kerajaan.

"Kita baru bersidang pada Disember baru-baru ini ketika luluskan belanjawan, sekarang bulan Mac. Baru empat bulan tak bersidang, jadi tak timbul masalah," katanya ketika sidang media selepas Program Malaysia Prihatin Sesi bersama pegawai kerajaan negeri dan persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sejumlah pihak, termasuk parti politik, supaya kerajaan mengadakan sidang Dewan Rakyat dalam masa segera.

Untuk rekod, darurat yang dirujuk Takiyuddin diisytihar susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Ia berkuatkuasa bermula 15 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. Sepanjang tempoh itu, negara ditadbir Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang diketuai perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Terdahulu, gesaan agar Parlimen bersidang sekali lagi dibuat oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang berpandangan keadaan kini sudah cukup selamat.

Sekretariat PH juga hari ini berkata kekeliruan seputar penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 boleh dielakkan jika sebarang peraturan berkaitan usaha mengekang Covid-19 dibahaskan di Parlimen.

Sementara itu Takiyuddin sekali lagi berkata Parlimen hanya akan bersidang selepas tempoh darurat ditamatkan dan sehingga tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang Di-Pertuan Agong.

"Dalam tempoh Covid-19 ini jemaah menteri akan beri pandangan berdasarkan fakta dan sains. Sains ini Covid-19, faktanya kita tengok keadaan kesihatan seperti yang saya sebutkan.

"Ramai kumpulan berisiko ini dalam Dewan Rakyat, saya sendiri pun sudah warga emas. Jadi itu diambil kira," jelasnya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.

Pada 24 Feb lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa

Ia boleh diadakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri, kata Istana Negara.
 
WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,668
Reaction score
224
Points
83
Bagi kes mahkamah putus dulu.. Baru best...
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,087
Reaction score
1,485

Napa la bg contoh jauh meyimpang nie datuk, lg bnyk alasan lg org akan bercakap....bg ja la bersidang....apa lg yg di takutkan.......sudah2 la main politik sama
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Ada banyak persoalan yang belum terjawab ekoran darurat lebih 50 tahun lalu dan ia tidak wajar diikuti kerajaan sekarang, kata Adun Tebing Tinggi itu.

1616377638049.png

Aziz: Gantung parlimen bukan idea baik sama ada pada 1969 atau 2021

Diterbitkan 22 Mar 2021, 9:07 am

Langkah menggantung parlimen selama dua tahun ekoran ketegangan kaum pada 1969 bukanlah idea yang baik ketika itu, justeru ia tidak wajar diulangi sekarang, kata pakar perlembagaan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang kini menjadi Adun pembangkang di Perak, Abdul Aziz Bari, berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab di sekitar pelaksanaan darurat kira-kira 52 tahun dulu.

"Sehingga kini insiden itu masih diselubungi misteri.
"Mungkin kerajaan patut mengubah status semua dokumen yang berkaitan dengannya kerana ia sudah berlaku lebih 50 tahun lalu," katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan mesej.
Abdul Aziz yang juga naib pengerusi DAP Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam.

Menurut Takiyuddin semasa darurat berlangsung selama dua tahun mulai 1969 tiada sidang parlimen diadakan namun perjalanan pentadbiran kerajaan tidak berdepan masalah.

Sekarang pula, kata setiausaha agung PAS itu lagi, parlimen baru saja bersidang kira-kira tiga bulan lalu untuk meluluskan belanjawan dan ia dianggap tidak menimbulkan masalah.

Untuk rekod sepanjang tempoh negara berada dalam darurat dulu, Malaysia ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Antara isu yang perlu dijelaskan kata Abdul Aziz ialah siapa yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan pada 1969 sama ada perdana menteri ketika itu - Tunku Abdul Rahman Putra - atau timbalannya - Abdul Razak Hussein - serta alasan ia diperlukan.

"Tunku dalam memoirnya Before and After May 13 bersikap kritikal terhadap keseluhan hal itu.

"Ringkasnya, bergantung kepada darurat pada 1969 mungkin bukan langkah yang baik.
"Sama macam sekarang - tidak mengadakan sidang parlimen pada 1969 adalah keputusan yang buruk dan ia tidak sepatutnya dicontohi," katanya.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register