BTC USD 46,709.7 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

    Votes: 87 79.1%
  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

    Votes: 17 15.5%
  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

    Votes: 5 4.5%
  • Berkecuali

    Votes: 1 0.9%

  • Total voters
    110
  • Poll closed .
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
1615444746229.png


Pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar - Mahkamah
Diterbitkan 11 Mar 2021, 1:37 pm



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan saman oleh tiga wakil rakyat yang mencabar tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menggantung Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara semasa darurat.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid sebaliknya berkata, keputusan Seri Paduka di bawah Perkara 150(1) dan 150(2B) Perlembagaan Persekutuan berhubung pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman.

Justeru, katanya Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan.

Tiga wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Pulai, Johor, Salahuddin Ayub (Amanah); Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Perak, Abdul Aziz Bari (DAP).

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 1j ·

Ini kerana perlembagaan perkara 150(8) menghalang campur tangan mahkamah untuk menyemak keputusan tersebut.

Mahkamah putus perisytiharan darurat oleh Agong, ordinan dilulus tidak boleh dicabar




March 11, 2021 12:22 PM


dewan-rakyat-parlimen-bernama-250221-1.jpg

Mahkamah membenarkan bantahan Peguam Negara terhadap permohonan tiga wakil rakyat yang mencabar penangguhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dan ordinan yang diluluskan di bawahnya tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata, lebih penting ialah Perkara 150 (8) yang menetapkan bahawa keputusan Agong tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah atas apa-apa juga alasan adalah sah dan mematuhi perlembagaan.
“Lebih penting Perkara 150 (8) menutup pintu mahkamah daripada apa-apa cabaran atau permohonan yang dibuat terhadap perisytiharan itu dan ordinan yang diluluskan,” katanya.
Hakim berkata demikian ketika membenarkan bantahan Peguam Negara terhadap permohonan tiga wakil rakyat yang mencabar penangguhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Ia merupakan kes pertama daripada lima kes yang menyaksikan pemohon, iaitu Salahuddin Ayob, Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari gagal melepas syarat ambang rendah supaya merit aduan mereka didengar.
Ahmad Kamal berkata, timbul persoalan sama ada keputusan Agong boleh diputuskan di peringkat permohonan kebenaran dibuat atau mesti diputuskan selepas kebenaran itu diberi.
“Saya berpendapat bahawa isu itu boleh diputuskan di peringkat permohonan,” katanya.

Hakim berkata, beliau juga berpendapat bahawa tiga pemohon terbabit gagal melepasi syarat ujian semakan kehakiman.
“Jelas tidak terdapat hujah yang menyokong permohonan pemohon. Oleh sebab itu, permohonan kebenaran ini adalah remeh,” katanya.

Berhubung sama ada klausa penyingkiran dalam Perkara 150 (8) yang memberi kesan penyingkiran ke atas bidang kuasa mahkamah bercanggah dengan perlembagaan, Ahmad Kamal berkata, jawapan beliau ialah tidak.

Hakim itu berkata, perlembagaan tidak menetapkan tanggungjawab undang-undang ke atas perdana menteri sebagai responden pertama dalam permohonan itu supaya bertindak seperti yang ditetapkan oleh pemohon.

Salahuddin (Ahli Parlimen Pulai), Johari (Sungai Petani) dan Aziz (Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi di Perak) antara lain memohon perisytiharan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah bertanggungjawab di bawah Perkara 150 (3) perlembagaan untuk menasihati Agong supaya memanggil sidang Parlimen bagi membolehkan perisytiharan darurat dan ordinan di bawahnya dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Peguam kerajaan dari Jabatan Peguam Negara berkata, Perkara 150(6) dan (8) perlembagaan persekutuan membatalkan bidang kuasa mahkamah ke atas perkara sedemikian, sekali gus menyebabkan kebenaran tidak boleh diberikan.
Bagaimana peguam mewakili tiga responden terbabit membalas penghujahan itu dengan berkata, syarat ambang bagi memulakan semakan kehakiman di peringkat ini adalah rendah.
Peguam Gurdial Singh Nijar, Christopher Leong dan Abdullah Abdul Rahman mewakili Salahuddin, Johari dan Aziz.

Peguam kerajaan terdiri daripada Suzana Atan, S Narkunavathy, Ahmad Hanir [email protected] dan Mazlifah Ayob.

Abdul Rashid Ismail merupakan peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.

Cabaran undang-undang sama yang difailkan terhadap kerajaan dan Muhyiddin dijadual didengar di Mahkamah Tinggi pada bulan ini dan April.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
PROKLAMASI DARURAT | Keputusan Agong Tidak Boleh Dicabar

Mahkamah Tinggi memutuskan proklamasi serta ordinan yang digubal di bawah Undang-undang Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Pakar perlembagaan berkata, keputusan pengisytiharan darurat tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun dalam mana-mana mahkamah kerana ia termaktub dalam Perkara 150 Fasal (8) Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa Agong termaktub dalam Perlembagaan

12 Mac 2021


1615511555596.png

Keputusan pengisytiharan darurat tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun dalam mana-mana mahkamah. Gambar kecil: Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood


SHAH ALAM - Keputusan pengisytiharan darurat tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun dalam mana-mana mahkamah kerana ia termaktub dalam Perkara 150 Fasal (8) Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
“Jadi perkara ini dinyatakan dengan jelas sekali bahawa apa-apa jua dalam Perlembagaan ini berkaitan hal berpuas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

“Tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan mengenai kesahan sesuatu proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu pengisytiharan yang dibuat dalam proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1).
“Mahkamah juga dinafikan bidang kuasa untuk memutuskan apa-apa soal tentang kuat kuasa berterusan proklamasi itu atau mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) atau penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu,” jelasnya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan tiga wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.



1615511573476.png

Nik Ahmad Kamal
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, beliau sudah menjangkakan keputusan berkenaan.
“Saya rasa ramai merasakan mahkamah akan menolak permohonan itu. Peruntukan Perkara 150 Fasal (8) ditafsirkan sebegitu untuk menolak sebarang cubaan mempersoalkan kesahihan proklamasi dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.


“Apa jua bentuk cabaran di mahkamah nampaknya akan ditolak. Kalau pun mereka tidak mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi, proses untuk memohon supaya Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat pada pandangan saya pun tidak boleh dipersoal.
“Misalnya mempersoalkan bahawa Perdana Menteri tiada kuasa untuk memohon darurat daripada Yang di-Pertuan Agong atas alasan beliau tidak mempunyai majoriti di Parlimen juga tidak akan berhasil,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa mengikut lunas Perlembagaan seperti dinyatakan dalam Perkara 150.
“Ia tidak bermakna Seri Paduka Baginda telah melebihi undang-undang, tidak sama sekali. Yang di-Pertuan Agong telah menjalankan kuasa Seri Paduka Baginda mengikut lunas Perlembagaan seperti yang dinyatakan oleh Perkara 150. Tidak lebih, tidak kurang,” kata beliau.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Jawatankuasa berkenaan berperanan untuk mengumpul tandatangan daripada orang ramai dijangka sehingga Ramadhan pada 13 April ini sebelum diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
http://www.utusan.com.my/.../tubuh-jawatan-kuasa-rayu.../

Tubuh jawatan kuasa rayu Agong tamatkan darurat
WhatsApp-Image-2021-03-12-at-12.54.39.jpeg

SEBAHAGIAN Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat mengangkat poster tanda pagar #TamatDarurat di sini hari ini.

  • 12 Mac 2021, 1:38 pm


KUALA LUMPUR: Beberapa ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Jawatan Kuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan darurat yang berakhir 1 Ogos depan.

Jawatankuasa berkenaan berperanan untuk mengumpul tandatangan daripada orang ramai dijangka sehingga Ramadhan pada 13 April ini sebelum diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, jawatankuasa itu sekali gus melancarkan laman sesawang dinamakan #TamatDarurat sebagai kempen untuk memudahkan pihak yang mahu darurat ditamatkan lebih awal dengan menandatangani petisyen secara atas talian.

“Jangan rasa terancam. Kita kena suarakan. Kalau di Myanmar lagi dahsyat sehingga rakyat sanggup turun padang buat bantahan. Di sini kita tidak suruh turun. Hanya tanda tangan petisyen dalam laman web sahaja untuk menzahirkan kepada Agong bahawa sebenarnya tindakan Muhyiddin ditolak oleh rakyat.

“Setakat ini kita telah memperoleh beberapa ratus tandatangan dari individu-individu dan 100 lebih NGO. Sebagai payung negara, Seri Paduka perlu dimaklumkan akan bantahan rakyat jelata terhadap tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam soal ini,” katanya semasa pelancaran laman sesawang berkenaan di ibu negara hari ini.

Jawatankuasa berkenaan dianggotai seramai 23 ahli politik pembangkang, Datuk Marzuki Yahya (Pejuang); Ahli Parlimen Sepang, Mohammad Hanipa Maidin (Amanah); Senator, Aiman Athirah Sabu (Amanah), Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan); Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (DAP); Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (PKR); Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (PKR); Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (PKR) dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR).

Antara lain, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai beberapa profesional dan aktivis iaitu Jefri Md. Nor; Norman Goh; Khairi Zulfadhli; Mior Nor Haidir Mutalib Uthman; V. Raidu; Siti Rahayu Baharin; Muhammad Rafique; Tharmelinggem Pillai; Dr. Thanussha Francis Xavier; Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang; DS Ustadz Abdul Ghani Samsudin dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada 12 Januari lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Semalam, Mahkamah Tinggi menolak permohonan tiga wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah); Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Perak, Abdul Aziz Bari (DAP) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 (1) dan 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan berhubung pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman kerana Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan.

Ditanya tentang penglibatan anggota kerajaan untuk menganggotai jawatan kuasa berkenaan, Khalid berkata, beliau terbuka menerima keahlian dari ahli politik daripada pelbagai parti termasuklah parti-parti politik kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Partisan Sarawak (GPS), UMNO dan Pas.

“Itu pun kalau mereka ini (kerajaan) sayangkan negara kita. Namun, setakat ini tiada wakil daripada kerajaan,” katanya sinis.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan jawatan kuasa berkenaan bukan mewakili blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) sebaliknya bertindak sebagai individu dari pelbagai latar belakang.

Dalam pada itu, Khalid tidak yakin bahawa darurat akan berakhir seperti yang dijadualkan pada 1 Ogos ini sehinggalah Perdana Menteri berpuas hati mempunyai sokongan setelah didakwa cuba membeli wakil rakyat untuk memastikan jangka hayat politiknya berkekalan.

“Usaha nak bubar Parlimen dan membeli wakil rakyat adalah dua tindakan yang bercanggah kalau ikut logik. Jika anda mahu bubarkan Parlimen, kenapa perlu membeli wakil rakyat atau menambah wakil rakyat untuk menyokong anda?,” soalnya. -UTUSAN ONLINE


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
1f4cc.png
Darurat: Sebanyak empat ordinan telah dimasyhur Yang di-Pertuan Agong setakat ini - Takiyuddin
1f4cc.png
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, sepanjang darurat Agong diberi punca kuasa mewujudkan undang-undang yang dipanggil ordinan atas nasihat jemaah Menteri - Takiyuddin
----
1f4cc.png
Emergency: Four ordinances have been proclaimed by Yang di-Pertuan Agong so far - Takiyuddin
1f4cc.png
Under the Federal Constitution, Agong has the power to promulgate a law, called an ordinance on the advice of the Cabinet - Takiyuddin

1615535628123.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,211
Reaction score
2,785
Points
206
Ordinan Darurat menindas kebebasan bersuara - IDEAS

61615547788_phonegeneric.jpg


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 bagi menentang berita palsu menindas kebebasan bersuara, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh menzahirkan kebimbangan terhadap definisi luas untuk ‘berita palsu’ yang bukan sahaja meliputi kandungan berkaitan COVID-19, bahkan juga berhubung Proklamasi Darurat.

“Secara asasnya hal ini memberikan kerajaan kuasa mutlak untuk mendefinisikan sebarang bentuk bahan sebagai ‘berita palsu’.

“Apa yang lebih merisaukan ialah, disebabkan ini merupakan Ordinan Darurat, pihak kerajaan, polis atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana melaksanakan peruntukan ordinan ini,” jelas Tricia dalam kenyataan media pada Jumaat.

Tambah Tricia: “Jelas tiada mandat demokrasi dalam penguatkuasaan Ordinan ini, menjadikannya lebih teruk daripada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah dimansuhkan.”

Pada tahun 2019, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan selepas empat bulan diwartakan bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Menurut Tricia, penguatkuasaan ordinan ini hanya menambah kepada persepsi buruk terhadap Proklamasi Darurat serta melumpuhkan lagi proses demokrasi selepas penggantungan sidang Parlimen.

“Ordinan ini mengukuhkan lagi persepsi bahawa situasi darurat yang sedang dihadapi ini hanyalah satu tabir untuk mengekang sebarang bentuk kritikan terhadap kerajaan pemerintah.

“Harus diakui bahawa banyak pihak telah memberikan kritikan membina disebabkan mereka khuatir akan keadaan negara dan mahukan penambahbaikan.

“Rakyat Malaysia tidak seharusnya berterusan dijadikan tebusan oleh ahli politik," ujar beliau lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam sidang media hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan ordinan tersebut adalah bagi mempercepatkan proses penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan bagi mereka yang terbabit menghasilkan berita tidak benar.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register