BTC USD 55,321.1 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

  • Setuju

    Votes: 87 79.1%
  • Tidak setuju. PKP sudah memadai

    Votes: 17 15.5%
  • Tidak setuju. PKP juga tidak perlu

    Votes: 5 4.5%
  • Berkecuali

    Votes: 1 0.9%

  • Total voters
    110
  • Poll closed .

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,049
Reaction score
701
Points
81
tn puyol, klu semua MP divaksinkan, benarkan la sidang parlimen

mesti ramai yg dah sedar tujuan sebenar disebalik darurat ni kan, hehe..

ahli parlimen pun masih bimbang utk bersidang walau dh diberi vaksin, macam mn rakyat nk yakin dgn vaksin, haha
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu telah menyatakan bahawa parlimen boleh bersidang sewaktu darurat berkuatkuasa.

1614766629656.png


Tangguh sidang parlimen: PH dakwa Takiyuddin tak hormat Agong
Diterbitkan 3 Mar 2021, 6:03 pm

Dikemaskini 6:10 pm



Gabungan Pakatan Harapan (PH) mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang didakwa sebagai tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu yang menyatakan parlimen boleh bersidang sewaktu daruratberkuatkuasa.

Dalam kenyataan hari ini, majlis sekretariat PH berkata, mereka kesal dengan alasan-alasan yang diberi Takiyuddin tentang mengapa jemaah menteri tidak menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil Parlimen bersidang.

"Antara alasan utama yang diberi termasuklah undang-undang yang tidak perlu diluluskan parlimen sewaktu darurat berkuatkuasa, dan ramainya ahli parlimen yang berisiko tinggi menjangkiti Covid-19 sekiranya parlimen bersidang.

"Kesemua alasan yang diberi adalah lemah, dangkal dan tidak menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda," katanya dalam kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Saifuddin Nasution, Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook.




713c89338cc275501549468b160ad1b0.jpg



Terdahulu, Takiyuddin berkata bahawa sidang akan ditangguh dalam tempoh darurat yang berkuatkuasa sehingga 1 Ogos ini.

Katanya, sebahagian besar anggota parlimen merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19 dan ini merupakan antara sebab parlimen ditangguhkan.

Menurutnya, daripada 220 ahli parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.

"Hampir sebahagian ahli parlimen adalah kumpulan berisiko, jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada Covid-19 sebab berada di ‘confined area’ iaitu sempit dan tertutup.

“Apabila parlimen bersidang, seorang ahli parlimen akan bawa tiga pegawai bayangkan berapa ramai di tempat itu dengan kakitangan awam lagi,” kata pemimpin PAS itu yang dipetik Bernama.

Bagaimanapun, PH menegaskan bahawa berdasarkan bukti dan data, sepanjang 55 hari parlimen bersidang sepanjang tahun 2020, tiada seorang ahli parlimen pun yang dijangkiti Covid-19 di parlimen.

5c91190158957c77dd2d9f3d69349176.jpg


"Tiada satu pun kluster Covid-19 yang dibuktikan terhasil akibat persidangan parlimen.

"Perlu diingatkan bahawa pada waktu itu, belum seorang ahli parlimen pun yang telah menerima vaksin.
"Malah fakta ini membuktikan bahawa langkah-langkah dan SOP yang diambil bagi perjalanan sidang parlimen pada 2020 berkesan, dan parlimen boleh bersidang sekarang tanpa lengah," kata mereka.



Tambah mereka, jemaah menteri perlu menjunjung kasih di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda, serta menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen segera.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,538
Reaction score
554
Points
121
Bodoh punya menteri. Sekolah tmpt risiko blh buka. Parlimen x blh. Apa ke gampang punya kerajaan.
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,225
Reaction score
675
Points
81
Rasa aman damai bila takde sidang parlimen. Memekak aje dgn benda2 remeh. Team phdap dgn kluster mahkamah tak habis2 merepek
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 1j ·

Bersara sajalah MP MP tua ni . Nak berkhidmat untuk rakyat pun dah tak mampu . Terbukti apabila tergolong dalam golongan berisiko tinggi . PRU15 ni kita jgn undi calon 55 keatas? Amacam?

1614778413924.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Razlan Rafii berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sepatutnya lebih ikhlas dalam memberi jawapan mengapa parlimen ditangguhkan.

1614778447216.png


'Sila pinda had umur ahli parlimen', Razlan sindir Takiyuddin


Diterbitkan 3 Mar 2021, 7:51 pm

Dikemaskini 7:52 pm



Seorang ahli Majlis tertinggi (MT) Umno secara sinis mencadangkan agar had umur ahli parlimen dipinda sekiranya faktor usia menjadi halangan untuk Dewan Rakyat bersidang ketika wabak Covid-19.
Razlan Rafii berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan sepatutnya lebih ikhlas dalam memberi jawapan mengapa parlimen ditangguhkan dan bukan bergantung kepada alasan tersebut.

"Kalau ini (faktor umur) alasannya, saya cadangkan ordinan baru nanti meletakkan had kepada umur ahli politik, umur menjadi ahli parlimen atau Adun 18 hingga 60 tahun.
"Saya harap, Takiyuddin lebih ikhlas memberi jawapan, rakyat akan faham. Darurat adalah untuk meletakkan politik negara dalam keadaan stabil demi membolehkan kerajaan menangani masalah Covid," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Razlan, kerajaan misalnya boleh meluluskan apa sahaja pembangunan tanpa terikat kepada undang-undang dalam tempoh darurat.
"Tidak salah perkara ini diungkapkan secara lebih jelas dan ikhlas. Berdolak dalik isu sidang parlimen menunjukkan kerajaan menipu rakyat," katanya.

Terdahulu media melaporkan jemaah menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.

e21c3c8f717d418b6b7edb063e5d7ed6.jpg


Takiyuddin berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan parlimen.
Selain itu Takiyuddin memaklumkan sebahagian ahli Parlimen adalah mereka yang berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

"Di parlimen sekarang ini, ada 220 ahli parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 ahli parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang.

"Jadi, hampir sebahagian ahli parlimen kita adalah kumpulan berisiko. Kita tidak mahu ahli parlimen terdedah dengan perkara ini (kerana) kita berada dalam satu kawasan yang tertutup," kata Takiyuddin.
Razlan berkata, lebih lama darurat ini perpanjangan, negara luar akan melihat Malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus.


'Tak hormat titah Agong'
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Mustafa Shah Abdul Hamid menyifatkan keengganan kerajaan memanggil Dewan Rakyat bersidang sebagai tidak menghormati keputusan Istana Negara.
Katanya, ketika negara sudah menerima vaksin Covid-19, tidak ada alasan lagi untuk kerajaan menafikan sidang parlimen.

"Bukan saja tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi ia juga tidak menghormati demokrasi.

"Vaksin sudah ada, kenapa kita takut untuk bersidang bagi membincangkan isu rakyat, khususnya ketika pandemik Covid-19.
"Sekolah boleh belajar, kenapa parlimen tidak boleh bersidang," katanya lagi.

Istana Negara dalam kenyataan pada 12 Jan menyatakan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.

Perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat perdana menteri.

 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,700
Reaction score
1,183
Points
111
mesti ramai yg dah sedar tujuan sebenar disebalik darurat ni kan, hehe..

ahli parlimen pun masih bimbang utk bersidang walau dh diberi vaksin, macam mn rakyat nk yakin dgn vaksin, haha

Memang ramai yang sedar. Tapi, bak kata Ben Venture. We have the power, deal with it.

Cuma PN ni takdelah sombong macam Maslee Malik walaupun respon dia betul. "Anda boleh bagi pandangan, tapi kami adalah kerajaan".

Kiranya PN ni macam guna taktik orang tua zaman dulu....."Biarlah depa hingaq sat, nanti depa diam dan lupa lah tu".... Hehehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
1614781310988.png


Umno, PKR gesa kerajaan panggil sidang parlimen
Diterbitkan 3 Mar 2021, 10:07 pm



Pemuda Umno dan PKR hari ini masing-masing menggesa kerajaan memanggil sidang parlimen diadakan dalam tempoh darurat.
Ini di sebalik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri bersetuju sidang parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

"Bagi Pemuda Umno, parlimen harus dibenarkan bersidang dengan SOP ketat dalam situasi Covid-19, bagi membolehkan keberkesanan mekanisme semak dan imbang buat kerajaan sebagaimana tuntutan dan amalan demokrasi!

"Rakyat tentu sekali sukar untuk menerima alasan penangguhan parlimen yang dibuat kerajaan bahawa sebahagian besar anggota parlimen merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19.
"Malah proses vaksinisasi juga sudah dimulakan terhadap ahli-ahli parlimen," katanya dalam satu kenyataan.

98c703cffca5e2367241c8673c8f61d5.jpg


Asyraf berkata kerajaan tidak seharusnya dilihat takut dan cuba 'memandulkan institusi demokrasi' dengan menafikan suara dan mandat rakyat kepada ahli-ahli parlimen untuk berbahas, meluluskan rang undang-undang serta membawa isu dan masalah mereka di parlimen.

Nada yang sama disuarakan Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengatakan kenyataan Takiyuddin bercanggah dengan titah Agong.
"Kerajaan seharusnya membenarkan demokrasi berfungsi selaras dengan titah baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu saya menggesa kerajaan segera memanggil sidang parlimen bagi membolehkan ahli-ahli parlimen mengambil bahagian dalam usaha memerangi wabak Covid-19.
Kata Shamsul, demokrasi berparlimen seharusnya diraikan dan bukan direncatkan dengan alasan 'tempang'.

"Beralasan mengambil kira faktor kesihatan dan terdapat ramai ahli parlimen berusia emas adalah alasan dangkal yang mencacatkan demokrasi.

"Wakil-wakil rakyat merupakan kumpulan pertama penerima Vaksin Covid-19. Sehubungan itu alasan kebimbangan berkait penularan wabak Covid-19 adalah tidak relevan," tegasnya.

Terdahulu Takiyuddin berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan Covid-19 dalam bangunan parlimen.

Selain itu Takiyuddin memaklumkan sebahagian ahli parlimen merupakan warga emas yang berusia 61 tahun ke atas dan berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,049
Reaction score
701
Points
81
Memang ramai yang sedar. Tapi, bak kata Ben Venture. We have the power, deal with it.

Cuma PN ni takdelah sombong macam Maslee Malik walaupun respon dia betul. "Anda boleh bagi pandangan, tapi kami adalah kerajaan".

Kiranya PN ni macam guna taktik orang tua zaman dulu....."Biarlah depa hingaq sat, nanti depa diam dan lupa lah tu".... Hehehe

haha..takpa, kita layankan je apa yg mereka boleh buat skrg, yg penting strategi masih sama, skrg dh di landasan yg betul, jgn toleh belakang lg, keputusan berani utk nikmat masa hadapan, hehe
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,411
Reaction score
1,342
Points
201
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register