Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Ahli politik dari luar Sabah diberitahu untuk mengambil iktibar dari pilihan raya negeri pada bulan September yang menyebabkan lonjakan kes Covid-19.

1605149270241.png

Ahli politik diminta tak kunjungi Sabah untuk kempen PRK Batu Sapi
Diterbitkan Hari ini 10:36 am

Ahli politik dari luar Sabah diberitahu untuk mengambil iktibar dari pilihan raya negeri pada bulan September, oleh itu mereka tidak boleh mengunjungi negeri itu untuk pilihan raya kecil Batu Sapi 5 Disember.
Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap kerajaan negeri Sabah berhubung Covid-19 yan memaklumkan bahawa rakyat Sabah dapat menangani pilihan raya dan berkempen itu sendiri.

"Berdasarkan pilihan raya yang lalu, jelas ada keperluan untuk disiplin diri. Sekiranya ada keperluan untuk berkempen, orang Sabahboleh melakukan kempen sendiri dengan cara apa pun yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Menteri negeri yang bertanggungjawab untuk kerajaan tempatan dan portfolio perumahan mengatakan Batu Sapi di Sandakan masih kekal sebagai zon merah Covid-19.

Sekurang-kurangnya 450 kes Covid-19 yang dikesan di semenanjung mempunyai kaitan dengan individu yang pulang dari Sabah semasa pilihan raya negeri, katanya seperti dipetik Malay Mail.
"Ini adalah pengajaran yang baik untuk kita renungkan dan tidak masuk akal bagi kita untuk mengulangi kesilapan ini.

"Saya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang sewajarnya untuk menentukan apakah sekatan tersebut harus dilaksakakan," katanya.
PRK Batu Sapi akan diadakan berikutan penyandangnya Liew Vui Keong emninggal dunia. Pencalonan ditetapkan pada 23 November sementara hari pengundian ditetapkan pada 5 Disember, satu hari sebelum PKPB dijadualkan tamat.

Sebilangan besar parti politik memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK ini untuk memberi laluan bagi Warisan mengekalkan kerusi dan mengelak penularan kes Covid-19.

Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,380
Reaction score
2,419
Points
206
Kata Mohamad Siddiq, darurat satu-satunya cara untuk menangguhkan pelaksanaan PRK berkenaan.

View attachment 305451

Cadangan Mat Hasan elak PRK Batu Sapi tak munasabah, kata Armada
Diterbitkan Hari ini 5:50 pm

Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyifatkan cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi sebagai "tidak munasabah."

Pengerusi Biro Perundangan Armada Malaysia, Mohamad Siddiq Mohamad Azani, berkata pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan.

"Kenyataan timbalan presiden Umno mengenai keperluan darurat bagi mengelakkan PRK Batu Sapi adalah terjurus dari satu sudut pandang sahaja.

"Ini kerana sekalipun BN atau PN tidak meletakkan calon pada PRK Batu Sapi kali ini, ia tidak menghalang calon-calon bebas dan parti-parti tempatan lain yang ada di Sabah untuk meletakkan calon mereka.

"Sekiranya ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada pilihan lain melainkan terpaksa meneruskan proses pilihan raya merangkumi tempoh berkempen sehinggalah hari membuang undi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas pandangan Mohamad semalam bahawa (PRK) Batu Sapi tidak perlu diadakan sekiranya semua parti mengambil keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Warisan memenangi kerusi itu.

View attachment 305452

Mohamad Siddiq (gambar) berkata yang lebih membimbangkan untuk mengadakan PRK adalah keselamatan dan kesihatan keseluruhan penduduk di Batu Sapi dan para petugas SPR yang akan terdedah kepada risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

"Kebimbangan petugas-petugas SPR ini bukanlah rekaan. Mereka akan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini sekiranya pilihan raya diadakan.
"Pada 2 Okt lalu, SPR mengesahkan tiga orang petugasnya di PRN Sabah telah dijangkiti virus Covid-19.

"Ini merupakan antara faktor mengapa pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya diadakan," katanya.

Menurut Mohamad Siddiq berdasarkan Perkara 54 dan 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas dewan dibubarkan atau berlaku kekosongan kerusi luar jangka.

"Atas kehendak undang-undang, pilihan raya ini tidak boleh ditangguhkan melainkan dengan pengisytiharaan darurat sahaja," tambahnya lagi.

ni siapa pulak ni?
muka macam budak baru habis belajar masuk politik je.

kan YDPA dah kata tak perlu isytihar darurat. noob betul.
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,112
Reaction score
1,992
Points
206
Perlembagaan dah tulis mcm tu
nak xnak kene buat
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Beliau akan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti walaupun sebelum ini pernah menjadi pemimpin kepada dua parti.

Hamzah sahkan tanding PRK Batu Sapi

17 November 2020

1605599650729.png

Hamzah

KOTA KINABALU - Bekas pemimpin Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah), Hamzah Abdullah mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi pada 5 Disember depan.
Beliau akan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti walaupun sebelum ini pernah menjadi pemimpin kepada dua parti.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengatakan PRK di Batu Sapi tidak dapat dihalang kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mesti diisi kekosongan kerusi selepas 60 hari ahli Parlimen di kawasan itu meninggal dunia.

"Rakyat memang tidak mahu ada pertandingan, tetapi ia tidak dapat dihalang dan ini akan menjurus kepada adanya pilihan raya dan pertandingan.
"Jika ada pertandingan, maka mesti ada peserta, kalau seorang yang bertanding itu bukan pertandingan, maka sesiapa pun warganegara layak untuk masuk bertanding.

"Makanya, saya menawarkan diri sebagai pilihan terbaik buat warga Batu Sapi tetapi sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada mana-mana parti bagi mengelak daripada terikat kepada peraturan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Katanya lagi, ketika ini beliau sudah melakukan persiapan termasuk memberi isyarat kepada pengundi Batu Sapi berhubung pilihan raya itu nanti.

"Antara persediaan saya adalah meneruskan kerja kebajikan yang dilakukan dengan keringat saya sendiri, selain itu saya sudah merangka manifesto peribadi dan mendidik pengundi Batu Sapi supaya mereka memahami undi mereka, mereka mesti memanfaatkan undi mereka untuk memilih calon yang berjuang di Batu Sapi.

"Bagi saya, peluang sudah ada di mana kempen rumah ke rumah tidak dibenarkan SPR dan saya akan menggunakan kempen di media sosial untuk meraih undi nanti," katanya.
Beliau dalam pada itu turut mengesahkan sudah mengambil borang calon untuk PRK itu nanti cuma ia belum lagi dihantar buat masa ini.

Untuk rekod, Hamzah sudah menyertai tujuh pilihan raya sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau bertanding atas tiket Pas dengan memperoleh 9,287 undi.

Pada PRU14, beliau kemudian bertanding atas tiket Amanah namun tewas dan hilang wang deposit apabila hanya berjaya meraih sebanyak 980 undi.

PRU itu menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila mendiang Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) menang dengan majoriti mudah sebanyak 4,619 undi selepas memperoleh 12,976 undi.
SPR sebelum ini menetapkan 5 Disember sebagai tarikh hari mengundi selepas ahli Parlimennya, Vui Keong meninggal dunia pada awal Oktober lalu.

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,112
Reaction score
1,992
Points
206
Beliau akan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti walaupun sebelum ini pernah menjadi pemimpin kepada dua parti.

Hamzah sahkan tanding PRK Batu Sapi

17 November 2020

View attachment 312977

rela mati demi kuasa
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Jika ia berlaku, PRK itu mungkin tidak akan menjadikan Warisan menang tanpa bertanding sebaliknya dijangka wujud pertandingan tiga penjuru jika parti Bersatu juga turut mengemukakan calon.

Isteri mendiang Vui Keong disebut calon PRK Batu Sapi
18 November 2020

1605688216734.png

KOTA KINABALU - Kemungkinan Parti Warisan Sabah (Warisan) meletakkan calon yang ada kaitan tali persaudaraan dengan mendiang, Datuk Liew Vui Keong mula kedengaran menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.
Walaupun kepimpinan Warisan masih mengunci mulut siapa bakal calon mewakili parti itu dalam PRK Batu Sapi, namun turut kedengaran khabar angin bahawa isteri mendiang, Vui Keong iaitu Datin Dr Lindai Lee mungkin dikemukakan bagi mengekalkan kerusi di Parlimen itu.

Jika ia berlaku, PRK itu mungkin tidak akan menjadikan Warisan menang tanpa bertanding sebaliknya dijangka wujud persaingan sama ada satu lawan satu atau membabitkan pertandingan tiga penjuru jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga turut mengemukakan calon pada PRK itu.

Ini kerana ada pihak tidak mahu perkara yang pernah berlaku pada PRK 4 November 2010 berulang di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu meletakkan balu, Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah, iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai calon untuk mengekalkan kerusi di Parlimen itu.

Bekas pemimpin Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah), Hamzah Abdullah semalam mengesahkan akan bertanding dalam PRK itu berkata, beliau akan meneruskan hasratnya untuk bertanding jika calon Warisan yang dikemukakan mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mendiang Vui Keong.

Bagaimanapun, jika calon yang diletakkan sesuai dan mempunyai 'track record' perjuangan di Batu Sapi beliau mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam PRK itu.

Beliau berkata, jika Warisan meletakkan calon yang ada kaitan persaudaraan maka ia cuma mengambil kira kepentingan parti semata-mata dan bukannya mengambil kira kepentingan rakyat.
"Ini bukan soal perkauman tetapi soalnya Warisan meletakkan calon bukan mengambil kira kepentingan rakyat tetapi kepentingan parti mereka saja.

"Dia (calon) diletakkan di situ supaya rakyat bersimpati kepada Warisan dan calon ini tidak pernah mempunyai rekod perjuangan di Batu Sapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Hamzah berkata lagi, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dalam Warisan.

"Kita tidak mahu apa yang terjadi dulu berulang dalam Warisan, apabila isteri mendiang Edmund iaitu Datuk Linda Tsen diletakkan sebagai calon pada PRK 2010.

"Saya dengar isterinya (Datin Dr Lindai, mendiang Vui Keong) beliau memang diletakkan kerana kawasan ini kuota kaum Cina," katanya.

Terdahulu, PRK Batu Sapi akan diadakan pada 5 Disember depan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh itu susulan kematian penyandangnya Vui Keong awal Oktober lalu.

Setakat ini, hanya Warisan dan Hamzah sebagai calon bebas mengesahkan akan bertanding dalam PRK itu bagaimanapun kepimpinan Warisan belum mengumumkan siapa calon mereka kemukakan.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi
| | 18 November 2020

1605696268967.png

Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.
Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

“Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P.185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19,” demikian menurut kenyataan Istana Negara hari ini. - BernamaAKAN MENYUSUL

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Teks Ucapan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri

1605698657964.png

1605698668617.png

1605698677847.png

1605698686265.png

1605698694421.png

1605698702365.png

1605698712064.png

1605698722309.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register