Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
#BHnasional Keputusan tepat bagi melindungi kesihatan rakyat Sabah
https://bit.ly/2UDOA84

Sabah sokong darurat Parlimen Batu Sapi - Hajiji

November 18, 2020 @ 8:11pm


1605703299990.png

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. - Foto NSTP

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong penuh keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media hari ini, berkata pihaknya menyifatkan keputusan terbabit adalah satu keputusan bijak bagi melindungi kesihatan rakyat Sabah daripada pandemik COVID-19.



"Keperluan untuk menghentikan penularan virus dan melindungi kesihatan rakyat adalah sangat penting," katanya.

Hajiji turut memberi jaminan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah COVID-19 sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengatasi wabak terbabit di Sabah.

Yang di-Pertuan Agong hari ini bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Dalam sesi berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4 petang ini, Perdana Menteri mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan apa-apa prosiding yang sudah bermula bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tidak diteruskan berikutan pengisytiharan darurat bagi Parlimen berkenaan. Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh lain bagi melaksanakan PRK tersebut. "SPR mengambil maklum kenyataan Perdana Mentreri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan bagi menjalankan PRK Batu Sapi....
https://www.utusan.com.my/.../semua-prosiding-prk-batu.../

Semua prosiding PRK Batu Sapi terhenti – SPR
sprrrrr.jpg

ABDUL GHANI SALLEH

  • 18 November 2020, 9:23 pm

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan apa-apa prosiding yang sudah bermula bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tidak diteruskan berikutan pengisytiharan darurat bagi Parlimen berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh lain bagi melaksanakan PRK tersebut.
“SPR mengambil maklum kenyataan Perdana Mentreri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan bagi menjalankan PRK Batu Sapi.

“Ia selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Sehubungan dengan pengisytiharan ini, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi PRK itu tidak diteruskan dan satu tarikh lain ditetapkan untuk PRK tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Langkah membatalkan PRK Batu Sapi dibuat bagi mengelak gelombang keempat penularan #BHnasional
https://bit.ly/32YFO98

Darurat di Batu Sapi jalan terbaik kekang penularan COVID-19
November 19, 2020 @ 10:03am
hm117Shamrahayu_1605751412.jpg

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz. - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi adalah langkah pencegahan terbaik untuk kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga dengan mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu diteruskan.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata sekiranya darurat tidak diisytihar maka PRK Parlimen Batu Sapi mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujud kekosongan luar jangka bagi sesuatu kerusi Parlimen selari Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kerajaan memerlukan satu undang-undang luar biasa untuk membolehkan peruntukan perlembagaan itu 'diabaikan' supaya PRK Batu Sapi dapat ditangguh atau dibatalkan.
"Macam mana kita nak abaikan keperluan di bawah Perkara 54 itu? Hanya darurat sahaja yang membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan itu sendiri mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.




"Yang di-Pertuan Agong telah dipersembahkan dengan data-data COVID-19 yang berkemungkinan boleh merebak dan menjadi bertambah serius (sekiranya PRK Batu Sapi diadakan).
"Seri Paduka berpuas hati dengan data-data itu dan juga melihat dari segi pengalaman sebelum ini, maka baginda mendengar nasihat kerajaan dan jemaah menteri untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi," katanya kepada Bernama.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.
Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November ini manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan paru-paru.

Ditanya sama ada pengisytiharan darurat juga boleh dibuat bagi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah kerana PRK di kedua-dua kawasan juga perlu diadakan dalam masa terdekat, Shamrahayu berkata jika keadaan menuntut kerajaan berbuat demikian dan pandemik COVID-19 benar-benar memberi kesan kepada rakyat di kawasan berkenaan, maka kerajaan boleh membuat dua lagi proklamasi darurat.

Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada situasi semasa dan tujuan darurat itu perlu dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Mengulas tempoh darurat, beliau berkata perlembagaan tidak menetapkan tempoh darurat berlangsung namun satu ketetapan akan dibuat oleh Parlimen yang memaklumkan bila ia akan berakhir.
Memandangkan ini adalah kali pertama darurat diisytihar di Malaysia kerana ketenteraman awam yang melibatkan kesihatan awam, Shamrahayu menasihati orang ramai supaya tidak panik dan menjalani kehidupan seperti biasa kerana kerajaan sudah memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera dan kehidupan rakyat juga tidak terjejas.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohammad Fuad Othman pula menyifatkan, pengisytiharan itu sebagai langkah yang diambil bagi membatalkan PRK Batu Sapi untuk mengelak gelombang keempat penularan COVID-19.

"Ada permintaan daripada kerajaan supaya PRK di sana (Batu Sapi) ditangguhkan. Memang (kalau) ikut peruntukan Perlembagaan, tiada cara lain untuk tangguh (PRK) sebab bila ada kematian, memang memerlukan pengganti Ahli Parlimen, sama juga macam Gerik, Perak.

"Kemungkinan sebab jangkitan COVID-19 makin teruk di Sabah. Mungkin atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong memikirkan agak sukar untuk bendung penularan, bimbang ia (COVID-19) terus merebak," katanya.
Mohammad Fuad juga berkata sekiranya perlu diadakan PRK atau Pilihan Raya Negeri di mana-mana kawasan, ia boleh diteruskan selagi kawasan itu bukan zon merah COVID-19 dan SPR perlu menyediakan prosedur operasi standard pilihan raya mengikut norma baharu.

"Kalau lepas ini perlu diteruskan PRK Gerik sekiranya pada waktu itu kawasan tersebut bukan zon merah, maka SOP yang ketat perlu dikuat kuasa seperti kempen rumah ke rumah dan ceramah adalah tidak dibenarkan sebaliknya ia dibuat di media sosial.

"Bagi pengundi dari luar kawasan yang ingin balik mengundi sebaiknya didaftarkan untuk membuat undi pos termasuk mereka yang berada di luar negara," katanya. - BERNAMA


 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,487
Reaction score
461
Points
131
ada juga cara dari segi perlembagaan nak di buat ye
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,737
Reaction score
291
Points
91
terbaik...boleh pun nk elak pilihanraya..darurat pun darurat la drpd nk bg kes covid naik...mmg x logik langsung nk pilihanraya..x kene time..patut PRN sabah aritu bg darurat je..kalu tidak kes kita xdela main 4 angka je manjang..ksian kt frontliner kot
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,633
Reaction score
358
Points
141
bagi je laa Parlimen Batu Sapi tu diganti oleh org lain dari parti yg menang sebelum ni..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,697
Reaction score
552
Points
121
Eloklah tu nampaknya semua ahli politik dah boleh terima hakikat Pilihan Raya di sabah haritu lah punca wabak meletus semula.
Sekarang masing-masing pakat dah tak berapa nak bercakap tentang PRK.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register