Agong Hadir Majlis Graduasi Ketenteraan Anakanda

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
15.12.2019 - London, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjejakkan kakinya ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), Jumaat, mengembalikan kenangan semasa baginda menjalani latihan di akademi lebih 40 tahun yang lepas.

Al-Sultan Abdullah yang menjalani latihan di akademi itu dari tahun 1978 sehingga 1979, ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Lawatan hari ini menjadi lebih manis apabila Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut melangkah masuk dalam perbarisan berdaulat, yang menandakan berakhirnya latihan ketenteraan anakanda baginda di akademi yang sama.

Terdahulu sebaik tiba, Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral Paul Nanson.

Al-Sultan Abdullah memakai pakaian seragam tentera kemudiannya diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat perbarisan.

Majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Sophie, Countess of Wessex.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Muhamad Muiz Muzammil Mukhtar adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di majlis itu.

RMAS adalah salah satu daripada akademi tentera di United Kingdom dan pusat latihan tentera British.

Turut hadir di majlis itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Mohamad Sadik Kethergany dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini berada di UK untuk lawatan khas sehingga 16 Dis.

Lawatan khas ke UK merupakan lawatan keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...g-hadir-majlis-graduasi-ketenteraan-anakanda/
 
Top
Log in Register