Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors




wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
691
Reaction score
202
Points
23
khairy dengan asyrafwajdi tu ada bagi apa pada orang putrajaya?
lebih baik pilih anak ku nan jadi calon, dapat jugak orang putrajaya ayam free..
Setahu aku dua orang ni clean lagi. KJ tu takde buat hal lg. Dlm parlimen pun ok je brbahas. Yang lain tu mmg rosak.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Ketiga-tiga parti Melayu itu perlu mengetepikan ego bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Di sebalik perpecahan, anggota MT mahu Umno, PPBM dan PAS cari titik persamaan sebelum PRU15




January 21, 2021 8:37 AM


MOHD-RAZLAN-RAFII.jpg

Anggota MT Mohd Razlan Rafii berkata, Umno kekal dengan pendirian asalnya, iaitu musuh utama politik parti itu ialah DAP dan sekutunya.

PETALING JAYA: Umno, PPBM dan PAS perlu kembali mencari titik persamaan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) .
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Razlan Rafii berkata, ketiga-tiga parti Melayu itu perlu mengetepikan ego bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

”Orang Melayu kena bersatu hati dalam memastikan kestabilan negara. Formulanya adalah kemenangan besar bagi blok parti Melayu.
“Sekiranya masih berpecah, negara tidak akan dapat mewujudkan kestabilan seperti pada zaman BN memerintah,” katanya kepada FMT.


Beliau berkata demikian ketika menyambut baik komentar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilaporkan berkata, majoriti pemimpin Umno positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu, khususnya di peringkat akar umbi.

Ketika menjadi tetamu program Bicara Negarawan bertajuk “Masa Depan Malaysia, Ke Mana Kita?”, Hadi berkata, perselisihan antara Umno dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang PRU15.

Mengulas lanjut, Razlan bagaimanapun mengingatkan PPBM supaya ikhlas dalam bekerjasama serta menjaga perasaan akar umbi parti itu, termasuk berhenti “mencuri” ahli Umno.

“Hentikan (aktiviti) mencuri ahli Umno dan PAS. Isu ini menjadikan akar umbi tidak selesa dan sakit hati dengan pemimpin PPBM dan parti itu,” katanya.

Katanya, Umno kekal dengan pendirian asalnya iaitu musuh utama politik parti itu ialah DAP dan sekutunya.
Kebanyakan daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan PPBM yang juga merupakan parti serpihannya.
Keputusan muktamad berhubung isu itu sepatutnya dibuat pada perhimpuan agung Umno dijadualkan pada 31 Jan ini, namun ditangguhkan berikutan perisytiharan darurat minggu lepas.

 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,841
Reaction score
116
Points
33
Ketiga-tiga parti Melayu itu perlu mengetepikan ego bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Di sebalik perpecahan, anggota MT mahu Umno, PPBM dan PAS cari titik persamaan sebelum PRU15




January 21, 2021 8:37 AM


View attachment 332673
Anggota MT Mohd Razlan Rafii berkata, Umno kekal dengan pendirian asalnya, iaitu musuh utama politik parti itu ialah DAP dan sekutunya.

PETALING JAYA: Umno, PPBM dan PAS perlu kembali mencari titik persamaan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) .
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Razlan Rafii berkata, ketiga-tiga parti Melayu itu perlu mengetepikan ego bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

”Orang Melayu kena bersatu hati dalam memastikan kestabilan negara. Formulanya adalah kemenangan besar bagi blok parti Melayu.
“Sekiranya masih berpecah, negara tidak akan dapat mewujudkan kestabilan seperti pada zaman BN memerintah,” katanya kepada FMT.


Beliau berkata demikian ketika menyambut baik komentar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilaporkan berkata, majoriti pemimpin Umno positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu, khususnya di peringkat akar umbi.

Ketika menjadi tetamu program Bicara Negarawan bertajuk “Masa Depan Malaysia, Ke Mana Kita?”, Hadi berkata, perselisihan antara Umno dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang PRU15.

Mengulas lanjut, Razlan bagaimanapun mengingatkan PPBM supaya ikhlas dalam bekerjasama serta menjaga perasaan akar umbi parti itu, termasuk berhenti “mencuri” ahli Umno.

“Hentikan (aktiviti) mencuri ahli Umno dan PAS. Isu ini menjadikan akar umbi tidak selesa dan sakit hati dengan pemimpin PPBM dan parti itu,” katanya.

Katanya, Umno kekal dengan pendirian asalnya iaitu musuh utama politik parti itu ialah DAP dan sekutunya.
Kebanyakan daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan PPBM yang juga merupakan parti serpihannya.
Keputusan muktamad berhubung isu itu sepatutnya dibuat pada perhimpuan agung Umno dijadualkan pada 31 Jan ini, namun ditangguhkan berikutan perisytiharan darurat minggu lepas.

umno jangan hanya pandai cakap saje konon nak cari titik persamaan..
kalau betul umno ikhlas nak bekerjasama dengan PAS, kenapa tetap nak bertanding kat kerusi PAS?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Bukan bergabung tapi mahu bekerjasama - Pejuang
#malaysiagazette #mgnews #politik #pru15 #pejuang
https://malaysiagazette.com/.../pejuang-pertimbang-guna.../

Pejuang pertimbang guna panji Amanah


27 January 2021

MGF21082020_CERAMAH-KELOMPOK-CALON-BEBAS30.jpg

Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam PRU-15- Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang mempertimbangkan untuk menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam pilihan raya jika pendaftarannya sebagai parti politik tidak berjaya.
Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, untuk memastikan Pejuang dapat bertanding secara sah, pihaknya sedang merundingkan kerjasama dengan Amanah, termasuk menggunakan panji Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.




Beliau berkata, walaupun pendaftarannya ditolak Pendaftar Pertubuhan, tetapi Pejuang tetap akan menghantar wakil dalam pilihan raya umum.
“Kami bukannya mahu mengambil alih atau bergabung dengan parti lain, tetapi kami mahu bekerjasama dengan mereka.
“Ini merupakan salah satu pilihan yang ada dan kami sedang berbincang dengan Amanah, tetapi hal ini belum dimuktamadkan,” katanya kepada Sinchew Daily.



MGF28022017_Rundingan-Kerusi-PRU14.jpg

Mungkinkah Pejuang akan menggunakan panji Amanah untuk PRU15?

BuDitanya sama ada Pejuang akan bekerjasama dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Marzuki berkata: “Tidak, kami berbincang dengan Amanah pada masa ini.”
“Walau bagaimanapun, kami fokus kepada rayuan dengan Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu keputusannya.
“Selain itu, kami juga memfokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan oleh wabak COVID-19,” katanya.



Menurutnya, Pejuang masih belum berbincang mengenai jumlah kerusi dan kerusi mana yang akan ditandingi dalam pilihan raya.
Selain Pejuang, Ikatan Demokratik Malaysia atau Muda merupakan satu lagi parti yang mana permohonan pendaftarannya ditolak pada 6 Januari lalu. – MalaysiaGazette

 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
691
Reaction score
202
Points
23
Bukan bergabung tapi mahu bekerjasama - Pejuang
#malaysiagazette #mgnews #politik #pru15 #pejuang
https://malaysiagazette.com/.../pejuang-pertimbang-guna.../

Pejuang pertimbang guna panji Amanah


27 January 2021

View attachment 334295
Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam PRU-15- Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang mempertimbangkan untuk menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam pilihan raya jika pendaftarannya sebagai parti politik tidak berjaya.
Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, untuk memastikan Pejuang dapat bertanding secara sah, pihaknya sedang merundingkan kerjasama dengan Amanah, termasuk menggunakan panji Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.




Beliau berkata, walaupun pendaftarannya ditolak Pendaftar Pertubuhan, tetapi Pejuang tetap akan menghantar wakil dalam pilihan raya umum.
“Kami bukannya mahu mengambil alih atau bergabung dengan parti lain, tetapi kami mahu bekerjasama dengan mereka.
“Ini merupakan salah satu pilihan yang ada dan kami sedang berbincang dengan Amanah, tetapi hal ini belum dimuktamadkan,” katanya kepada Sinchew Daily.



View attachment 334296
Mungkinkah Pejuang akan menggunakan panji Amanah untuk PRU15?

BuDitanya sama ada Pejuang akan bekerjasama dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Marzuki berkata: “Tidak, kami berbincang dengan Amanah pada masa ini.”
“Walau bagaimanapun, kami fokus kepada rayuan dengan Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu keputusannya.
“Selain itu, kami juga memfokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan oleh wabak COVID-19,” katanya.



Menurutnya, Pejuang masih belum berbincang mengenai jumlah kerusi dan kerusi mana yang akan ditandingi dalam pilihan raya.
Selain Pejuang, Ikatan Demokratik Malaysia atau Muda merupakan satu lagi parti yang mana permohonan pendaftarannya ditolak pada 6 Januari lalu. – MalaysiaGazette

Bagus juga. Kuatkan Amanah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Amanah juga bakal hilang kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas jika bertanding menggunakan logo sendiri.

Setiakawan PH ‘putus’ jika Amanah benar parti Mahathir guna logo, kata penyokong Anwar

January 29, 2021 8:51 AM

Bendera-Parti-Amanah-facebook.jpg

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis berkata, langkah Amanah menggunakan logo sendiri bersama Pejuang akan merugikan PH kerana bakal kehilangan 15-20 kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu.

PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim berkata, hubungan setiakawan Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) akan “putus” jika parti sepihan PAS itu bersetuju membenarkan Pejuang yang diketuai Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail berkata, jika itu keputusan Amanah maka secara automatik dalam PRU akan datang PH akan diwakili PKR dan DAP dalam menghadapi Perikatan Nasional (PN)-Barisan Nasional (BN).
“Amanah berisiko hilang masa depan politik dan hilang semua kerusi yang ditandingi jika mereka menggunakan logo Amanah yang tidak dikenali rakyat.


Abdul-Razak-Ismail-ms-131119-1.jpg
Abdul Razak Ismail.

“Secara logiknya Amanah bakal “menempah maut” ditelan oleh BN-PN di kerusi yang ditandingi mereka.



“Kita hairan bagaimana Amanah sanggup memperjudikan masa depannya hanya untuk membenarkan Mahathir dan pemimpin Pejuang ‘mempergunakan’ pentas parti itu.
“Pemimpin Amanah turut ‘dikhianati’ Mahathir apabila beliau meletak jawatan perdana menteri tahun lalu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, langkah Amanah mahu menggunakan logo sendiri bersama Pejuang akan merugikan PH kerana bakal kehilangan 15-20 kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu.
Abdul Razak berkata, jika Amanah mahu kekal releven ia perlu melupakan hasrat membenarkan kumpulan Mahathir mengunakan logo mereka.

Katanya, Amanah perlu fokus untuk kekal dalam gabungan PH dengan menggunakan satu lambang, sekali gus memperkuat jenteranya bagi merampas kerusi yang dimenangi PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

ronnie-liu-ms-181220-1.jpg
Ronnie Liu.

Pada PRU lalu Amanah memenangi 11 kerusi Parlimen mewakili PH dengan menggunakan logo PKR.
Bantahan sama dibuat bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu yang berkata, keputusan Amanah menerima kumpulan Mahathir menyebabkan PH bakal kehilangan keyakinan dalam kalangan penyokong sendiri.

“Mahathir akan menyebabkan PH kehilangan sokongan walaupun daripada penyokong sendri.
“Jika Amanah mengizinkan Pejuang menggunakan logo mereka, ini bermakna PH tidak bersatu, ia akan memberi kesan buruk kepada Amanah dan PH,”katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, di Selangor.

Reformis-Idris-Ahmad.jpg
Idris Ahmad.

Sementara itu, pengerusi Otai Reformis, Idris Ahmad berkata, Amanah sepatutnya fokus untuk memperkuatkan PH tanpa perlu bekerjasama dengan kumpulan Mahathir.
“Tidak perlu Pejuang, mereka sudah lemah dan nak cari dahan untuk bergayut. Kena hati-hati dengan rancangan mereka, jangan percaya Mahathir,” katanya yang juga merupakan Adun Ijok.

Terdahulu timbalan presiden protem Pejuang Marzuki Yahya mengesahkan parti itu mungkin bertanding pada pilihan raya umum 15 dengan menggunakan logo Amanah jika pendaftarannya tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Berikutan itu, Amanah juga mengesahkan bahawa idea itu ada dikemukakan kepada parti itu, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenainya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Saranan itu dilontarkan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun beliau mempersoalkan kemampuan UMNO untuk berbuat demikian jika bertanding secara solo.

UMNO perlu menang PRU15 sebelum namakan calon PM: Annuar

05 Februari 2021


1612493715078.png

Annuar Musa


SHAH ALAM - UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum boleh mencalonkan nama yang sesuai bagi mewakili parti itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Saranan itu dilontarkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun beliau mempersoalkan kemampuan UMNO untuk berbuat demikian jika bertanding secara solo.
"Sebelum hendak berkhayal, hendak ada calon Perdana Menteri, kena tanya dulu parti (UMNO) boleh menang ke tidak.






"Kita terus 'jump' UMNO hendak calon Perdana Menteri tetapi kita lupa hendak sampai ke situ (iaitu) parti kena menang. Jadi sekarang kita kena fikirkan dulu, parti kena menang.
"Persoalannya mudah, boleh ke tidak UMNO," katanya pada program Bicara Minda yang bersiaran secara langsung dari Studio F, Kompleks Media Karangkraf di sini untuk Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Annuar (kanan) ketika menjawab pertanyaan Shahril pada program Bicara Minda di Kumpulan Karangkraf Shah Alam pada Khamis.

Annuar berkata demikian menjawab pertanyaan modetaror, Shahril Sarapudin yang bertanyakan calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai Perdana Menteri UMNO sekiranya parti tu dan Barisan Nasional (BN) tidak bersama Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, persoalan itu perlu dijawab secara jujur dan bukannya secara emosi bagi mendapatkan jawapannya.
"Tanya secara jujur, nak buat kaji selidik, buat kajian boleh atau tidak UMNO atau BN secara solo masuk bertanding dan boleh bentuk kerajaan. Tanya secara jujur, bukan secara emosi," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata, beliau bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah membuat penyelidikan dan mendapati BN tidak boleh bentuk kerajaan sekiranya bertanding secara solo.
"(Termasuk) bayar orang buat kajian dan sampai sekarang hasil daripada kajian, bukan sekali, saya buat sampai tiga kali jawapannya serupa iaitu BN kalau secara solo tak boleh bentuk kerajaan," katanya.

Menurut beliau, keadaan BN dahulu dan sekarang berbeza kerana gabungan BN dahulu mempunyai 16 parti politik dengan 100 lebih kerusi, namun kini gabungan BN tinggal empat parti politik dengan hanya 43 kerusi.

"Itu realiti politik dan apakah BN sekarang merasakan empat parti politik ini kalau masuk (bertanding) cukup untuk mendapat 100 berapa (lebih) kerusi (untuk) bentuk kerajaan.
"Kalau tak cukup, kita patut tahu bahawa kena ada gabungan. Dulu gabungan itu adalah BN ada 16 parti sekarang BN ada empat parti, adakah ini gabungan yang cukup (atau) tak cukup?
"Kalau tak cukup, BN kena fikirkan siapa rakan membentuk gabungan untuk memasuki pilihan raya.

"Tetapi kalau rakan pun tak tahu lagi siapa, macam mana hendak tahu siapa yang hendak dijadikan Perdana Menteri. Cuma Presiden UMNO mesti materialnya yang layak untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, UMNO tidak boleh menuntut untuk menjadi Perdana Menteri ketika ini kerana ia bergantung kepada banyak mana kerusi yang parti itu menang pada PRU15 akan datang.
"Sebab itu pada saya, ini realitinya yang menjadi perdebatan dan saya akui timbul perbezaan pendapat. Saya ingin menegaskan sekali lagi ini pendapat saya.

"Tak reti pun tak apa (tetapi) pendapat kena jelas. Pertama, kalau salah saya saya minta maaf. UMNO, BN secara solo tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Yang kedua, ertinya UMNO perlu bekerjasama.
"Ini saya kata politik ta'awun dan taayuf. Bekerjasama dan 'co-exist', ini realiti baharu politik. Tak boleh berkhayal macam zaman BN dulu, zaman sekarang empat parti tidak cukup. PN sekarang ada 12 parti, kita ada empat sahaja, lapan lagi di luar.

"Kalau awak (moderator) kata kita (UMNO dan BN) hampir pasti tak nak bekerjasama dengan PN... ya mungkin. Tapi saya kena tanya pilihan raya sudah dekat ini kalau tak bersama PN hendak bersama siapa?"

 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,651
Reaction score
759
Points
121
Buang masa je semua ni. Tengok keadaan politik sekarang mungkin tak sampai setahun pru, tukar lagi. Katak oh katak.. camna pelabur nak masuk, tak stabil langsung....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
DAP calon Anwar sebagai PM, bukan Shafie – Guan Eng

4 February 2021

mpn.png

Diskusi Masa Depan Malaysia: Ke Manakah Kita antara MPN dengan Guan Eng.

KUALA LUMPUR – DAP telah menetapkan untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dan berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pencalonan Presiden PKR itu dibuat secara bulat suara dari rakan gabungan PH iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.




Kata beliau, sekiranya sebelum ini DAP dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pernah menamakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri, itu bukan keputusan keseluruhan parti.

“Saya dan Mohamad (Mat Sabu) memang ada pilih Shafie sebagai calon Perdana Menteri kesembilan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerana saya lihat Shafie ada kewibawaan itu dan tidak semestinya apabila dia orang Sabah, maka dia tidak layak.

“Prinsip saya dan prinsip DAP sekalipun, sesiapa yang ada wibawa, tidak kira mereka pemimpin dari Sabah atau Sarawak, boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Sebab itu, saya pilih Shafie.



“Tetapi itu dulu, sekarang DAP bersama rakan gabungan dari Amanah tetap mencalonkan Anwar. Sekiranya ada perubahan calon, ia mestilah melalui Majlis Presiden PH,” katanya sebagai panel jemputan diskusi “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita” yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Profesor Negara (MPN), hari ini.

Diskusi itu dipengerusikan Felo MPN, Dr. Muhammad Asri Mohd Ali dan disertai Setiausaha MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.
Mengenai laungan “No DAP, No Anwar” oleh pemimpin dan penyokong sebuah parti, Guan Eng mengakui parti itu terpaksa melalui retorik politik pihak tertentu yang sengaja membangkitkan api perkauman.



Katanya, musuh DAP itu berjaya menggunakan retorik berkenaan sehingga menimbulkan keraguan bagi sesetengah pihak yang marah dan tidak sukakan parti yang diasas oleh bapanya, Lim Kit Siang.
“Ini tidak lebih sebagai ideologi sempit seperti membangkitkan kebencian kaum dan ia menyamai ala bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Itu sesuatu proses yang terpaksa kita lalui,” katanya.

Ditanya apa yang dilakukan PH ketika menjadi kerajaan selepas menang PRU14 tahun 2018, menurut Ahli Parlimen Bagan itu, pakatan itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan kebaikan pentadbirannya kepada rakyat.
Kata beliau, PH hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja mentadbir Putrajaya, tetapi sekiranya ada masa yang cukup, beliau yakin rakyat akan dapat melihat kejayaan PH yang mentadbir dengan cekap dan telus. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register