Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Rintihan mereka yang membuka kedai

Di waktu ini, rakyat Malaysia bukan sahaja berdepan dengan Covid-19 dan masalah ekonomi, tetapi juga dengan sekumpulan ahli politik.
Timmy Say
Jan 11, 2021 9:21 AM

timmy-say-column-1068x708.jpg

Seorang pelanggan melangkah ke kedai, setelah melakukan pendaftaran MySejahtera dan pengambilan suhu, seorang staf Pak Ali (bukan nama sebenar) datang melayan pelanggan tersebut.
Pelanggan tersebut ingin mencari sebuah produk untuk anaknya.
Staf Pak Ali menjawab setiap persoalan pelanggan itu dengan penuh bersemangat dan ramah.

Setiap kelebihan produk keluaran berlainan jenama diceritanya dengan baik berdasarkan bajet dan spesifikasi yang diinginkan pelanggan.
Pelanggan pula boleh menyentuh produk di sana sini seperti sudah pasti akan dibeli.

“Nanti saya tanya anak saya,” kata pelanggan tersebut sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Sambil mulutnya terus bertanya soalan mengenai nombor model, waranti dan caj penghantaran, tangan pelanggan gigih menaip di telefon pintar seperti sedang mengambil nota untuk diberikan kepada anaknya.
Staf Pak Ali terus menerang sambil kepala pelanggan mengangguk-angguk seperti bersetuju. Begitulah situasinya selama 30 minit.

“Saya fikir dulu. Terima kasih ya,” kata pelanggan itu lalu terus melangkah keluar kedai. Ketika pelanggan melangkah keluar kedai, pelanggan membuat telefon lalu, perbualan itu kebetulan didengari Pak Ali, “Saya dah beli secara dalam talian selepas staf tunjuk di kedai tadi. Dalam talian lebih murah.”
Di dalam 30 minit bersama pelanggan, kos sewa, kos penghawa dingin, kos api dan kos pekerja yang digunakan untuk keselesaan pelanggan ditanggung oleh Pak Ali.

Namun malangnya, ia tidak menghasilkan pembelian melalui kedai Pak Ali.
Segala kos yang ditanggung akhirnya sampai secara percuma kepada peniaga dalam talian yang mendapat pesanan daripada pelanggan tadi.

Begitulah kisah lumrah mereka yang membuka kedai di zaman ini.

Peniaga dalam talian yang tidak memiliki kedai boleh menjual lebih murah kerana mereka tidak perlu menanggung kos-kos seperti yang perlu ditanggung pemilik kedai.
Hatta pemilik kedai turut menjual secara dalam talian, kedai mereka tetap akan menjadi sekadar tempat tatapan sebelum para pembeli dalam talian membuat keputusan untuk membeli.

Teknologi hari ini juga menyebabkan pembeli semakin bijak kerana ia membolehkan mereka untuk membandingkan harga sesuatu dengan cepat melalui telefon bimbit.

Melainkan pembeli itu memerlukan produk itu dengan kadar segera, kebanyakan mereka akan membeli secara dalam talian jika mereka mendapati harganya lebih murah.
Satu-satunya kelebihan yang masih ada pada perniagaan kedai ialah produk boleh dilihat dan dicuba di depan mata pembeli sendiri, dan produk itu terus boleh dibawa balik ke rumah jika pembeli membelinya secara terus tanpa perlu menunggu penghantaran.

Tapi sekiranya pembeli itu boleh sabar menunggu, maka peluang kedai kehilangan pembeli tersebut adalah amat tinggi.
Maka tidak hairanlah mengapa banyak kedai yang ditutup hari ini.

Bukan sahaja mereka terpaksa berdepan dengan kesan daripada kawalan wabak Covid-19, mereka juga perlu menghadapi dengan arus teknologi perubahan yang deras dan juga penukaran tabiat pembeli yang semakin mempercayai dan menerima penjualan dan pembelian secara dalam talian.
Ini adalah cabaran utama para perniagaan yang memiliki kedai hari ini. Dan fenomena ini telah menyebabkan semakin ramai yang kehilangan pekerjaan.

Di waktu ini, rakyat Malaysia bukan sahaja berdepan dengan Covid-19 dan masalah ekonomi, tetapi juga sekumpulan ahli politik yang rakus ingin mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan segera.
Ironinya, kumpulan ini jugalah yang sedang menggesa kerajaan menangguhkan sesi persekolahan demi menjaga keselamatan rakyat.

Namun begitu, ironi ini hanya dapat dilihat oleh orang yang tiada PhD.

Malaysia amat memerlukan satu kerajaan yang stabil yang dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk mentadbir negara di 2021.

Mampukah ahli-ahli politik negara kita memberikannya kepada rakyat Malaysia?

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Tolong, jangan adakan PRU tahun ini, rayu pakar perubatan

January 11, 2021 7:45 AM

Polling-Day-SK-Malangang-Baru-Kiulu-Sabah-260920-FMT-8.jpg

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, PRU juga tidak wajar diadakan tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan seawal Mac.

PETALING JAYA: Seorang pakar perubatan menolak desakan beberapa parti politik supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan pada suku pertama tahun ini, dengan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan akan memburukkan lagi penularan wabak Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, fokus utama kerajaan ketika ini seharusnya untuk mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti, yang dilihat semakin membimbangkan.

Malah beliau berkata, PRU juga tidak wajar diadakan pada tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 dikatakan akan dilaksanakan seawal Mac.
“Kita perlu betul-betul mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti. Ini mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi,” katanya kepada FMT.

zainal-ariffin-omar-ms-110121-1.jpg
Dr Zainal Ariffin Omar.

Beliau yang juga bekas pengarah Kesihatan Negeri Pahang berkata, pengalaman selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah jelas menunjukkan risiko tercetusnya gelombang baharu wabak itu apabila berlaku pergerakan rentas negeri secara bebas ketika berkempen.

“Ahli politik diminta bersabar, kalau boleh usahakan cara lain selain pilihan raya. Tidak wajar adakan PRU dalam suku pertama tahun atau dalam tahun ini walaupun vaksin telah ada,” tegasnya.

Baru-baru ini, PPBM yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencadangkan untuk mengadakan PRU-15 selepas pandemik Covid-19 reda dan bekalan vaksin mula diagihkan kepada rakyat.

Sebelum itu, Umno turut mendesak PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberi amaran “keadaan lebih buruk akan berlaku” dalam suasana situasi jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin meningkat.
Dalam catatan di Facebook, Noor Hisham berkata antara Jan dan Sept tahun lepas, negara mencatatkan kurang daripada 100 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun setakat 9 Jan, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 71 kes, sekali gus menzahirkan perasaan bimbangnya perkara buruk akan berlaku.

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,829
Reaction score
2,234
Points
201
'Majoriti kecil tak beri masalah PN tadbir negara'
MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHD AZMAN | | 09 Januari 2021
Ahad | 10 Januari 2021
View attachment 329467
SHAH ALAM - Majoriti kecil kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memberi masalah kepada kerajaan untuk mentadbir negara sekiranya semua parti kerajaan bersatu padu tanpa menimbulkan sebarang polemik

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ada pihak berpandangan bahawa kedudukan majoriti sangat tipis sehingga memerlukan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) segera diadakan meskipun ketika Covid-19 dan banjir menjadi isu utama bagi rakyat.
"Bagi saya majoriti kecil tidak menjadi masalah besar dan semua tetap berpadu, sepakat dan tidak timbulkan polemik

"Kolek kecil yang dinaiki penumpang tidak merbahaya, selagi mana penumpangnya berada dalam keadaan tenang dan tidak mengancam keselamatan kolek", katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti berkenaan mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dan memperoleh mandat rakyat.
Ahmad Zahid berkata, PRU boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi penularan wabak ketika ini.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
Husnuzon lebih kepada takut hilang kuasa je ning. sama kenyataan dengan Takiyuddin.
 
zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,666
Reaction score
651
Points
81
Tolong, jangan adakan PRU tahun ini, rayu pakar perubatan

January 11, 2021 7:45 AM

View attachment 329549
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, PRU juga tidak wajar diadakan tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan seawal Mac.

PETALING JAYA: Seorang pakar perubatan menolak desakan beberapa parti politik supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan pada suku pertama tahun ini, dengan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan akan memburukkan lagi penularan wabak Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, fokus utama kerajaan ketika ini seharusnya untuk mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti, yang dilihat semakin membimbangkan.

Malah beliau berkata, PRU juga tidak wajar diadakan pada tahun ini walaupun program vaksinasi Covid-19 dikatakan akan dilaksanakan seawal Mac.
“Kita perlu betul-betul mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti. Ini mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi,” katanya kepada FMT.

View attachment 329550Dr Zainal Ariffin Omar.

Beliau yang juga bekas pengarah Kesihatan Negeri Pahang berkata, pengalaman selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah jelas menunjukkan risiko tercetusnya gelombang baharu wabak itu apabila berlaku pergerakan rentas negeri secara bebas ketika berkempen.

“Ahli politik diminta bersabar, kalau boleh usahakan cara lain selain pilihan raya. Tidak wajar adakan PRU dalam suku pertama tahun atau dalam tahun ini walaupun vaksin telah ada,” tegasnya.

Baru-baru ini, PPBM yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencadangkan untuk mengadakan PRU-15 selepas pandemik Covid-19 reda dan bekalan vaksin mula diagihkan kepada rakyat.

Sebelum itu, Umno turut mendesak PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberi amaran “keadaan lebih buruk akan berlaku” dalam suasana situasi jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin meningkat.
Dalam catatan di Facebook, Noor Hisham berkata antara Jan dan Sept tahun lepas, negara mencatatkan kurang daripada 100 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun setakat 9 Jan, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 71 kes, sekali gus menzahirkan perasaan bimbangnya perkara buruk akan berlaku.

covid makin teruk..kerajaan PN gagal....
 
Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,612
Reaction score
502

kalu jln jgk pru krn ameno..kes spike bila pru, tarik mad maslan mai jg wad covid di sg buloh..kunun hanya org phD yg tau buat, kepentingan adakan pru..org lain smua budoh belaka, dia pointer 3.85 tau sgalanya
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,324
Reaction score
1,545
Points
201
Da ade option. . tak perlu takut ISU. Dap.

SEDIH.

Ketika kita semua dalam keraguan dan keresahan Covid, ada pulak orang politik berebut kuasa.

TERAS 131, orang awam dan profesional akan masuk bertanding sebagai bebas untuk kerusi parlimen gunakan satu logo dan akan bertanding 150 kerusi. Dengar kata ada lawyer wanita bawa satu team lain bertanding bebas juga dan ini akan membuka ruang besar untuk rakyat Memileh dalam PRU15.

Tak payah pileh orang parti politik dah, nanti banyak calun bebas boleh di pileh. PILEH LAH DENGAN WARAS DI PRU 15. - uncle kentang
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,090
Reaction score
1,265
Points
111
kalu jln jgk pru krn ameno..kes spike bila pru, tarik mad maslan mai jg wad covid di sg buloh..kunun hanya org phD yg tau buat, kepentingan adakan pru..org lain smua budoh belaka, dia pointer 3.85 tau sgalanya
Suruh dia pakai ppe 12 jam dengan cuaca malaysia ni duduk kat ED. Baru dia tahu.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Syahril A. Kadir

· 22m ·

Pemimpin2 UMNO, hentikanlah dulu nak cakap pasal pilihan raya.

Betul kerajaan skrg bukannya kuat sangat, tetapi kalau ikhlas, bantulah depa untuk perkuatkan mana yang lemah, mana yang longgar, mana yang kurang. Apa nak risau, dua tiga member kamu pun ada dalam kerajaan tu.

Lagipun bukannya lama lagi dah depa nak habis penggal ni, sabar sekejap.

Kalau betul nak bantu rakyat, inilah masanya pemimpin UMNO tolak sekejap 'cita-cita' mereka, bantulah rakyat dengan tanpa mengira sangat warna dan lambang yang dianuti.

InsyaAllah, kalau pemimpin UMNO betul-betul berjuang untuk rakyat, akan dapatlah balik Putrajaya tu. Tetapi kalau perjuangan itu lebih pada untuk tembolok dan diri sendiri, jangan kata rakyat, penyokong sendiri pun akan hukum mereka!

Itu pandangan sayalah.

Maafle Mat Maslan, mungkin saya salah. Saya takde PhD.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register