Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Bersatu guna logo PN pada PRU15: Muhyiddin
| | 28 November 2020


1606552648477.png

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan guna logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian semasa ucapan dasar Presiden Bersatu sempena Perhimpunan Agung Bersatu yang berlangsung secara maya hari ini.



Perhimpunan Agung Bersatu secara maya ini juga merupakan kali pertama dibuat melalui sidang video.
Persidangan juga akan disertai oleh perwakilan dari 14 negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
MENYUSUL
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Ada isu yang lebih besar di sebalik retorik biasa...
#AWANInews #AWANI745

Cabaran sebenar Bersatu, PN adalah pembahagian kuasa - Penganalisis politik


November 29, 2020 14:19 MYT
Cabaran sebenar Bersatu, PN adalah pembahagian kuasa - Penganalisis politik

Cabaran sebenar kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah di parlimen. - Foto/PMO


KUALA LUMPUR: Naratif penyatuan Melayu yang semakin berkembang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dilihat satu retorik politik biasa, namun ia sebenarnya membayangkan isu yang lebih besar.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid berpendapat, cabaran sebenar kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah di Parlimen, terutama dalam aspek pembahagian kerusi bagi parti-parti Melayu dan bukan Melayu.


"Dalam situasi politik sebenar menegaskan persoalan bagaimana pembahagian kerusi parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) terutama dalam kalangan parti-parti Melayu dan Islam kerana mereka akan bertanding dalam satu kawasan yang sama.
"Begitu juga perlu dilihat bagaimana pengagihan kerusi parti-parti bukan Melayu yang bergantung kepada demografi pengundi Melayu.

"Jadi di sebalik seruan Muhyiddin semalam yang menggesa penyatuan UMNO, Pas dan Bersatu, cabaran utama PN adalah pembahagian kuasa dan kerusi untuk berhadapan pilihan raya," katanya ketika dihubungi menerusi program Buletin AWANI.

Keutuhan Bersatu juga menjadi satu agenda yang perlu dititikberatkan kerana ia bukan sahaja menjadi tunjang kekuatan PN sebagai kerajaan malah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Manakala Belanjawan 2021 yang baru diluluskan di peringkat dasar pula dilihat ujian terbesar buat PN ketika ini.

"Ia memperlihatkan kebergantungan PN kepada suara-suara mendesak terutamanya daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Maknanya, mereka perlu akur dan tunduk kepada desakan UMNO dan BN untuk mendapatkan undi.
"Tetapi persoalannya, selama manakah tarik tali dan negotiation ini boleh memberi keuntungan kepada PN, Bersatu atau UMNO," ujarnya.


 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,542
Reaction score
634
Points
81
cukup dh kalau umno dan pas boleh muafakat dlm pmbahagian kerusi.. pertembungan umno dan ppbm bukan isu besar pun bg umno.. buat apa umno nak senang2 bg kerusi pd ppbm , kalau ppbm menang sekalipun dia boleh bila2 masa lompat masuk ph semula..Rakyat dh kenal ppbm, takkan nk kena tipu lg.. org umno dan org ph takkan undi ppbm, ada ke org pas yg nk undi parti lompat2 ni..haha.. masing2 dah lupa yg swing undi dari umno dlm pru14 dulu byk dh tobat kena kencing dgn ph.. termasuklah yg swing dari umno beri undi pada pas dlm pru14..
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
View attachment 318158

Baru setahun jagung Bersatu dah lahirkan dua PM, kata Wan Fayhsal
Diterbitkan Hari ini 1:06 pm



Bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin, Pemuda Bersatu (Armada) menzahirkan rasa bangga mereka apabila parti itu berjaya melahirkan dua perdana menteri meskipun mereka baru berusia setahun jagung.
Semasa menyatakan rasa gembira itu, Ketuanya Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengaggap presidennya sebagai seorang pemimpin yang penuh kaliber.
“Jika bertempur di medan juang, dialah panglimanya. Jika dilambung ombak di lautan, dialah nakhodanya.

“Di bawah karisma kepimpinannya, parti kita yang baru setahun jagung ini berjaya memecahkan monopoli dan melahirkan dua perdana menteri.

“Tidak lain dan tidak bukan (beliau ialah) yang amat berhormat Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, presiden kita!” laungnya disambut tepukan ahli parti yang menonton secara dalam talian.
Dia berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketiga yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Sesuai dengan keadaan semasa majlis berkenaan diadakan secara maya dengan perwakilan di setiap negeri dikumpulkan di satu lokasi khas.
Untuk rekod Bersatu ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu oleh beberapa bekas pemimpin kanan Umno. Muhyiddin dilantik sebagai presiden manakala Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai pengerusi.

Selepas Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pada 2018 Mahathir dilantik sebagai perdana menteri.
Perlembagaan Bersatu menetapkan pengerusi adalah pemimpin tertinggi parti berkenaan. Bagaimanapun pertikaian dalaman menyaksikan Mahathir tersingkir dan sehingga kini jawatan pengerusi dipangku Muhyiddin.

Kata Wan Ahmad Fayhsal memang menjadi misi utama Bersatu untuk menawarkan kepemimpinan yang berwibawa, pemerintahan yang baik, demokrasi yang sihat dan negara yang adil dan saksama demi kebahagian rakyat.

Dia Fayhsal turut menyingkap Belanjawan 2021 yang lulus untuk bacaan kali kedua pada Khamis lalu di Dewan Rakyat.

Memanjatkan kesyukurannya, timbalan menteri belia dan sukan itu berkata, berbekalkan kejayaan itu, dia yakin, bukan saja Bersatu mampu memenangi PRU akan datang, bahkan mampu mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Jika kita kekalkan momentum hari ini, percayalah tuan-tuan, kita akan berjaya di pilihan raya akan datang, malah kembali dengan majoriti dua pertiga yang tidak pernah dicapai sejak hampir dua dekad!” katanya lagi.

Kali terakhir dua pertiga kerajaan memegang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat adalah pada PRU 2004, di mana BN merangkul 90 peratus kerusi.

Bagaimanapun, sejak PRU 2008, bilangan kerusi yang dipegang BN merosot, sebelum tumpas buat pertama kali dalam sejarah kepada PH.
Untuk rekod Muhyiddin kini menjadi perdana menteri dalam keadaan sokongan yang diterimanya di parlimen sangat tipis dan dipersoalkan.

mamat ni kalo bg statement
bwt ak trhibur
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,796
Reaction score
11,941
Points
2,376

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Ab Jalil Backer

9j ·


Yang marah-marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham:
Dasar parti sehingga hari ini ialah "UMNO/BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri."

Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi yang dimenangi oleh UMNO termasuk yang lompat akan ditandingi oleh BN semula.

Jika ada permintaan untuk 'swap' maka UMNO akan pertimbangkan. Misalnya jika PPBM mahukan kerusi Larut maka PPBM mungkin kena bagi kerusi Kubang Pasu atau Jerlun kepada UMNO. Demikianlah seterusnya.

Jika tiada persetujuan maka pasti BN akan bertanding sendiri. Ini terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Mengapa perundingan ini diadakan?

Kerana yang di atas tahu realiti untuk menang PRU tidak semudah menjerit dalam media sosial dalam kalangan kita sahaja.

Ada banyak faktor orang mengundi dan mengubah pola pengundian mereka.

Dalam keadaan pengundi UMNO hanya 2.5 juta orang, dan pengundi sebenar boleh mencecah 19 juta orang pada tahun hadapan, kita perlu melihat dan memahami kehendak dan persepsi pengundi luar juga.

Logo bukan segala-galanya lagi. Jumlah sokongan kepada BN bukan sekadar isu dalam PRU-14 tetapi telah merosot sejak 2008 berterusan pada 2013 dan berakhir pada 2018 dengan pelbagai isu besar.

Justeru untuk BN kembali menjadi satu 'political force' memerlukan masa dan pemulihan.

Sebab itu pemimpin di atas lebih cenderung mengadakan kerjasama politik supaya kita dapat kembali stabil dan menjadi peneraju semula pada masa hadapan.

Ada orang yang marah sangat kerana merasakan UMNO harus memerintah selama-lamanya. Ia satu pegangan yang sangat terpuji namun kita kena sedar realiti dan harus bertatih semula untuk berada di kedudukan dulu.

Ada yang marah-marah sebab mungkin peluang menjadi calon akan tipis. Mereka telah biasa bila jadi calon ada peluang dapat dana politik dan menjadi kaya waktu pilihan raya walaupun parti kalah.

Ada yang marah-marah dan ego kerana merasakan kita tidak patut kalah dalam PRU lepas. Lalu kita menyalahkan orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.

Namun adalah lebih baik kita mencari jalan memulihkan parti ini dan membina satu imej baharu yang mampu menarik pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar lain.

Kita harus menunjukkan kesediaan untuk berkompromi dan berkorban dalam menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Sudah tentu kompromi itu bukan bermakna memberi parti lain ruang terlalu besar sehingga membunuh kita.

Namun dalam masa yang sama kita tidak boleh dilihat terlalu ego sehingga menyebabkan orang menyampah dengan kita.

Atas faktor itu kita kena menunjukkan kesediaan untuk berunding terlebih dahulu sebelum tidak bersetuju.

Jika ditakdirkan kita bertanding sendiri kita harus bersedia bertanding dengan memberi tawaran yang lebih baik - kepimpinan dan manifesto - kepada pengundi, bukannya memburukkan Pas dan PPBM.

Kita harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali.
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,518
Reaction score
1,063
Points
111
Kem UMNO pro Najib SRC dah kalah.....hehehe

Next episod, tunggu Najib masuk mahkamah rayuan tahun depan bulan 2,3 . Pastu kita ke PRU15.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Awang Azman Pawi berkata, parti dominan boleh memastikan kestabilan, menjamin kepimpinan kuat dan mencegah perebutan kuasa dalam sebuah gabungan.

Umno sasaran dalam isu dominan disebut Saifuddin, kata penganalisis




December 1, 2020 7:00 AM


umno-bn-file-pic-150419-1.jpg

Penganalisis politik berkata, parti dominan diperlukan dalam sebuah gabungan untuk memastikan kestabilannya.


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menolak kenyataan seorang pemimpin PPBM yang tidak patut ada entiti dominan dalam gabungan parti Melayu, sebaliknya parti dominan diperlukan dalam gabungan untuk memastikan kestabilan dan kekuatan dalam kepimpinan.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, parti dominan boleh memastikan agenda dan dasar pembangunan tidak terjejas, manakala kekurangan penguasaan akan menyaksikan sekutu sibuk bertelagah mengenai jawatan.

“Mempunyai sebuah parti dominan sebenarnya memanfaatkan dan boleh memastikan kestabilan, menjamin kepimpinan kuat dan mencegah perebutan kuasa.
“Sebaliknya, parti bukan dominan akan memikirkan cara menambah jumlah kerusi dan berusaha memenangi hati wakil rakyat untuk melompat parti, sambil bergantung kepada kuasanya dalam kerajaan kekal relevan,” katanya kepada FMT.


Awang-Azman-Awang-Pawi-small.jpg
Awang Azman Pawi.

Baru-baru ini, Setiausaha PPBM Pahang, tidak patut timbul isu parti dominan jika PPBM, PAS dan Umno menubuhkan sebuah gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, dengan menggesa semua bekerjasama dan mengutamakan rakyat.

Katanya, gabungan itu tidak boleh dipengaruhi “kerangka politik lama” dan isu siapa yang mendominasi tidak patut timbul dalam gabungan parti Melayu.
Awang Azman berkata, naratif tidak patut ada kuasa dominan dalam gabungan parti Melayu ialah retorik politik entiti kecil yang mahu mewajarkan kedudukan mereka sambil cuba mempertahankan kuasa mereka.
Katanya, parti besar malah mempunyai puak sendiri, dengan ada yang lebih dominan daripada yang lain.

“Nampaknya beliau hanya cuba mengurangkan atau tidak menekankan pengaruh Umno dalam kerajaan,” katanya merujuk kenyataan Saifuddin.

Azmi-Hassan.jpg
Azmi Hassan.

Seorang lagi penganalisis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, rakan lebih lemah biasanya akan “dibuli” sekutu lebih dominan.

“Menjadi dominan dalam sebuah gabungan kadangkala ialah perkara baik, jika parti dominan itu adil, ia akan membawa kepada kestabilan kerana parti dominan berkuasa dengan ancaman minimum.
“Suka atau tidak, saya berpendapat Umno menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) untuk 6 dekad lalu membawa kepada kestabilan politik. Tetapi malangnya, kadangkala faktor membuli turut memainkan peranannya.”

Bagaimanapun, katanya, PPBM perlu menangani isu dominan terlebih dahulu kerana parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu kelihatan seperti pembuli dalam kerajaan semasa.
“Kembali kepada isu dominan yang Saifuddin bangkitkan, ia patut bermula dengan partinya PPBM kerana dalam pandangan akar umbi Umno, PPBM sedang membuli Umno dalam senario politik semasa.
“Seperti yang saya lihat sekarang, PPBM terlalu dominan dalam gabungan itu dengan perdana menteri dan jawatan menteri penting yang lain menjadi milik ahli Parlimennya.”


 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,542
Reaction score
634
Points
81
Awang Azman Pawi berkata, parti dominan boleh memastikan kestabilan, menjamin kepimpinan kuat dan mencegah perebutan kuasa dalam sebuah gabungan.

Umno sasaran dalam isu dominan disebut Saifuddin, kata penganalisis




December 1, 2020 7:00 AM


View attachment 318796
Penganalisis politik berkata, parti dominan diperlukan dalam sebuah gabungan untuk memastikan kestabilannya.


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menolak kenyataan seorang pemimpin PPBM yang tidak patut ada entiti dominan dalam gabungan parti Melayu, sebaliknya parti dominan diperlukan dalam gabungan untuk memastikan kestabilan dan kekuatan dalam kepimpinan.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, parti dominan boleh memastikan agenda dan dasar pembangunan tidak terjejas, manakala kekurangan penguasaan akan menyaksikan sekutu sibuk bertelagah mengenai jawatan.

“Mempunyai sebuah parti dominan sebenarnya memanfaatkan dan boleh memastikan kestabilan, menjamin kepimpinan kuat dan mencegah perebutan kuasa.
“Sebaliknya, parti bukan dominan akan memikirkan cara menambah jumlah kerusi dan berusaha memenangi hati wakil rakyat untuk melompat parti, sambil bergantung kepada kuasanya dalam kerajaan kekal relevan,” katanya kepada FMT.


View attachment 318797Awang Azman Pawi.

Baru-baru ini, Setiausaha PPBM Pahang, tidak patut timbul isu parti dominan jika PPBM, PAS dan Umno menubuhkan sebuah gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, dengan menggesa semua bekerjasama dan mengutamakan rakyat.

Katanya, gabungan itu tidak boleh dipengaruhi “kerangka politik lama” dan isu siapa yang mendominasi tidak patut timbul dalam gabungan parti Melayu.
Awang Azman berkata, naratif tidak patut ada kuasa dominan dalam gabungan parti Melayu ialah retorik politik entiti kecil yang mahu mewajarkan kedudukan mereka sambil cuba mempertahankan kuasa mereka.
Katanya, parti besar malah mempunyai puak sendiri, dengan ada yang lebih dominan daripada yang lain.

“Nampaknya beliau hanya cuba mengurangkan atau tidak menekankan pengaruh Umno dalam kerajaan,” katanya merujuk kenyataan Saifuddin.

View attachment 318798Azmi Hassan.

Seorang lagi penganalisis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, rakan lebih lemah biasanya akan “dibuli” sekutu lebih dominan.

“Menjadi dominan dalam sebuah gabungan kadangkala ialah perkara baik, jika parti dominan itu adil, ia akan membawa kepada kestabilan kerana parti dominan berkuasa dengan ancaman minimum.
“Suka atau tidak, saya berpendapat Umno menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) untuk 6 dekad lalu membawa kepada kestabilan politik. Tetapi malangnya, kadangkala faktor membuli turut memainkan peranannya.”

Bagaimanapun, katanya, PPBM perlu menangani isu dominan terlebih dahulu kerana parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu kelihatan seperti pembuli dalam kerajaan semasa.
“Kembali kepada isu dominan yang Saifuddin bangkitkan, ia patut bermula dengan partinya PPBM kerana dalam pandangan akar umbi Umno, PPBM sedang membuli Umno dalam senario politik semasa.
“Seperti yang saya lihat sekarang, PPBM terlalu dominan dalam gabungan itu dengan perdana menteri dan jawatan menteri penting yang lain menjadi milik ahli Parlimennya.”


nk pastikan kestabilan politik.. rakyat kena tolak pemimpin yg membelot utk mendapatkan kuasa, jd musuh dlm selimut..selagi ada pemimpin2 yg tiada intergriti dan lalang seperti ini, selagi itu politik tak akan stabil..

sy rasa cmm mesti bersetuju dgn sy utk menolak pemimpin yg mengkhianati pasukannya semata2 utk terus berkuasa kan...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Penganalisis berpendapat matlamat Umno perlu melibatkan parti Sabah dan Sarawak selain mempertimbang kemungkinan kemelut pengagihan kerusi dengan PAS.

1606958260378.png



'Kerjasama Umno-PAS belum cukup untuk kuasai kerajaan'


Diterbitkan Hari ini 8:59 am

Dikemaskini Hari ini 8:59 am


Ketika Umno menunjukkan keyakinan mereka mampu menguasai semula kerajaan hanya dengan kerjasama PAS, penganalisis politik masih berhati-hati dengan andaian tersebut.
Sesetengahnya percaya Umno masih perlukan bantuan parti lain untuk mencapai matlamat tersebut, terutama bagi memenangi kerusi di kawasan pengundi campuran.
Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, yang dikeluarkan semalam, Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abd Hamid berkata penerimaan kerjasama PAS dan Umno di Sabah serta Sarawak masih menjadi tanda tanya ketika ini.
“Sebenarnya kalau kerjasama PAS dan Umno sahaja, mereka masih lagi tidak dapat menguasai parlimen seperti yang mereka kehendaki.

“Mereka juga terpaksa atau mesti mendapatkan kerjasama daripada parti yang boleh bersifat campuran, boleh memenangi kerusi campuran dan juga di kawasan-kawasan bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Khaled secara terbuka menyatakan matlamat Umno sekarang ialah mahu menguasai semula kerajaan dan ia boleh dicapai hanya melalui kerjasama dengan PAS.
Kata bekas menteri besar Johor itu Umno dan PAS memiliki kekuatan yang berbeza.
Ketika Umno mempunyai pengaruh dan akar umbi lebih besar, kata Khaled, PAS pula mempunyai kelebihan tersendiri mewakili orang Melayu.


Tak selesa ada Bersatu
Untuk rekod, Umno mempunyai jumlah kerusi terbesar, 38 dalam PN berbanding parti-parti lain dalam gabungan itu. https://newslab.malaysiakini.com/battle-for-putrajaya/en
Hamidin berkata, Umno mungkin berasa lebih selesa bekerjasama dengan PAS berdasarkan pembentukan Muafakat Nasional yang dimeterai ketika Bersatu berada dalam kerajaan Pakatan Harapan lagi.

Pun begitu katanya Umno masih perlu berdepan dengan cabaran perebutan kerusi dengan PAS di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Ini kerana, menurut Hamidin, PAS tentu tidak akan selesa jika kekal hanya menguasai tiga negeri sahaja seperti sekarang iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Katanya, terdapat kemungkinan besar PAS akan menuntut untuk diberikan kerusi di kawasan yang ditandingi Umno juga.

7aeadaa4b42ee5b4bb8457dc624fc6f3.jpg


“Jadi saya melihat ia memainkan peranan mengapa Khaled Nordin dan kumpulan tertentu dalam Umno tidak menerima secara selesa keberadaan Bersatu dalam Muafakat Nasional,” katanya.
Prof Omar Rusdi dari Universiti Utara Malaysia pula berpandangan, tidak dinafikan kerjasama dalam Muafakat Nasional dilihat kukuh hari ini tetapi kekuatan tersebut tidak dijamin dapat diterjemahkan pada masa akan datang.


Rombak untuk jaga hati
“Kerana mereka mempunyai agenda parti yang berbeza. Kalau agenda dan wadah sama, saya ingat tak ada masalah, tetapi sekarang mereka berbeza pandangan dalam pembentukan kerajaan PN.
“Saya tak nafikan Muafakat Nasional kuat sekiranya benar-benar direalisasikan tetapi kebelakangan ini hubungan dua parti ini jadi renggang kerana mereka berbeza pandangan tentang pembentukan PN,” katanya.
Dia turut sependapat dengan Hamidin mengenai matlamat menawan Putrajaya penting melibatkan Sabah dan Sarawak.

Namun Omar berkata, untuk menyelamatkan kedudukan dalam PN, Bersatu mungkin perlu berkompromi dalam pembentukan kabinet sedia ada hari ini.
Contohnya melakukan rombakan kabinet untuk menjaga hati parti lain yang mempunyai bilangan kerusi lebih besar.

Sementara itu, Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata PN yang diketuai Bersatu perlu memikirkan cara untuk bertahan dan tidak dikuasai oleh pengaruh dari gabungan Muafakat Nasional.
“Ketika ini kedudukan Bersatu dalam PN adalah kukuh cuma PN tidak kukuh jika tidak dianggotai Umno.

“Sebab itu kritikal bagi kelangsungan PN untuk memastikan penyertaan Umno dalam gabungan itu demi mengelakkan peranannya diambil alih oleh Muafakat Nasional,” kata Azmi.
Tambahnya mesej mudah dalam keadaan sekarang ialah, Umno lebih condong ke arah Muafakat Nasional berbanding PN.

"Ini adalah senario semasa, tetapi keputusan sama ada Muafakat Nasional atau PN yang akan jadi tunjang parti orang Melayu bergantung kepada PAS, bukannya Umno atau Bersatu,” katanya.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register