Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors




midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,684
Reaction score
75
Points
30
x
ikut parti terkini
bukan sebelum tu
jgn buat kusut dlm perikatan dan penyatuan tu

diorg nak berpecah ke nak dap ig, khadam2 kembali berkusa???

jgn complicated sesuatu yg mudah

btw dh MENANG pun - move on
umno tak bersedia nak bagi free kerusi geng hamzah pada Bersatu..
kerusi geng hamzah tu asalnya umno punya..
geng hamzah menang atas tiket umno, bukan Bersatu, pada pru lepas..

dan macam mana pula dengan pembahagian kawasan yg umno dan pas kalah tapi dapat tempat kedua?
benda ni tak dapat dielakkan untuk jadi rumit sebab plan asal hanya melibatkan umno dan pas.. sekarang dah bertambah dengan adanya Bersatu..
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
umno tak bersedia nak bagi free kerusi geng hamzah pada Bersatu..
kerusi geng hamzah tu asalnya umno punya..
geng hamzah menang atas tiket umno, bukan Bersatu, pada pru lepas..

dan macam mana pula dengan pembahagian kawasan yg umno dan pas kalah tapi dapat tempat kedua?
benda ni tak dapat dielakkan untuk jadi rumit sebab plan asal hanya melibatkan umno dan pas.. sekarang dah bertambah dengan adanya Bersatu..
itulah masalah utama seko 2 dlm umno

rasa hebat

padahal pru lps nyaris kena talqin

TAPI

xmengapalah umno pon ada jasa slps belanjawan ni

rapatkan balik Perikatan / Muafakat

kalau kita racun perpecahan itulah masanya dap & khadam2 kembali berkuasa
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,684
Reaction score
75
Points
30
itulah masalah utama seko 2 dlm umno

rasa hebat

padahal pru lps nyaris kena talqin

TAPI

xmengapalah umno pon ada jasa slps belanjawan ni

rapatkan balik Perikatan / Muafakat

kalau kita racun perpecahan itulah masanya dap & khadam2 kembali berkuasa
JASA?
JASA/J-kom tu membazir duit negara je

untuk kepentingan parti-parti politik kerajaan

kita sebagai orang biasa yg terkesan dengan pembaziran duit negara ni tak boleh buat apa-apa, cuma mampu berdoa

orang yg menyokong sebarang bentuk pembaziran takkan terlepas daripada balasan yg setimpal oleh Allah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
JASA?
JASA/J-kom tu membazir duit negara je

untuk kepentingan parti-parti politik kerajaan

kita sebagai orang biasa yg terkesan dengan pembaziran duit negara ni tak boleh buat apa-apa, cuma mampu berdoa

orang yg menyokong sebarang bentuk pembaziran takkan terlepas daripada balasan yg setimpal oleh Allah
tn midi, JASA tu Tg Zafrul sebut dlm penggulungan tadi, akan dikurangkan amaunnya

lagipun belanjawan ni diluluskan pada peringkat dasar. pastu masuk peringkat jawatankuasa pulak. kat sini, akan diperhati samada pindaan ada dibuat. pastu sekali lagi undi dibuat sebelum diluluskan. Banyak tapisannya
Jadinya, kena tunggu peringkat seterusnya untuk kita lihat pindaan yang betul dibuat.
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,684
Reaction score
75
Points
30
tn midi, JASA tu Tg Zafrul sebut dlm penggulungan tadi, akan dikurangkan amaunnya

lagipun belanjawan ni diluluskan pada peringkat dasar. pastu masuk peringkat jawatankuasa pulak. kat sini, akan diperhati samada pindaan ada dibuat. pastu sekali lagi undi dibuat sebelum diluluskan. Banyak tapisannya
Jadinya, kena tunggu peringkat seterusnya untuk kita lihat pindaan yang betul dibuat.
ya tau..

bukan setakat nak kurangkan, lebih baik dibatalkan saja cadangan peruntukan untuk JASA tu..
rm0 peruntukan untuk JASA/J-kom..

kalau nak diteruskan tu boleh, tapi syaratnya kenalah guna duit abah sendiri, bukan guna duit abah kitorang..

semoga orang yg menyokong sebarang bentuk pembaziran wang negara menerima balasan yg setimpal
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang mahu Umno memikirkan peluangnya untuk menang, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada PRU15.

Bung ubah pendirian untuk kerusi PRU15 demi situasi menang-menang dengan sekutu GRS




November 27, 2020 8:30 AM


FMT-YB-DATO-SRI-BUNG-MOKHTAR-RADIN-MP-BN-UMNO-KINABATANGAN-SABAH-020719-3.jpg

Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan pembahagian kerusi bagi kerusi itu pada PRU15.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Barisan Nasional Sabah itu sebelum ini berkata, Umno akan mempertahankan semua 14 kerusi tradisi Parlimennya jika pilihan raya diadakan secara mengejut, termasuk kerusi yang kini dipegang sekutunya.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Kinabatangan itu kini memilih kaedah diplomatik, dengan berkata BN akan berbincang dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencapai “situasi menang-menang” berhubung pembahagian kerusi.

“Kami hanya sebahagian daripada gabungan BN yang lebih besar di seluruh negara dan kami serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan perkara ini (pembahagian kerusi),” katanya kepada FMT.


Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa baru-baru ini yang Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Annuar berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini berbanding rakan sekutunya PAS dan PPBM, tetapi memetik Pilihan Raya Negeri di Sabah sebagai renungan.


Abdul-Aziz-Julkarnain-ms-261120-1.jpg
Abdul Aziz Julkarnain


“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak, tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh ke kita menang banyak?
“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,” katanya pada malam Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Sabah, Abdul Aziz Julkarnain, bertegas asas rundingan untuk Umno dengan parti lain GRS ialah parti itu mengekalkan 14 kerusi sama – daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah – yang ditandinginya sejak 2004.

Kerusi Parlimen itu ialah Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Kinabatangan, Silam, Libaran, Semporna dan Kalabakan.
Umno Sabah kehilangan kerusi Parlimen Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan kepada parti lawan pada PRU14. Bagaimanapun, 5 daripada kerusi yang dimenanginya kini di tangan PPBM Sabah, selepas calon yang menang melompat parti pada April 2019.

Lima ahli Parlimen itu ialah Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Hafez Yamani Musa (Sipitang), Ronald Kiandee (Beluran) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran).
Umno Sabah kini hanya mempunyai 2 ahli Parlimen – Bung dan Mohamad Alamin (Kimanis).

“Sudah tentu, kita perlu mempertahankan 14 kerusi itu kerana kita sudah lama berkhidmat kepada rakyat, jadi kita mahukan kerusi ini kembali,” kata Aziz kepada FMT sambil menambah kebanyakannya ialah kubu kuat Umno, termasuk 5 kerusi yang dipegang PPBM itu.

“Ingatlah, mereka (5 ahli Parlimen melompat ke PPBM) bertanding dan menang di bawah bendera BN pada PRU14, jadi sudah tentu kita masih mahukan kerusi itu kembali.
“Jika PPBM Sabah mahu mengambil kerusi tradisi kami, ia mesti diganti kerusi lain supaya kami masih mempunyai 14 kerusi.”

Beliau berkata, BN Sabah juga perlu memperjuangkan kerusi bagi parti komponennya, PBRS dan MCA untuk baki 11 kerusi.

Katanya, PRU tidak seperti PRN di Sabah pada 26 Sept lalu, yang mempunyai tambahan 13 kerusi baru.

“Kami mempunyai sedikit kelonggaran untuk rundingan dalam PRN Sabah kerana boleh mengambil daripada kerusi tambahan itu jika kerusi DUN yang kami tandingi terdahulu diambil parti lain, tetapi untuk kerusi Parlimen, jelas tiada perubahan.”

Bagaimanapun, beliau tidak setuju dengan tindakan Annuar menggunakan PRN Sabah sebagai asas untuk pembahagian kerusi.

“Beliau tidak boleh menggunakan perbandingan itu untuk Sabah kerana kami bukan kerajaan (negeri) ketika itu dan selain itu, tempat berbeza mempunyai kekuatan berlainan.”

Katanya, Umno Sabah menurunkan kira-kira 90% muka baru di 32 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sabah dan masih berjaya memenangi 14 kerusi, yang disifatkannya pencapaian besar.

“Jika rakyat mahu kata ‘Umno bertanding banyak kerusi, tetapi kalah banyak juga’, kami meletakkan muka baru pada PRN Sabah, tetapi masih memenangi banyak kerusi berbanding parti lain.
“Dan (kerusi) yang kami kalah juga dengan saingan baik dan sengit, di mana calon kami tewas dengan margin kecil. Mereka juga bukan penyandang.”
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Ketua Pemuda PPBM yakin PN boleh menang 2/3 pada PRU-15

November 28, 2020 12:57 PM

Exclusive-Interview-Wan-Ahmad-Fayhsal-Wan-Ahmad-Kamal-KBS-Putrajaya-110320-FMT-13.jpg


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak Perikatan Nasional (PN) mampu menang 2/3 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15, sekiranya momentum kerajaan dalam mentadbir negara kekal.

“Belanjawan 2021 juga sudah lulus di peringkat dasar. Jika kita kekalkan momentum hari ini, percayalah tuan-tuan, kita akan berjaya pada pilihan raya akan datang.

“Malah kembali dengan majoriti 2/3 yang tidak pernah dicapai sejak hampir dua dekad,” katanya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-3 PPBM yang disiarkan di Facebook PPBM.



Wan Fayhsal juga mengusulkan 20% calon pilihan raya dan lantikan PPBM mestilah anak muda.

Katanya, ini termasuk ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara, ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan khidmat sokongan anggota pentadbiran.
“20% tak banyak tapi memadai untuk anak muda. Kalau lebih lagi baik,” katanya.

Golongan mahasiswa dan profesional anak muda perlu diyakinkan untuk aktif politik bersama PPBM.

“Pemuda PPBM perlu susun semula platform dan gerak kerja untuk golongan ini di bawah payung mahasiswa PPBM negara,” katanya.
Wan Fayhsal mengingatkan perwakilan separuh rakyat berumur 30 tahun atau lebih muda.



Katanya, menjelang berkuatkuasanya had undi minimum 18 tahun pada Julai 2021, anak muda akan menjadi kumpulan pengundi terbesar yang wajib disantuni.
Cadangan itu antara 5 teras usul yang beliau kemukakan mewakili Pemuda PPBM.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
1606546044803.png


Baru setahun jagung Bersatu dah lahirkan dua PM, kata Wan Fayhsal
Diterbitkan Hari ini 1:06 pm



Bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin, Pemuda Bersatu (Armada) menzahirkan rasa bangga mereka apabila parti itu berjaya melahirkan dua perdana menteri meskipun mereka baru berusia setahun jagung.
Semasa menyatakan rasa gembira itu, Ketuanya Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengaggap presidennya sebagai seorang pemimpin yang penuh kaliber.
“Jika bertempur di medan juang, dialah panglimanya. Jika dilambung ombak di lautan, dialah nakhodanya.

“Di bawah karisma kepimpinannya, parti kita yang baru setahun jagung ini berjaya memecahkan monopoli dan melahirkan dua perdana menteri.

“Tidak lain dan tidak bukan (beliau ialah) yang amat berhormat Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, presiden kita!” laungnya disambut tepukan ahli parti yang menonton secara dalam talian.
Dia berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketiga yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Sesuai dengan keadaan semasa majlis berkenaan diadakan secara maya dengan perwakilan di setiap negeri dikumpulkan di satu lokasi khas.
Untuk rekod Bersatu ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu oleh beberapa bekas pemimpin kanan Umno. Muhyiddin dilantik sebagai presiden manakala Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai pengerusi.

Selepas Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pada 2018 Mahathir dilantik sebagai perdana menteri.
Perlembagaan Bersatu menetapkan pengerusi adalah pemimpin tertinggi parti berkenaan. Bagaimanapun pertikaian dalaman menyaksikan Mahathir tersingkir dan sehingga kini jawatan pengerusi dipangku Muhyiddin.

Kata Wan Ahmad Fayhsal memang menjadi misi utama Bersatu untuk menawarkan kepemimpinan yang berwibawa, pemerintahan yang baik, demokrasi yang sihat dan negara yang adil dan saksama demi kebahagian rakyat.

Dia Fayhsal turut menyingkap Belanjawan 2021 yang lulus untuk bacaan kali kedua pada Khamis lalu di Dewan Rakyat.

Memanjatkan kesyukurannya, timbalan menteri belia dan sukan itu berkata, berbekalkan kejayaan itu, dia yakin, bukan saja Bersatu mampu memenangi PRU akan datang, bahkan mampu mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Jika kita kekalkan momentum hari ini, percayalah tuan-tuan, kita akan berjaya di pilihan raya akan datang, malah kembali dengan majoriti dua pertiga yang tidak pernah dicapai sejak hampir dua dekad!” katanya lagi.

Kali terakhir dua pertiga kerajaan memegang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat adalah pada PRU 2004, di mana BN merangkul 90 peratus kerusi.

Bagaimanapun, sejak PRU 2008, bilangan kerusi yang dipegang BN merosot, sebelum tumpas buat pertama kali dalam sejarah kepada PH.
Untuk rekod Muhyiddin kini menjadi perdana menteri dalam keadaan sokongan yang diterimanya di parlimen sangat tipis dan dipersoalkan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906

Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir di negara ini. "Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakanlah pilihanraya umum." "Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih Kerajaan yang mereka mahu", katanya ketika memberi ucapan dasar di Persidangan Agung Bersatu 2020 hari ini.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Muhyiddin jamin mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi PRU15 sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir.

Muhyiddin ada hasrat bubar Parlimen

28 November 2020


1606552563264.png

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara berakhir.

Beliau berkata, jika tidak memikirkan keadaan kes Covid-19 yang membimbangkan ketika ini, beliau sendiri bercadang untuk mengambil langkah supaya Parlimen dibubarkan.
"Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan. Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya menasihatkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.


"Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19. Insya-ALLAH, jika diizinkan ALLAH apabila pandemik Covid-19 berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum.
"Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih Kerajaan yang mereka mahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 yang dilakukan secara maya dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook parti itu hari ini.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register