midi2020
Active+ Member
- Joined
- Feb 7, 2012
- Messages
- 4,685
- Reaction score
- 75
- Points
- 30
disebabkan anuar musa ni beriya-iya nak tolong Bersatu, apa kata kalau annuar lepaskan kerusi parlimen Ketereh, bagi laluan pada calon Bersatu untuk bertanding kat situ next pru..?Setiausaha agung BN itu memberi contoh PRN Sabah, di mana Umno diberikan banyak kerusi, tetapi gagal memenangi semua kerusi yang ditandinginya.
Fikir peluang menang sebelum minta lebih banyak kerusi, Annuar beritahu Umno
November 25, 2020 6:59 AM
View attachment 316828
Annuar Musa berkata, kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM tidak boleh hanya dilihat dari sudut pembahagian kerusi, sebaliknya untuk menyatukan parti politik Melayu menjadi lebih kuat dan demi agenda lebih besar.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berkata, Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini berbanding rakan sekutunya, PAS dan PPBM.
“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak, tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh ke kita menang banyak?
“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,” katanya dalam wawancara Insight Talk bertajuk “Kestabilan kerajaan tunjang Melayu” malam tadi.
Pada Pilihan Raya Negeri di Sabah 26 Sept lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih majoriti mudah dengan memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi yang dipertandingkan.
GRS merangkumi Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).
Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan Upko (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.
Calon bebas pula memenangi 3 kerusi.
![]()
Fikir peluang menang sebelum minta lebih banyak kerusi, Annuar beritahu Umno
Setiausaha agung BN itu memberi contoh PRN Sabah, di mana Umno diberikan banyak kerusi, tetapi gagal memenangi semua kerusi yang ditandinginya.www.freemalaysiatoday.com